bab 6

10 0 0
                                    

SYAZANI melihat kawan serumahnya merangkap sahabat baiknya yang sedang asyik termenung. Bukan selalu kawannya membazirkan masa dengan berakhyal, kalau tak asyik sebuk dengan assignment je, tetapi sejak akhir-akhir ini ezly sering termenung. Kalah perempuan. Macam broken inside je! Hihi..

"Kau termenung pikir apa ezly oii? Dah macam orang mati bini je.." Syazani risau akan kawannya yang sering mendiamkan diri sejak akhir-akhir ini.

"Tak ada ape la sya." Ezly sudah mematikan lamunannya. Mukanya di alihkan. Merenung syazani yang sudah dibaluti baju tidur. Macam budak-budak! Tapi cute.

"Kau mungkin boleh tipu orang lain ezly, tapi bukan dengan aku. Aku tahu kau tengah fikirkan sesuatu. What is your problem? Aku kawan kau. Kau boleh share apa saja, aku akan dengar."

Syazani mungkn tidak tahu apa masalah yang sedang difikirkan oleh ezly, tapi syazani dapat merasakan sesuatu yang disorok oleh ezly. Dia sangat kenal kawannya yang bernama ezly. Ezly ni jenis yang tidak suka berkongsi masalah dengan orang lain, dia tidak suka menyusahkan orang, dia sering mendiamkan diri bila berasa sedih. Syazani dah masak dengan perangai ezly yang ego itu.

"I miss my happy family. I miss my mom and dad." Perlahan suara ezly menjawab. Ezly terbayangkan wajah kedua insan yang pernah menjadi wira dan ratu dihatinya di suatu ketika dahulu.

"Mak ayah kau kan kat kampung, pergila balik kalau rindu dorang."

"Tak sama. Aku rindukan mami daddy aku, Bukan umi dengan walid kat kampung tu. Aku ambil family angkat dekat kampung. Aku ada family sendiri."

"Dorang bukan family sebenar kau? Where yr family?"

"Dulu aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia. Aku bahagia hidup dengan keluarga dato megat zaki (daddy) dan datin noraidah (mami). Aku bebas buat apa saja, aku dapat apa ja yang aku nak. Aku sempurna dengan kemewahan yang ada. Tapi kebahagiaan aku, kemewahan aku, kehidupan aku, hancur berkecai selepas ayah aku ceraikan mak aku demi seorang pengkhianat besar yang hanya ingin melihat kesengsaraan keluarga aku. hancur hati aku, hilang semangat aku, selepas aku mendapat berita yang mak aku meninggal dunia sebab kena bunuh. Ayah aku pulak pergi luar negara tinggal kan aku kat sini. Aku merana sepanjang hidup aku bila aku teringat kejadian itu. Hati aku rabak we! Hanya allah yang tahu betapa hancurnya semangat aku untuk teruskan hidup tanpa kasih sayang mak dan ayah. Tak pernah siapa pon peduli pasal aku. Tak ada siapa pon yang pernah faham aku. Aku harap kau faham aku sya. Aku tak ada siapa-siapa selain kau, abang adam, umi dengan walid kat kampung tu." Ezly menceritakan hal sebenar kepada kawan karibnya syazani. Matanya hanya tertumpu disatu sudut.

Syazani hanya terdiam setelah mendengar penjelasan daripada ezly. Syazani dapat melihat tepat pada mata ezly yang berkaca. Tetapi di sembunyikan tanggisan dihatinya dengan semyuman. Syazani tahu betapa hancurnya hati seorang anak tanpa kasih sayang seorang mak dan ayah. Sedangkan sebelum ini kawannya itu sangat di manjakan dengan kemewahan yang sempurna. Kemewahan harta atau pon kemewahan kasih sayang.

"Aku harap kau banyak bersabar ez.. Aku tahu megat ezly zafran orang yang sangat kuat dan tabah! Jangan pernah menyerah, jangan pernah mengalah. Aku tetap sokong kau dari belakang. Jangan risau, aku sentiasa ada dekat belakang kau walau apa jua keadaan sekali pon, kau tetap kawan aku dunia akhirat." Syazani memberi kata-kata semangat kepada ezly. Niat syazani ingin melegakan kesedihan dan mengubati luka yang masih tersimpan dihati sahabatnya dengan memberi semangat.

"Takpa la bro. Aku tahu kau sedih. Ingat tau, tuhan sentiasa ada." Syazani bangun dari sofa sambil menepuk bahu kawannya.


Syazani berjalan mendaki satu per satu anak tangga menuju ke bilik tidurnya, dia menoleh sebentar. Syazani dapat melihat titisan air mata yang tidak dapat ditahan oleh ezly mengalir perlahan. Tangisan itu telah menceritakan segalanya pada syazani. Megat ezly zafran masih terduduk kaku di sofa ruang tamu. Sayu hati syazani melihat kawannya dalam keadaan begitu. peritnya hati ezly untuk menerima semua ini. Hatinya cukup menderita apabila dua permata yang sangat berharga, yang sangat pentig, yang sangat diperlukan pergi meninggalkan dia. Tapi apa syazani boleh buat? Hanya mendoakan yang terbaik untuknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 14, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Sahabat, Dia Cinta.Where stories live. Discover now