ten

2.2K 300 10
                                    

Siap membuat breakfast, aku berlalu ke atas dan pergi ke bilik Liyoung. Pintu bilik aku bukak dan aku duduk di birai katil.

"Young-ah.. ppali ireona."

Aku mengusap-usap kepalanya.

Eh? Aku memegang dahinya. Gosh! Panasnya!

Ni mesti sebab dia duduk lama dekat bilik aku. Dah la aku bukak sampai 16°.

Aku terus bergegas ke bilik J-Hope.

"J-Hope! J-Hope!"

Jeritku sambil mengetuk pintu macam nak pecah.

"Apa kau ni? Pekik pagi-pagi ni. Dah la ketuk pintu bilik orang ku--"

"Kalau kau nak membebel sekalipun, bukan sekarang. Now, kau kena tolong aku. Urgent!"

Aku terus memotong percakapan dia. Ehh nak membebel pulak.

"Apa dia?"

"Tolong angkat Liyoung. Kita bawak dia pergi klinik."

"Kenapa pulak?"

"Ish kau ni! Ikut je la! Aku pergi panaskan kereta. Kunci kereta dekat bawah kan."

Aku terus berlari ke bawah dan mengambil kunci kereta milik J-Hope. Aku keluar rumah dan memanaskan enjin kereta.

Tak lama kemudian, J-Hope datang sambil mengangkat Liyoung. Aku membukakan pintu belakang untuknya.

"Panas giler ni. Kenapa boleh jadi macam tu?"

"Nanti aku bagitau kau. Cepat!"

J-Hope menutup pintu dan berlari ke tempat pemandu. Aku masuk ke dalam kereta. Dan, kereta J-Hope meluncur laju di jalanan yang sepi.

•••

Tanpa membuang masa lagi, kami terus masuk ke dalam klinik. Aku duduk di tempat yang disediakan manakala J-Hope buat appointment dengan doktor.

Betul ke? Aku pun tak tau sebab aku tak pernah buat pun semua tu 😂

Lepastu, dia duduk di sisi aku lalu mengusap kepala Liyoung.

"Sekarang kau bagitau aku. Kenapa badan dia panas sampai kita boleh masak air ni?"

Aku memandang dia. Muka dia serious tapi soalan dia bodoh pulak.

"Maybe sebab dia duduk dekat dalam bilik aku kott?"

"Maksud kau?"

"Semalam dia tengok Carrie and Toys dekat dalam bilik aku sampai dia tertidur. Aku dah la bukak aircond sampai 16°. Maybe sebab tu kott."

Tiba-tiba dia memukul kepala aku. Eeii.. kenapa tetiba pukul kepala aku ni? Nak aku cepat bodoh ke apa?

"Yah! Asal pukul kepala aku?"

Kataku dengan geram.

"Yang kau bukak aircond sampai 16° tu dah kenapa?"

"Aku dah biasa la."

"Kau tau tak yang Liyoung ni tak boleh dekat tempat sejuk sangat? Kalau tak dia demam."

"Mana la aku tau. Lain kali bagitau la dekat aku awal-awal."

Aku berkata dengan muka yang selamba. Dia mengangkat tangannya. Lantas aku menghalang kepalaku daripada diketuk lagi.

"Ha! Nak ketuk aku lagi la tu! Apa kau ingat kepala aku ni pintu nak ketuk-ketuk? Kau nak aku bodoh cepat ke hape?"

"Kalau boleh memang aku nak bagi kau bodoh cepat. Tapi nasib baik aku sayang kau."

Dia mencuit hidung aku. Aku tergamam. Apa dia cakap tadi? Aku salah dengar ke?

Perlahan-lahan aku menurunkan tangan aku dari kepala.

BUK!

"Dapat pun."

"Yah!"

Eeii.. menyesal pulak aku turunkan tangan aku tadi.

"Erm.. dekat sini pun eonnie dengan uncle boleh bergaduh. Tak malu ke orang tengok?"

Liyoung menegur. Dia bangun dari kerusi.

"Young nak pergi mana?"

"Masuk bilik doktor la. Dari tadi nurse tu panggil."

Liyoung pun masuk ke dalam bilik tersebut. Aku dan J-Hope berpandangan dan kami cepat-cepat ikut langkah Liyoung.

Buat malu je.

•••

Sebaik sahaja balik dari klinik, aku baringkan Liyoung di atas katil.

"Nah."

J-Hope menghulurkan bekas bubur yang beli dekat MCD. Aku mengambil berkas tersebut lalu bukak.

"Young.. jom makan. Lepas makan, makan ubat.. then, Young tidur. Okey?"

Liyoung hanya mengangguk. Aku pun menyuap dia makan. Dalam beberapa suap, bubur tersebut dah pun habis. Aku mengambil air dan juga ubat.

"Nah."

Tanpa membantah, Liyoung memakan ubat tersebut dan baring. Aku mengemaskan comforter agar dia selesa.

"Kajja."

Aku mengajak J-Hope keluar. Aku turun ke dapur dan membuang bekas bubur tadi dan membasuh cawan.

Baru je aku nak panggil J-Hope untuk makan, dia dah duduk dekat meja makan. Aku pun duduk sama dan makan.

Kenapa awkward je ni?

"Ahri-ah.."

Aku memandang dia.

"Wae?"

"Erm.. kau duduk lama lagi ke dekat sini?"

Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa pulak dia tanya aku soalan macam tu? Tak sabar aku keluar ke?

"Molla. Tunggu Ahjumma Jung bagitau la. Waeyo?"

"Amugeotdo aniya."

"Aku harap kau boleh duduk sini selamanya."

Walaupun dia berkata dengan perlahan, aku boleh dengar.

Aku pun berharap sama macam kau. Tapi, nak buat macam mana? Hurm..

To Be Continue

[C] babysitter | hoseok.Where stories live. Discover now