06 ; Move On?

320 47 24
                                    

"Kau seriuslah!?" Hampir terjatuh mangkuk aiskrim yang Jaemin pegang akibat terkejut sangat dengan ujaran Jeno.

Jeno menampar perlahan dahi Jaemin. Dia pun terkejut mendengar soalan Jaemin yang bernada menjerit itu. Jaemin berkerut kesakitan.

"Muka aku yang comel lagi hensem ni, ada pernah menipu kau ke? Dah berapa lama kita berkawan? Ada pernah aku tipu kau dan yang lain? Okay. kalau prank orang tu selalu. Sebab Mark yang selalu suruh aku tolong dia prank orang. Tapi kau ingatkan? Prank kita selalu kantoi disebabkan kemunculan aku di situ? So, sekarang ni aku nak tanya kau. Muka aku nampak macan menipu ke?" Panjang lebar penjelasan Jeno dengan nada serius berserta lirik wajah yang serius.

Jaemin terdiam. Ya. Jeno ini boleh tahan juga baiknya. Jarang dia melihat Jeno berbohong. Dalam kelas hari tu, masa cikgu suruh mengaku siapa yang kenakan pakcik guard yang garang tu, dia yang mengaku dulu. Tengok? Dan, akhirnya. Bukan Jeno sahaja yang kena denda. Tapi termasuk juga Mark, Jaemin dan yang lain juga terkena denda. Ish ish. Betapa jujurnya manusia bernama Lee Jeno ini. Ni yang susah berkawan dengan budak baik ini. Eh. Kau tu jahat sangat ke Na Jaemin?

Jaemin memandang wajah Jeno yang asyik menikmati aiskrimnya. "Tapi kau biar betul ni?" Jeno mengeluh mendengar soalan Jaemin yang tak habis-habis itu.

"Iya, Na Jaemin. Aku serius. Aku nak move on. Aku nak berhenti minat Byul noona." Ujarnya dengan nada serius lagi. Wajahnya juga menunjukkan dia rasa nak bakar Jaemin sekarang ni.

"T-tapi... K-kenapa? Kau dah benci dia ke?" Jeno tersenyum hambar. Mangkuk aiskrim yang masih bersisa itu dihabiskan sebelum membuang mangkuk aiskrim itu pada tong sampah yang berdekatan.

Jaemin hanya memandang Jeno dengan wajah penuh tanda tanya. "Macam ni..."

FLASHBACK

Jeno duduk di bangku kantin sambil matanya melilau mencari rakan-rakannya. Ya. Dia sedang menunggu rakan-rakannya. "Lambat betul makhluk-makhluk ni." Rungut Jeno sambil matanya melirik pada Jam. 7.10 pagi. Hello. Encik Lee Jeno. Kau tu yang awal sangat. Sekolah mula pukul 8.30 pagi.

Jeno memang terkenal dengan sikap suka datang awal ke sekolah. Telah menjadi norma hidupnya. Hantar kerja sekolah pun tetap pada waktu. Eyh. Memang lurus bendullah.

Tiba-tiba matanya tertangkap ke arah seseorang yang amat dia kenali. "Byul noona!" Laung Jeno ceria sambil melambai ke arah Byul yang sedang berjalan berseorangan tanpa diteman Choiyeon. Mahupun teman lelakinya, Jungkook.

Byul yang terdengar namanya dipanggil itu pantas menoleh. Dia tersenyum lebar lalu membalas lambaian Jeno. Dia menghampiri Jeno yang sedang duduk itu. "Awalnya kamu hari ni. Kawan-kawan yang lain mana?" Sapa Byul dengan senyuman manisnya. Dia melabuhkan punggung di bangku hadapan Jeno.

"Eh? Awal ke? Hari ni saya rasa saya lambat tau noona! Patutnya saya datang tepat pukul 6.50 pagi. Ini dah pukul 7.10. Lambat sangat ni. Yang lain tu pun entah mana batang hidung." Berkerut Byul mendengar penjelasan Jeno itu. Selepas itu dia ketawa kecil. Ada-ada jelah budak ni.

"Noona sorang-sorang je? Mana Choiyeon noona?" Byul tersenyum nipis.

"Choiyeon itu macam tak tahu. Lambat lagilah sebab tunggu Yoongi dia tu." Terang Byul dengan diakhiri tawa kecil. Jeno mengangguk faham. "Noona tengah tunggu Jungkook ni. Lambat gila arnab ni." Rungutan Byul yang berbaur gurauan itu membuatkan senyuman Jeno yang tadinya lebar berubah menjadi senyuman kecil.

