Bab 25

20K 390 3
                                    

"Abang, boleh tak duduk diam!" Mia memegang kedua belah pipi Adam. Manakala Adam sudah menayang sengih kepada Mia.

Kemudian Mia menyambung membali mengikat tali leher pada leher Adam.

"Tak nak. Pipi ni, abang punya!" Adam mencium pipi Mia lagi. Entah ke berapa kali dia mencium seluruh wajah Mia.

Mia membulat mata pada Adam, kemudian menampar lembut bahu Adam. Adam hanya ketawa melihat perangai isterinya itu.

Setelah selesai, Mia menepuk sedikit bahu Adam supaya kelihatan kemas. Pandai jugak aku ikat tali leher ni.

"Siap!" Kata Mia.

"Dah ke? Alaa.." Adam melihat pantulan imejnya pada cermin.

"Abang, ambil blazer ni." Mia menghulur blazer untuk Adam. Adam terus menyambut lalu memakainya. Kelihatan segak gitu.

"Sayang, kiss.." Adam menunjuk ke arah bibirnya.

"Eee..jangan nak mengada." Marah Mia manja.

"Alaa..sikit je."

Mia malas mahu melayan suaminya terus melangkah keluar tapi tangan Adam lebih cekap memaut pinggangnya. Didekatkan tubuhnya pada Adam.

"Kiss me!" Kata Adam. Mia berdecit perlahan. Dia merangkul leher Adam.

Perlahan-lahan bibir Mia mendarat ke atas bibir Adam. Kemudian di lepaskan.

"Sekejapnya. Abang nak lama."

"Mengada!" Mia jeling manja pada Adam manakala Adam ketawa melihat isterinya.

"Cepatlah. Kali ni, lama sikit." Ujar Adam.

Bibir Mia sekali lagi mencium bibir Adam. Lama. Tapi Adam mula memasukkan lidahnya pada mulut Mia. Ciuman mereka semakin rakus.

"Abang!" Segera Mia melepaskan pautan mulut mereka.

"Kenapa?"

"Dah dah. Nanti ke katil pulak kita." Kata Mia. Adam sudah ketawa kuat. Dia melepaskan pelukan pada pinggang Mia.

"Okay, jom turun." Kata Adam.

"Jom. Mia dah masak nasi lemak untuk abang tau."

"Iya. Wahh..thanks." Kata Adam. Adam terus mencempung tubuh Mia.

Terjerit kecil Mia dengan tindakan refleks si suami ini. Dengan kemas dia memaut leher Adam supaya tidak jatuh.

"Abang bawa sayang ke dapur ya." Adam mengenyit matanya pada Mia. Mia hanya membuat muka sambil ketawa.

🌸🌸🌸

Pintu pejabat bilik Adam di buka agak kasar. Adam terkejut dek rempuhan itu.

Matanya bulat memandang wajah di hadapannya. Perempuan seksi itu berpeluk tubuh di hadapan Adam sambil tersenyum sinis.

"Tuan..saya..maaf.."

Kerana Dia, Aku Punya ✔Where stories live. Discover now