" BOSANNYA! Jomlah kita jalan-jalan Violet! " rengek Miyuna.
Mereka berdua berada dianjung istana. Betul-betul terletak dihadapan tasik serta taman bunga. Mengapa mereka disitu?
Violet perlu mengajar Miyuna tentang etika istana. Peraturan istana Alaistar. Semuanya demi mengelakkan orang timbul syakwasangka pada Miyuna.
" Nope...Naruse dah arahkan saya untuk ajar awak jadi Lady jugak. Paling paling kena ada basic. No matter what. " balas Violet dengan serius.
" Tapi takkanlah nak belajar semua dalam buku ni?? Not fuuunnn. I mean, saya boleh buat kerja berbanding belajar! " keluhnya lagi. Ini bagaikan seksaan.
" This is how we study success, Miyuna. " jawab Violet. Matanya tidak lekang daripada buku.
" Okey. Bab seterusnya...Cara nak jalan dengan elegan... " sambung Violet.
Miyuna pula sudah tergolek-golek kebosanan! Dia diarahkan untuk habiskan satu buku tebal. Ibarat baca satu perpustakaan penuh dengan buku sejarah.
Siapa tak bosan?? Lagipun dia bukan seorang yang rajin belajar. Dia lebih kepada aktiviti!
" Ibu saya suruh awak menjadi perempuan lebih beretika, sayang. "
Suara Livio bagaikan terngiang ngiang dikepalanya. Bengang pula! Dia menendang awan bayangan Livio berkata demikian jauh-jauh.
Dia memang memerlukan masa untuk menjadi seseorang beretika! Tidak boleh dipaksa-paksa!
" Oh! " tiba-tiba Miyuna mendapat satu idea. Lengan Violet ditarik.
" Violet-san! Jom ikut saya!! " gesa Miyuna sambil tertawa.
" Err?? Pergi mana? Kau tak habis lagi baca buku...Argghhhh Miyuuuu!! " belum sempat Violet menghabiskan ayatnya, Miyuna terus menariknya keluar daripada anjung itu.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Naruse fokus pada kerjanya. Seperti biasa, langsung tiada sepatah keluar daripada mulutnya. Tetapi ada satu ayat bermain-main dalam kepalanya.
" Hmm...Aku tak fahamlah tulisan kau. Buruk sangat. "
Ktakk. Mata pennya terpatah dek dia tergamam apabila kritikan itu terlintas dikepalanya. Bertambah geram, Miyuna kritik dengan muka selamba.
Tulisan aku buruk eh...? Fikir Naruse dalam hati.
Memang tak boleh diterima penghinaan ni!
Dumm!!!
Meja kerja Naruse ditumbuknya. Dia menyerabutkan rambutnya pula. Arghhhh budak tuu!!! Memang tak boleh dimaafkan!
" Erk! Apahal ni Naruse?? " Cross mengurut dadanya. Terkejut!
YOU ARE READING
1 | Across The Sky
Fantasy「 Marriage In The Sky 」 ❝ Hah...! Aku tau! Mesti kau ni angel kan? Aku ni dah mati! ❞ | | [☁️.] ; sora o yokogitte. + also known as ' sky of love. ' + HAYASHI MIYUNA : SENKA atau BRIDE OF DEMON, itu adalah gelaran besar yang disand...