CHAPTER 11

1K 77 6
                                    

Bagi Jihyo hari ini ialah hari yang sangat menyedihkan ditambah dengan penuh kepedihan . Namun begitu Jihyo masih lagi menyayangi Jin

Seteruk mana pun perangai Jin dia tetap menganggap Jin itu sebagai  suaminya dan Jin jugak ialah cinta pertama bagi Jihyo. Jadi, mana mungkin Jihyo melepaskan Jin betul tak?

Dan mereka jugak sudah berkenalan semasa umur mereka di usia 5 tahun. Dan itu sangat susah bagi Jihyo untuk melupakan semua kenangan tersebut

Tapi apakan daya hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan Jihyo sekarang ni yang penuh dengan kepedihan di lubuk hatinya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam semakin menjelang dan hati Jihyo sungguh tidak tenteram dek kerana Jin tidak pulang ke rumah sejak dari tengahari lagi

Kalau diikutkan Jin tidak pernah balik lambat dan jika dia mempunyai hal..dia mesti akan memaklumkan kepada Jihyo

Tetapi hari ni sungguh berbeza. Jihyo jugak dapat merasa kan ini mesti kejadian yang berlaku di U tadi

Ya, Jin sebenarnya sangat marah dan dia ada berkata kepada Junghwa bahawa dia sanggup menceraikan Jihyo demi Junghwa kesayangannya

Kemudian air mata nya jatuh ke pipi lalu dia pun menyeka air mata tersebut. Dia cuba untuk tidak mengingati perkara itu lagi tetapi itu sangat mustahil baginya lalu air matanya semakin banyak mengalir keluar dan jatuh di atas permukaan  pipinya 

Lama kelamaan Jihyo pun tertidur di sofa kerana terlalu penat menunggu Jin yang dari tadi belum pulang ke rumah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tepat pada pukul 1 pagi...

Kedengaran bunyi enjin kereta yang menandakan Jin sedang memarkir kereta nya  di perkarangan rumah mereka

Jihyo yang terdengar bunyi enjin itu terjaga lalu membetulkan keadaan nya

Dan pintu jugak dikuak oleh Jin dari luar dan dia pun masuk ke dalam...

" Jin awak pergi mana? Waeyo awak balik lambat? " - Jihyo -

Kedengaran sayu saja suara Jihyo dan hampir saja Jin tidak mendengari kata-kata nya

" Yang awak ni sibuk sangat pasal saya ni apahal haa!!!  Boleh tak jangan kacau saya. Saya rimas tau tak!  " - Jin -

Lalu Jin pun meninggalkan Jihyo dan naik ke atas. Jihyo pulak sanggup berlari anak untuk mendapatkan Jin

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di bilik....

Jin mengemaskan kesemua baju² nya dan masuk ke dalam beg kerana dia ingin meninggalkan Jihyo dan duduk di hotel buat sementara waktu

Jihyo yang terkejut dengan kelakuan Jin itu segera menghalang Jin sebelum ia berlalu pergi

" Jin awak nak pergi mana ni? Please jangan tinggalkan saya. " - Jihyo -

Lalu Jihyo segera memegang tangan Jin dengan erat

Namun Jin sempat menepiskan tangan Jihyo

" Suka hati aku la nak pergi mana pun. Yang kau sibuk tu kenapa? Ehh , aku ni lagi sanggup duduk kat reban ayam dari aku tinggal serumah dengan kau tau tak ! " - Jin -

" Jin !!! " - Jihyo -

Baru saja Jihyo ingin menampar Jin tetapi Jin sempat menghalang lalu menolak Jihyo ke dinding dan kepala Jihyo jugak terhantuk di bucu dinding tersebut . Agak teruk dan darah di kepala Jihyo mula mengalir keluar

 My Wife Is Ms.Jihyo [Completed]Where stories live. Discover now