art credit : unknown artist | pinterest
CLARINES. Satu kerajaan aman luas yang terkenal dengan kemodenan dan kecanggihan disitu. Puluhan tahun dahulu, tapak kerajaan yang kininya ditutupi rapi dengan lantaian batu jauh sama sekali dengan tanah kering dan mayat-mayat bergelimpangan. Udara di Clarines bukanlah suatu kemegahan pada puluhan tahun dahulu. Bahkan, untuk menghirup udara segar merupakan suatu nikmat yang diturunkan dari syurga kasta tertinggi suatu dahulu.
Clarines atau kerajaan terang dan termahsyur tidak seperti dinamakan. Ia merupakan kerajaan dijajah beberapa kerajaan lain memandangkan Clarines adalah kawasan strategik untuk pelabuhan kapal serata dunia. Suatu peperangan besar telah dicetuskan puluhan tahun lamanya.
Walau Sang Raja Clarines tidak berdaya untuk melawan kembali dari segi keupayaan, dia berjaya memanipulasi kembali tanahnya dengan strategi minda. Dengan perjanjian bahawa sang penjajah-penjajah dapat bermaustatin disitu dengan memajukan Clarines kembali. Perjanjian bersama yang tiada sesiapa berani menikam antara satu sama lain kerana permainan minda Sang Raja melibatkan kesan ratusan dan mungkin ribuan tahun akan datang.
Maka itu, penjajah-penjajah dari pelbagai kerajaan asing bersetuju. Bersama di Clarines itu, pelbagai budaya, bangsa dan kaum membangunkan kembali Clarines sehingga kehari ini.
Clarines kini adalah suatu kerajaan dipenuhi lautan pelbagai budaya dari serata dunia.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
20 tahun sebelumnya.
Malam itu lebih sunyi daripada kebiasaan. Bintang-bintang juga banyak gemerlipan dari malam-malam sebelumnya. Cahaya rembulan yang tadinya ditutup oleh awan gelap menerangi kembali kota Clarines. Seakan-akan malam itu menerima sesuatu yang berharga oleh alam.
Raungan kuat memenuhi ruang rumah kecil. Sang ibu mengesat peluh diwajah setelah 2 jam bertarung dengan nyawa dan matinya. Seorang bayi kecil selamat dilahirkan ditangan seorang wanita pertengahan usia. Kepala kecil bermandikan cecair merah hangat itu dikesat lembut oleh wanita itu sebelum diserahkan pada sang ibu.
Look at her. How cute...
" Abang, janganlah kacau. Duduk sini dengan ayah. "
Bunyi kuakan pintu bilik itu menggamit perhatian kedua-dua figura didalam bilik itu. Kanak lelaki yang selamba melangkah masuk ditahan sang ayah. Bimbang menganggu, tetapi tampaknya tawa kecil disambut.
" Masuklah Hayashi. Anak perempuan kamu cantik sangat. "
Sang ayah sedikit terkedu. Anak perempuan? Dia sudah tidak ingat berapa lama dia menginginkan anak perempuan.
Bersilih ganti bayi berselubungi kain putih itu, Hayashi seakan-akan tidak percaya dengan apa dilihatnya sekarang. Tidak ada kata-kata yang dapat ekpresikan perasaannya melainkan mutiara-mutiara jernih meluncur laju dipipinya. Bibirnya menguncup dahi bayi tersebut.
" Ayah...Ibu...Nak tengok adik juga. " anak sulung akhirnya bersuara.
Hayashi tertawa. Dia duduk melutut dihadapan anak kecil itu. Sebaik saja matanya bertaut dengan abangnya, bayi itu tersenyum manis!
" Wah...Comelnya adik! Mata dia biru! " budak lelaki itu teruja pula.
" Agak-agak ikut siapa ya? " Hayashi mengerling manja kearah isterinya yang tersipu-sipu dikatil. Adillah kerana anak lelaki mereka lebih menyerupai ayahnya.
" Dah jadi abang tau sekarang. Kena jaga adik kalau ibu dengan ayah takde nanti. "
Abang memuncungkan bibirnya mendengar bebelan ibunya. Pipinya ditarik-tarik lembut, lalu jari telunjuknya dipeluk jari-jari kecil adiknya. Belum apa-apa lagi, sudah main tarik pipi ya?
" Oh ya, apa nama adik? " soal anak kecil itu mahu tahu.
" Nama dia...Hayashi...Hayashi— "
" —Miyuna. " sambung ibunya seraya bertentang mata dengan sang suami.
" Nama adik Miyuna Hayashi?! Waaa, salam kenal adik! Ni abang, ni ibu, ni ayah! Nanti besar jangan nakal-nakal tau, nanti abang susah jaga. " ceria sekali sapaan sang abangnya mengundang tawa kecil dan jeritan gembira dari sang bayi.
Pasangan suami isteri itu memandang antara satu sama lain sambil tersenyum. Melihat kimia baik kedua-dua cahaya mata mereka, tidak henti-henti mereka mengucapkan syukur cahaya mata baru mereka diterima baik.
" Miyuna Hayashi...Maksudnya happiness. May she brings happiness to all of us in the future... "
YOU ARE READING
1 | Across The Sky
Fantasy「 Marriage In The Sky 」 ❝ Hah...! Aku tau! Mesti kau ni angel kan? Aku ni dah mati! ❞ | | [☁️.] ; sora o yokogitte. + also known as ' sky of love. ' + HAYASHI MIYUNA : SENKA atau BRIDE OF DEMON, itu adalah gelaran besar yang disand...