OO1

1.9K 289 113
                                    

Seperti ada sesuatu yang magikal ketika sedang bermalasan di atas katil di waktu awal pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti ada sesuatu yang magikal ketika sedang bermalasan di atas katil di waktu awal pagi. Mungkin daripada sinar keemasan cahaya matahari yang melepasi ruang kecil langsir, suhu yang terasa hangat, suasana yang seakan punyai emosi berterbangan di udara. Atau mungkin ianya daripada keadaan senyap sunyi ketika seluruh dunia masih tidur lena, atau mungkin, ianya bunyi pernafasan kelam dan rasa suam dari ibu jari Doyoung yang melukis bentuk asing di permukaan belakang tapak tangan aku.

"Pagi," Doyoung berbisik, nafas dingin bauan mint ubat gigi yang dia gunakan semalam mengenai muka aku. "Tidur lena?"

"Very well. Thanks to you."

"Well, I'm glad I could be of assistance." Dia menempatkan ciuman kecil di pipi aku sebelum menarik aku bersembunyi disebalik tubuhnya. Aku lebih tepat lagi sedang merehatkan kepala berbantalkan lengannya. Tahu yang kedudukan itu akan memberikan rasa lenguh kepada Doyoung, aku bergerak ke kedudukan yang lebih rendah, menyebabkan pemandangan aku kini berhadapan dengan dadanya yang dilindungi t-shirt putih yang nipis. Uh-oh.

"So." Suara seraknya yang perlahan sedikit memeranjatkan aku. Aku telan liur. Entah mengapa aku merasakan perilaku aku sebelum ini sangat... Sangat berdosa. "Kenapa?"

Tangannya menaik mengelus sisi muka aku jadi aku mendongak untuk melihat reaksinya. Ooooh, handsome.

"Kau tahu, aku patut suaikan diri dengan ini," terangnya umum. Aku jadi agak keliru dengan apa yang dia mahu maksudkan.

"Bangun pagi disebelah kau," dia menambah, tangannya yang di pipi aku dibawa ke bawah. "Kau nampak cantik walaupun ketika tidur."

Dia menganjak menghasilkan ruang untuk aku, jadi aku bergerak menyamai kedudukannya lalu merehatkan kepala di bantal yang sama. "Awak tengok saya tidur?"

"Sorry, itu kedengaran menakutkan."

"Sedikit."


"Tapi kau memang nampak cantik walaupun ketika tidur. Lebih-lebih lagi bila kau pakai baju aku. Jujur aku kata, kau paling cantik waktu ini."

"Walaupun dengan baju pergi office? Itu pun kalah dengan pakaian sekarang ini?" Aku tersengih, kening sengaja menjongket ke atas mengujinya. Dia ketawa perlahan sebelum menarik aku kepelukannya, kepala berehat di ceruk leher aku.

"Oh, itu.. Baiklah, itu di tempat pertama."

Aku masih ingat kata-kata aku sewaktu baru dua bulan bekerja dengan Doyoung, yang aku mengatakan menjadi setiausahanya adalah perkara yang paling hebat pernah aku lakukan dalam hidup. Bagi aku sekarang itu adalah perkara ketiga hebat.. Kerana pertama sekali, menjadi isterinya merupakan perkara yang terhebat, kedua pula.. uhm tidak mengapalah, aku tidak mahu mention kerana ia berkenaan menciumnya. Rasa seperti mimpi, kau tahu? Perasaan aku sudah menjadi miliknya dan dia menjadi milik aku. Aku rasa begitu gembira.

Bad Habit » DoyoungWhere stories live. Discover now