09

367 30 4
                                    

Lea bergerak ke dapur lalu menyiapkan sarapan pagi untuk Mild dan mak tirinya lalu bergerak ke tempat kerjanya.

Lea memberhentikan keretanya di depan sebuah cafe lalu masuk ke dalam cafe tersebut. Lea memesan secawan milk tea dan duduk di sebuah meja yang berdekatan dengan kaunter tersebut.

" Ops sorry, ". Lea pantas memalingkan mukanya ke arah orang yang melanggar kepalanya. ' nasib baik tak tercabut kepala aku dia langgar '.

" Kau? ". Mereka berdua berkata serentak lalu Lea pantas berdiri dan menghadap muka lelaki di depannya tajam.

" Kau saje je kan nak langgar kepala aku. Kenapa tak langgar sampai tercabut terus kepala aku ni? " bentak Lea sambil bercekak pinggang.

" Woi yeoja kalau ikutkan hati aku memang aku nak je langgar kepala kau sampai tercabut. Tapi dah bukannya aku saje-saje nak langgar kepala kau. Lagipun, aku dah mintak maaf dah kan? Macam kau pernah cakap, " kata Tan sambil senyum sinis.

" 123 your order, ".

Lea menjelingkan matanya kepada Tan lalu bergerak ke arah kaunter dan mengambil pesanannya dan beredar keluar daripada cafe tersebut.

" Kyeopta, " ujar Tan perlahan lalu duduk di meja yang Lea duduk tadi sementara menunggu pesanannya.

Lea terus masuk ke dalam keretanya lalu menghidupkan enjin. Baru saja dia nak undur, dia perasan yang ada satu kereta parkir betul-betul di belakang keretanya. Lea terus keluar dan menuju ke kereta tersebut.

" Mana driver kereta ni? Tak reti nak parkir ke apa orang ni? Aku dah lah nak cepat ni. Masalah lah! " bebel Lea lalu menyandarkan badannya pada keretanya sambil menyilangkan tangannya.

' Siaplah kalau aku tahu siapa punya kereta ni ' gumam Lea dalam hati.

Lea terpandangkan seorang namja yang baru keluar daripada cafe sambil memegang secawan air berjalan ke arahnya. ' Kereta mamat ni ke? No wonder lah parkir kereta macam ni, '.

" Kau ada lesen ke takde ni? Kalau kau ada kau tak pandai nak parking kereta ke apa hah? Siapa ajar kau parking kereta macam ni? " bebel Lea.

Tan mendengus perlahan. " Aku malas nak bertekak dengan kau, " kata Tan lalu terus masuk ke dalam keretanya dan memandunya pergi.

" Heishh geramnya aku dengan namja ni. Tak guna betullah! " bentak Lea lalu masuk ke dalam keretanya dan memandunya pergi.

🌸🌸🌸🌸🌸

" Lambatnya kau sampai Lea. Nasib baiklah Mr. Mark tak tahu tau. Cepatlah, kita ada meeting dengan client ni, " kata Nana sambil membetulkan rambutnya pada cermin kecil milik Lea.

" Kejaplah. Aku baru je lepas naik angin tadi. Berapi betullah aku dengan namja tu tadi, " kata Lea sambil mengemas mejanya lalu mengambil fail berkaitan dan mereka berdua bergerak ke arah bilik mesyuarat.

Terbuntang mata Lea apabila dia terpandangkan satu wajah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Dia terus menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya kasar.

Lea tersentak apabila Nana menolak sikunya perlahan dan dia mengambil tempat duduknya iaitu berhadapan dengan Kim Tan aka client barunya.

' Sumpah malang nasib aku, ' gumam Lea dalam hati sambil matanya merenung tajam namja di depannya itu.

" Lea, kenapa datang lambat? " bisik Mr. Mark dekat sebelahnya seperlahan yang mungkin.

" Mana ada saya lambat boss. Saya masuk tepat pada masanya kut. Namja ni je yang masuk awal sangat, " balas Lea agak kuat. Nana pantas cubit peha Lea perlahan.

© self-centered Onde histórias criam vida. Descubra agora