Banyak yang mereka bualan sehingga jam hampir menunjukkan jam 7.40 pagi. Tiada juga kelibatan rakan-rakan Jeno. Dan juga Choiyeon. Serta.... Jungkook.

"Noona. Macam mana noona boleh tertarik pada Jungkook hyung?" Tanya Jeno tiba-tiba membuatkan wajah Byul memerah. Gadis itu mengetap bibirnya.

"Haha. Kenapa tanya macam tu. Malu noona." Jeno hanya tersenyum hambar. "Well, Jeon Jungkook itu... orangnya annoying. Selalu kacau noona. Buat noona rasa nak pijak dia je. Tapi.... dia baik. Dia selalu buat noona gembira. Kalau bolehkan... Noona taknak kehilangan dia. Dia selalu buat noona bahagia dengan jenaka dia. Pujukan dia. Emmm." Panjang lebar Byul terang dan diakhiri dengan senyuman.

Entah kenapa Jeno berasa yang dia tidak layak untuk gembirakan Byul sama macam yang Jungkook buat. Dia tersenyum palsu. Ya. Orang cakap dia jujur. Jujur sangat. Tapi dia tak boleh nak jujur pada hati sendiri. Dia sakit. Sakit hati.

"Ah! Itu pun Jungkook!" Jeno tersentak. Dia memandang ke arah sama yang Byul pandang. Jungkook menghampiri meja mereka dengan sengihan melebar. "Yah! Asal lambat!? Kata nak datang awal semalam." Rajuk Byul dengan bibir dijuihkan. Tangannya disilangkan.

"Alololo. Sorrylah adik manis~ saya mimpi awak masa tidur tadi sebab tu lambat bangun." Pujuk Jungkook cuba menggembirakan hati Byul. Byul ketawa kecil. Begitu juga dengan Jeno. Betullah. Jungkook memang pandai pujuk Byul.

Cemburu. Dia cemburu sangat dengan kebolehan Jungkook. Jungkook pandai gembirakan hati Byul. "Jeno-ya. Noona pergi dulu, ya? Mamat ni ajak dating pula." Kata Byul atau lebih tepat; Perli. Jeno hanya menganggukkan kepalanya.

"Oh. Budak. Thanks jagakan awek hyung ni." Lengan Jungkook ditepuk oleh Byul. "Okay fine. Sorry. Jeno-ssi. Thanks, okay?" Ucap Jungkook dengan nada cool tapi dia masuk menunjukkan senyuman dia.

"Kami pergi dulu. Take care!" Byul melambai ke arah Jeno sebelum mengejar Jungkook yang sudah berjalan dulu. Jeno masih memandang pasangan itu.

Hatinya diserbu rasa cemburu dan sakit. Dia taknak perasaan itu muncul. Dia memikirkan bagaimana dia harus buang perasaan cemburu dan sakit itu sambil menundukkan kepalanya memandang meja kantin itu. "Move on." Katanya perlahan.

"Aku kena move on."

END OF FLASHBACK

Jaemin menilik wajah Jeno yang kelihatan agak sedih itu. Tidak lama kemudian, senyuman nipis menghiasi wajah Jeno. "Aku kena move on." Kata Jeno lagi. "Walaupun aku tahu move on tu lagi sakit. Dan susah." Sambungnya lagi.

"Sebab tu lah aku tengok kau tak macam selalu. Hari ni senyuman kau nampak lain." Luah Jaemin mengenai senyuman Jeno sepanjang hari itu.

"Oh kau perasan rupanya." Jeno ketawa kecil. "Dahlah. Tu je aku nak cerita. Aku nak balik ni. Thanks belanja aku ice cream." Kata Jeno dengan senyuman yang menunjukkan eye-smilenya.

Baru sahaja Jeno mahu melangkah meninggalkan Jaemin. Jaemin memanggil Jeno. Jeno menoleh.

"Aku nak teman kau move on. So, jom move on sama-sama?" Pada mulanya, Jeno terkejut. Tidak lama kemudian, dia mengangguk setuju dan tersenyum lebar.

≧﹏≦

Mereka mahu move on :'))) tetiba je kan😂

MARI VOMMENT :3

Crushes [NCT DREAM]Where stories live. Discover now