Bab 1

8 1 0
                                    

Di kampung Damai tinggal sepasang suami isteri. Si suami bernama Nawaz manakala si isteri bernama Sufiah.

Sufiah adalah seorang yang taat menjalankan perintah Tuhan manakala si suaminya pula sering menghabiskan masa dengan berlaga ayam .

Seringkali dia dinasihati oleh isterinya namun tidak berkesan. Sufiah menasihati suaminya dengan penuh kelembutan .

Katanya , "Wahai suamiku yang tercinta. Alangkah baiknya kamu meninggalkan perbuatan yang sia sia itu. "

Nawaz yang mendengar nasihat isterinya itu hanya mencebik . Dia berkata " Aku tahu apa yang aku buat. Engkau uruskan saja hal rumah tangga . Jangan menyibuk!".

Sufiah hanya mendiamkan diri. Dia sentiasa tersenyum walaupun Seringkali dimarahi.

Namun begitu , Sufiah juga sering membaca Bismillah sebelum memulakan pekerjaan. Sememangnya itu adalah amalan Sufiah setiap hari.

Nawaz yang seringkali mendengar ucapan itu berasa bosan . Nawaz berkata sendirian ."Tiada ucapan lainkah? Asyik ucapan yang sama . Bukannya boleh kaya dengan ucapan itu ! Huh !"

Pada suatu hari , Nawaz berniat mahu memberikan pengajaran supaya isterinya itu berhenti daripada mengucapkan Bismillah .

Pada hari berikutnya , Nawaz pergi ke hutan berhampiran mencari sarang lebah . Selepas mendapat apa yang dihajatkan , sarang lebah itu diletakkan di dalam sebuah karung lalu dibawa pulang .

Sampai di rumah , Nawaz menyerahkan bungkusan yang di bawa nya kepada isterinya .

Hadiah Untuk SufiahWhere stories live. Discover now