Chapter 5

7.3K 141 31
                                    



Masa nak pergi ke kereta, terdengar satu bunyi. Bunyi ni memang tak lain tak bukan bunyi enjin motor. Tapi kenapa bunyi macam makin dekat? Wat seram je. Selalunya, students yg naik motor ni akan bawak laju dan terus keluar dari parking. Aku sememangnya tak suka kalau bikers ni berhenti dekat dengan aku.

Takut gila nak toleh belakang. Kenapalah aku parking kete ni kat hujung-hujung. Bahaya pulak rasanya. Tiba-tiba, satu suara yang aku kenal memanggil-manggil nama aku.

"Ian! Ian!"

"Ye?" aku toleh belakang dan menyahut. Oh...

Laith la orangnya. Dia ni, buat orang jadi cuak je. Motor dia ni lawa la gak. Motor lc warna biru. Nak show off ke apa motor dia ni.

"Minggu ni balik kampong tak?" tanya Laith.

"Kenapa? Tak sure lagila. Tak fikir lagi nak balik ke tak." Aishh... Laith ni bila pakai helmet, hensemnya! Dengan mata dan senyumannya tu. Memang buat orang cair. Tapi kenapa dia senyum lebih-lebih ni? Macam ada pape je.

"Jomlah balik sekali. Hantar aku boleh? Pastu ahad balik sekali." Ajak Laith. Nak balik sekali rupanya. Cakap jelah awal-awal. Kan senang!

"Boleh la. Pukul berapa esok? Lepas solat jumaat ker?" tanya aku.

"Boleh gak. Nanti aku text tau." Kemudian, dia berlalu pergi.

Tanpa lengahkan waktu, aku terus masuk ke kereta dan terus pulang ke asrama. Aku terfikir-fikir, Laith nak balik sekali dengan aku ker? Macam tak percaya je. Rumah kami ni takdelah dekat tapi otw nak balik ke rumah aku, akan lalu rumah dia dulu. So mudahlah sikit.

Tapi yang paling best ialah aku dapat tahu which one dia punya rumah. Kan... Rumah crush kot. Takkan tak nak tahu. Mestilah kena tahu. Menarik ni. Tiba-tiba berkobar-kobar pulak nak tunggu hari esok.

+++++++++++

Bismillahirrahmanirrhahim. Bermula perjalanan aku untuk pulang ke kampung dan Laith ada di sisiku. Boleh bayangkan tak betapa nervousnye aku pada ketika ini. Susah nak tafsirkan this kind of feeling.

Me and him alone in long distance journey. Oh my gosh!

"Biasa ke kau balik weekends?" tanya aku nak memeriahkan suasana.

"Boleh kata biasa lah jugak. Bukan apa balik rumah kan best. Boleh jumpa family and happy dapat tengok parents and adik-adik."

"Adik-adik kau ramai kan? Memang best la kalau balik. Meriahlah rumah. Macam aku kalau balik pun tak ramai orang sangat. Cuma ada mak and kakak aku jelah."

"Tenang kot kalau balik rumah. Aku suka la spend time dengan family."

Boleh kata Laith ni memang family-type of guy la. Tak sangka jumpa orang macam ni. Sangat rare ye. Selalu aku jumpa lelaki, takdelah rapat dengan family. Cuma kalau call parents tu, mesti nak mintak duit. Tanya khabar pun adalah jugak. Mostly ask for pocket money. What about you guys? Do you call your parents often?

"Kalau nak tidur dulu, tidurlah... nanti da sampai aku kejut." Baik tak aku suruh dia tidur? Padahal aku ni paling anti dengan orang yang tidur kat sebelah. Bukan apa, nanti aku jadi lagi ngantuk.

Tapi sayang, dia tak tidur. Dia temankan aku sepanjang perjalanan. Lagipun sejam setengah je nak sampai rumah dia.

Lepas bayar tol, Laith tunjuk kan jalan ke rumah nya. Aku memerhati sekeliling macam hawk looking for its prey. Tajam mata aku memandang sekeliling kiri dan kanan supaya aku hafal tentang jalan.

Abang AkuWhere stories live. Discover now