Part 4

109 6 2
                                    

Keesokan harinya

Mereka semua bersiap untuk ke sekolah. Mereka semua berkumpul di dewan terbuka dan menunggu semua rakan mereka dan yang lain turun.

"Korang naik kereta dengan kitaorang nak tak"tanya Yanan kepada pengawal mereka.

"Rasanya tak kot sebab Raeeun boleh teleport ke sekolah terus "kata Jaerim kerana mereka selalu pergi ke mana saja dengan kelebihan Raeeun yang boleh bawa mereka ke mana sahaja destinasi mereka.

"Boleh tak kitaorang join korang jugak"tanya Yeoone.

"Mestilah boleh sebab kitaorang kena jaga korang sepanjang masa dan raja ada cakap jangan bagi mana-mana ahli sihir sentuh korang kalau tak habislah kitaorang kena denda "kata Hyoeun .

"Mereka semua dah sampai tu"kata Yanan.

"Sorry lambat, okey semua dah bersedia nak pergi sekolah tapi jangan terkejut beruk pulak nanti orang kat sana. Rasanya tempat ni sesuai kot"kata Raeeun lalu menggunakan kuasanya untuk teleport mereka di tepi pintu sekolah.

"Ermm..kau teleport kat sini. Tak kisahlah, lagi pun kalau teleport masuk kelas terus nanti p err lik pulak orang lain tengok kita"kata Wooseok.

"Kau patut bersyukur kitaorang yang jadi pengawal korang kalau tak memang jangan harap korang boleh datang sekolah secepat ni"kata Raeraa

Di sekolah.

Mereka semua berjalan ke pintu pagar sekolah , Jaerim dan kawannya yang lain berdiri di sisi setiap orang yang perlu mereka jaga. Terkejut Jaerim dan semua rakanya melihat ramai pelajar perempuan datang berkurumun ke arah mereka.

"Alamak, mampuslah kita semua macam ni."kata Yanan yang sudah panik melihat kumpulan pelajar perempuan yang datang ke arah mereka.

"Raeeun tolong teleport ke dalam kelas aku tak nak layan diorang semua tu"kata Kino yang sedikit gerun melihat perkara itu.

"Baiklah,  harap takde orang dalam kelas"kata Raeeun lalu teleport mereka kedalam kelas. Mereka semua bersyukur sebab takde orang di dalam kelas mereka. Mereka ingin pergi ke dataran perhimpunan tapi tiba-tiba queenka sekolah tu datang dan cuba untuk peluk tangan Yanan dan adik-adiknya tapi berjaya dihalang oleh pengawal mereka.

"Sorrylah yer, korang tak boleh sentuh diorang ni sebab ayah diorang tak kasi diorang disentuh atau dekat dengan orang yang mereka tak kenal atau lebih tepat lagi Raja dan permaisuri tidak benarkan anak mereka ni berkawan dengan orang yang mereka tidak tahu asal-usulnya"kata Jaerim panjang lebar sambil melepaskan tangan salah seorang ahli sistar itu dari menyetuh Yanan yang lain juga turut melepaskan tangan mereka.

"Korang dah langgar amaran yang kitaorang bagi jadi bersiap sedialah sebelum korang mati"kata salah seorang ahli group sistar itu kepada mereka.

"Ah takutnya, siapa yang akan mati sebenarnya kita tengok nanti jangan ada yang menyesal sudah"kata Hyunbi yang sedikit geram sebenarnya dengan perangai gedik kumpulan sistar itu.

"Dahlah korang jom kita turun ke dataran sekarang "kata Wooseok sambil menarik tangan Raeraa untuk pergi dari situ, Raeraa hanya menurut, *kalau tak sebab dia kena jaga si Wooseok tu memang dahlah lama dia tampar Wooseok sedap-sedap jer dia tarik tangan orang dia ingat ak uh ni kambing ke*kata Raeraa dalam hati, yang lain mengikut mereka berdua dari belakang ke dataran perhimpunan.

Mereka membuat dua barisan,  satu barisan lelaki dan satu lagi barisan perempuan. Mereka semua berada di barisan paling belakang. Sehabis sahaja perhimpunan,  mereka baru sahaja ingin beredar, kumpulan sistar sudah datang dan dengan gaya manjanya

"Sayang, kenapa you tak layan I, I ni girlfriend you bukan yer perempuan perampas ni "kata salah seorang dari kumpulan sistar itu sambil cuba untuk memengang tangan Wooseok dan Wooseok menepis tangan perempuan itu dengan kasar.

The Last Power(√)Where stories live. Discover now