Bab 12

19.6K 810 31
                                    

" Sayang oh sayang! Bangunlah. Pergi mandi dan kita solat subuh ya?" sayup-sayup kedengar suara abang Iman. Apa dia buat kat bilik aku ni? Oi haram! Aku segera bangun lalu memandangnya dengan geram.

" Apa abang buat dalam rumah Fara ni? Dalam bilik Fara pulak tu! Abang dosalah! Kita mana adalah ikatan yang sah!" aku sedikit menjerit. Aku baru perasan aku tidak memakai tudung lalu aku menarik selimut menutupi kepala dan badanku.

Tiba-tiba, abang Iman tertawa. Hingga terduduk di katil. Apa yang kelakar sangat ni? Nak aje aku cubit dia sampai lebam.

" Ya Allah Fara! Fara mengigau ya? Ini bilik kita berdualah. Kita semalam bernikah. Sayang dah lupa ke? Kesian isteri abang, muda-muda dah nyanyuk," kata abang Iman.

Hah? Biar betul? Ma sha Allah! Aku menepuk dahiku lalu tersenyum malu. Aku meletak kembali selimut ke katil lalu tertawa. Apa kenalah dengan otak aku pagi-pagi ni?

" Abang, Fara mintak maaf. Fara betul-betul tak perasan. Fara pergi mandi dulu ya?" aku terus beredar ke bilik air setelah mengambil tuala dan bajuku. Hai, buat malu aje.

*

Usai mengambil wudhuk, aku pun keluar dari bilik air. Lalu terdengar abang Iman membaca Al Quran. SubahanAllah. Merdunya suaranya. Setitik demi setitik cintaku tumpah untuknya.

Aku melihat dia sudah membentangkan sejadah untukku, seperti waktu pertama kali kami berjumpa. Aku pun mengenakan telekung yang tergantung di penyidai. Lawa coraknya. Ibu punya agaknya.

" Abang..." ucapku dengan perlahan. Dia melihatku lalu tersenyum. Dia menghabiskan ayat surah albaraqah lalu meletakkan Al Quran itu di atas laci buku.

" Allahu akbar...Allahu akbar..."

Entah mengapa airmataku seperti mahu menitis tatkala mendengarnya mengucap iqamat. Dialah suamiku. Kami pun memulakan solat subuh yang pertama bersama.

Selepas solat, abang Iman membacakan ayat Kursi lalu kami bertasbih untuk memanjatkan kesyukuran. Setelah itu, aku pun menyalam abang Iman. Dia pula mengucup dahiku. Aku tersenyum malu. Aku lalu bangun dan melipat telekung dan sejadah-sejadah.

" Abang, nak makan apa? Ibu dan ayah suka apa? Fara nak masak nanti," ucapku lalu tersenyum. Aku nak tunjuk abang Iman berapa terrornya aku dalam memasak walaupun tak seterror ibu dan arwah mama.

" Abang suka apa saja. Ibu dan ayah suka makan nasi goreng pedas dan minum air teh susu. Sayang pandai ke masak? Nampak gaya macam tak je?" usik abang Iman. Isy, ada orang mintak kena cubit ni tau!

" Amboi sedapnya dia pandang rendah kat kita eh? Abang kalau dah sekali rasa masakan Fara, abang mesti nak lagi tau! Bukan nak puji diri sendiri tau, tapi jiran-jiran Fara selalu kasi thumbs up dengan Fara punya masakan," kataku dengan angkuh. Haha saja kacau abang Iman.

Dia mendekatiku lalu mendekatiku lalu menyubit hidungku. Adoi sakitlah!

" Ewah sombongnya dia! Oklah oklah Fara pergi masaknya nanti? Tapi abang kena tolong,"

Aku mengangguk lalu menarik tangannya.

" Eh nak pergi mana?" abang Iman bersuara.

" Nak pergi ke dapurlah nak masak!"

" Sekarang? Sayang, sekarang baru kul enamlah. Ibu dan ayah selalu berehat lepas subuh. Mereka selalu keluar bilik dalam pukul 8.30 gitu. Nanti pukul lapan baru kita masak ya?"

" Erm yelah yelah! Tapi Fara tak nak tidur. Tak baik tidur lepas subuh. Nanti rezeki dimakan burung tau,"

" Yelah abang tak tidur ya? Abang temankan Fara,"

APA?! Kahwin muda?!Where stories live. Discover now