BAB 1

7.4K 151 12
                                    

"ERRR... Awak ni Suria Rihana?"

"Ya, dan awak Razi?"

Lelaki tu mengangguk. Tak balas pun senyum semanis stevia yang disua Suria. Hati Suria tak selesa apabila mata lelaki itu memandangnya dari atas ke bawah macam dia makhluk asing dari planet lain. Haiya, cucuk mata dengan garpu ni, baru tahu. Jadi Kasim Selamatlah kau. Suria kerling bakul yang berisi sudu dan garpu di atas meja.

"You tunggu, eh. I nak pergi toilet kejap..."

"Okey..."

Oh... Patutlah nampak gelisah semacam, rupa-rupanya ada emergency. Geli hati Suria. Handsome jugalah mamat ni. Sama seperti gambar-gambar yang dimuat naik ke dalam Facebook. Bukan auta, bukan Photoshop. Yang benar juga. Tapi perut dia, kurang asamlah pula. Ada ke first date, belum pesan makanan lagi perut dia dah buat hal? Carilah masa lain kut nak meragam pun. Baru nak feeling Janam Janam. Dengki betul perut mamat tu.

Tunggu punya tunggu, dekat dua jam berlalu. Orang yang pergi bilik air tu tak muncul semula. Sembelit tahap kronik atau melepas fetus batu? Tak boleh jadi ni. Teh tarik dah empat muk masuk ke dalam perut, makanan tak oder lagi. Pelayan restoran asyik lalu-lalang sambil mengerling ke arah dia. Malu, asyik kata kejap, kejap. Dah berjam, bukan kejap lagi dah!

Hurm... Dah kena main. Sah, mamat tu dah blah. Kurang sopan sungguh! Aduhai... Terhinanya rasa. Kalau tak suka sekali pun terus-terang ajelah. Lepas tu pergilah dengan terhormat, cara lelaki budiman. Ini tidak, cara lelaki pengecut juga yang dipilih.

Bukan Suria yang tergedik-gedik nakkan blind date ni. Mamat tu yang sibuk mengajak. Pantang berbual di Facebook, mesti ajak jumpa. Dari minggu sampai ke bulan dia mengelak, akhirnya dia setuju juga. Sekali jumpa, tak sampai beberapa minit mamat tu diam-diam lesap. Spesies tak boleh pakai!

Nampak kan keikhlasan dia tahap mana? Jadi jangan duk harap sangatlah, Suria.

Suria bukannya apa. Cik Pah a.k.a mak Suria di rumah tu yang selalu pot pet, pot pet. Selalu tanya dah ada calon ke belum? Bukannya nak tolong rekomen, asyik mendesak aje kerjanya. Mulut Cik Pah macam dipasang motor, tak henti-henti membebel. Kalau ada suis, hendak saja dia tutup. Haip... Tak baik tau mengata mak sendiri!

Kata Cik Pah, Suria ni tak pandai melawa sebab tu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Dan dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu sarung hanyalah kasut kanvas yang tapak rata tu. Pergilah ke mana pun, fesyen dia, yang itulah juga.

Kalau keluar berjalan, mata-mata jejaka lebih rela pandang muka Cik Pah daripada anak daranya yang 'comel' ni. Sadis, kan? Manalah Cik Pah tak bising? Tambahan pula Cik Pah ni obses dalam bab melawa ni. Itu yang dia suka cari pasal dengan anak dara nan seorang tu.

Sejak keluarga Jejai datang merisik Suria, kemudian rancangan bertunang tak menjadi, Cik Pah suka menyalahkan Suria. Macam-macam bendalah yang diungkit. Tapi Suria nak buat macam mana? Dah tak ada jodoh dia dengan Jejai, kenalah terima dengan hati terbuka. Kenalah pasrah. Cuma Cik Pah saja yang sampai sekarang tak boleh terima kenyataan.

Apapun sikap Cik Pah, Suria masih boleh bertahan. Yalah... Emak hanya seorang, kan? Dia boleh jaga dan bela kita dari tapak kaki sebesar dua jari hingga boleh pakai kasut saiz tujuh, takkan mudah-mudah nak jadi anak derhaka? Orang yang tak cukup akal dan kurang ilmu aje yang suka lawan cakap emak ni. Ngeee... Perasan jadi anak solehah kejap.

Itulah sebab yang paling kukuh kenapa dia berani ambil risiko untuk berjumpa lelaki itu. Nak usaha supaya impian Cik Pah nak bermenantu tertunai. Malang sekali terjumpa lelaki dayus. Ni yang buat hati dia berdongkol. Geram, radang, menyampah, semua ada.

SI BAJU KURUNG KASUT KANVASWhere stories live. Discover now