Chapter One - Margaret & Denistha Willtheim

5.3K 458 11
                                    

"Hai. Nama saya Adler Triton," ucap Triton sambil tersenyum kepada mereka. Kedua-dua orang gadis itu memandangnya buat seketika.

"Saya Denese Willtheim dan ini sepupu saya, Margo Willtheim. Selamat berkenalan, Triton," kata Denese. Dia kelihatan sedikit peramah berbanding sepupunya. "Silakan, duduklah," katanya lagi.

Friday dan Triton mengangguk sebelum mereka berdua duduk dikerusi yang berhadapan dengan dua orang gadis itu. Triton sedar bahawa gadis bernama Margo itu langsung tidak nampak berminat untuk mengenalinya malahan dia hanya membaca buku di dalam tangannya setelah memandang sekilas kepadanya. "Adakah dia kawan atau pembuli baru awak?" soal Margo.

Triton memandang Friday manakala kawannya itu terkejut. "Tak... Dia adalah kawan. Triton telah selamatkan saya daripada kembar Sunset sewaktu kami berada di pelabuhan," kata Friday.

"Kembar Sunset?" soal Triton kerana setahunya tidak pernah pula dia dengar nama itu.

"Oh lupa nak bagitau nama pembuli tadi," kata Friday lalu dia menepuk dahinya dengan rasa kesal.

"Seperti yang dijangka daripada Friday Ameirlernt," kata Denese pula sambil tersenyum sinis. Dia kekal memerhatikan mereka berdua manakala Margo langsung tidak memandang kepada mereka.

"Nama pasangan kembar tadi adalah Ravel dan Davel. Ravel si abang manakala Davel si adik," kata Friday. "Mereka daripada keluarga Sunset, keluarga yang terkenal di Fairyland," beritahunya.

"Ouh...," ujar Triton sambil mengangguk faham. "Kenapa mereka berdua suka buli kau?" soalnya pula.

"Kerana dia adalah anak saudara raja di Fairyland. Mereka tak suka ada orang yang lebih hebat berbanding mereka. Dan yang paling penting, mereka suka membuli orang yang malang seperti Friday," kata Margo.

Triton bertambah bingung dan tidak faham. "Kenapa semua orang asyik kata Friday malang?" soal Triton. Denese dan Margo berpandangan buat seketika sebelum memandangnya pula.

"Awak tak ada perasan apa-apa sepanjang bersama dia?" soal Denese semula. Wajahnya juga menunjukkan bahawa dia berasa keliru.

"Err..."

Triton diam sambil berfikir buat seketika. Masa mula-mula mereka berjumpa, dia dan Friday berempuh di jeti. Semasa Friday cuba untuk melawan, dia terlanggar mesin coklat bar. Semasa nak beli coklat tadi itu pula, coklatnya tersangkut pada spring tolak. Sebanyak 10 kali. Dan yang terakhir adalah semasa nak naik ke atas kapal tadi Friday tergelincir dan kemudian jatuh ke dalam laut.

Triton terdiam.

Margo menghela nafasnya. "Seperti yang semua orang kata, dia memang malang," kata Margo.

"Macam mana pula boleh jadi macam tu?" soal Triton lagi.

"Err... Aku lahir pada Jumaat ke tiga belas. Menurut kepercayaan orang kami, ianya membawa malang seumur hidup," jelas Friday sambil menggaru pipinya dengan rasa tidak senang. Dia juga menambah ketawa janggal diakhir percakapannya.

"Owh...," kata Triton dengan agak terkejut.

"Baik, cukuplah kita berbual tentang Friday dan kembar Sunset. Boleh kami tau awak ni apa, Triton?" soal Denese lantas dia memandang tepat pada wajah pemuda itu. Triton terkedu. Patutkah dia jawab?

"Dia adalah Magical Human Wizard," kata Friday sambil dia membuka balutan sekeping coklat bar lalu memakan ia.

Denese pula terkejut mendengar ia. Kali ini Margo juga kelihatan kagum dan memberikan perhatian kepada Triton. "Wah! Ianya hebat!" kata Denese manalala Margo sekadar mengangguk kecil.

"Yakah?" soal Triton.

"Ya! Awak adalah dalam kalangan Magical Rare," kata Denese dengan teruja.

Triton & Kerajaan Sihir by @penasalju | PREVIUWhere stories live. Discover now