MATA 5

474 43 14
                                    

natasha mengetuk daun pintu bilik pejabat doktor isma. "masuk...", kedengaran suatu suara bergema dari dalam bilik pejabat tersebut. natasha pun segera masuk ke dalam bilik pejabat doktor tersebut. doktor muda itu sedang leka menulis sesuatu di dalam bukunya. "ya... silakan duduk... ada apa yang boleh saya bantu?", soal doktor isma. dia masih leka menulis sesuatu dalam buku di atas mejanya. "er... doktor isma... saya datang ni nak bertanya pada awak siapa yang menderma mata baru saya ni?...", soal natasha perlahan lahan. doktor isma berhenti menulis. dia mendongakkan kepalanya. "oh... cik natasha rupanya... er... cuba awak ulang sekali lagi apa yang ingin awak tanyakan tadi... saya tak dengarlah...", kata doktor isma perlahan lahan. "saya nak tanya siapa penderma mata saya ni?", soal natasha ingin tahu. "kenapa awak nak tanya penderma mata awak tu pula? awak ada masalah dengan mata baru awak tu ke?", soal doktor isma seraya memandang wajah gadis tersebut. "ya... saya sering melihat benda benda yang pelik. saya juga bermimpi tentang seorang gadis yang bernama farina. saya tidak tahu kenapa saya selalu mimpikan gadis tu... kalau boleh saya nak awak tolong jelaskan pada saya siapa penderma mata saya ni?", soal natasha ingin tahu. "oh... maafkan saya cik natasha... buat masa ni maklumat penderma terpaksa di rahsiakan...", kata doktor isma dengan wajah yang serius.

"kenapa pula?", soal natasha ingin tahu. "saya tak boleh dedahkan siapa penderma organ mata awak tu sebab saya terpaksa mengikut protokol yang sedia ada... sebenarnya kami tak boleh dedahkan sebarang maklumat tentang penderma organ kepada penerima organ dengan begitu saja...", terang doktor isma dengan suara yang tegas. "jadi awak langsung tak boleh bagi tahu saya siapa penderma organ mata saya ni?...", soal natasha sedikit hampa. "nampak gayanya macam itulah...", balas doktor isma. "Oh... kalau macam tu tak apalah...", perlahan lahan natasha bangun dari atas kerusinya. "nanti dulu natasha, sebelum awak pergi saya nak bagitahu awak sesuatu... mungkin apa yang awak lihat atau alami tu cuma alahan kecil saja... lambat laun ia akan hilang begitu saja...", kata doktor isma padanya. "Whatever...", balas natasha perlahan lalu beredar dari situ. dia melangkah keluar dari bilik pejabat doktor isma dengan perasaan yang hampa sekali. ketika dia melintasi ruang menunggu yang sibuk itu tiba tiba muncul pula tengku ryan kat situ, "macamana?... awak dah dapat bertemu dengan doktor mata awak tu tak?", soal tengku ryan secara mendadak. terkejut betul natasha di buatnya. hampir saja dia berlanggar dengan pemuda itu. nasib baik dia segera menghentikan langkah kakinya kalau tidak memang berlanggarlah diorang kat situ.

"ohh... kus... semangat...", natasha bersuara sambil menggosok gosok dadanya. "awak terkejut ke?... sorrylah sebab buat awak terkejut tadi...", tengku ryan bersuara seraya tersenyum kambing padanya. "never mind... anyway, saya dah jumpa dengan doktor isma tadi tapi dia tak nak bagitahu saya siapa penderma mata saya ni...", kata natasha dengan suara yang hampa. "doktor yang melakukan pemindahan jantung ke atas saya pun tak nak bagitahu saya siapa penderma organ jantung saya ni...", kata tengku ryan dengan hampa. "hmm....", mereka sama sama mengeluh hampa. ketika mereka berdiri di situ tiba tiba saja mereka terdengar suatu berita yang di siarkan di kaca TV yang terletak tidak jauh dari situ, "... berikut ialah susulan berita kehilangan gadis remaja bernama farina binti zakaria yang berusia 18 tahun. dia di laporkan hilang dari rumahnya di kampung setiu 2 bulan yang lalu.... ibunya puan rosita binti harun merayu pada mana mana pihak yang berkenaan supaya menghubunginya dengan segera jikalau ada yang terjumpa anak gadisnya yang hilang itu...", kata pemberita di dalam TV. pandangan mata natasha dan tengku ryan kini tertumpu ke kaca TV tersebut. kelihatan gambar gadis bernama farina terpampang jelas di atas skrin TV beserta nombor telefon ibunya. natasha pun terus mencapai handphonenya lalu di tangkapnya gambar gadis tersebut beserta nombor handphone si ibu. rasanya dia perlukan gambar itu kelak. "itulah gadis yang selalu muncul dalam mimpi saya tu...", ucap tengku ryan di sebelahnya.

"dia bukan saja muncul di dalam mimpi awak... malah dia muncul dalam mimpi saya juga...", kata natasha perlahan lahan. "saya rasa farina ni ada kaitan dengan jantung baru saya ni... buktinya saya selalu bermimpikan gadis tu sebaik saja saya selesai menjalani pembedahan pemindahan jantung sebulan yang lalu...", kata tengku ryan dengan penuh yakin. "saya pun rasa yang farina ni ada kaitannya dengan mata baru saya ni.... kalau tidak masakan saya selalu mimpikan dia dan terbayangkan wajahnya...", kata natasha. "so, kesimpulannya?...", tengku ryan merenung wajah gadis itu. natasha membalas renungan mata pemuda tersebut. "so, kesimpulannya kita harus mencari farina... dia mungkin berada dalam kesusahan sekarang...", kata natasha dengan pantas sekali. "saya setuju... mari kita sama sama mencari farina...", kata tengku ryan dengan penuh semangat. "urm... kita mulakan pencarian di rumah ibunya di kampung setiu...", kata natasha. "baiklah... tapi kita harus pergi ke sana bersama sama... er... apa kata kalau awak ikut saya naik kereta saya saja...", kata tengku ryan. "hm... baiklah... tapi saya kena bagitahu pak man dulu supaya dia tidak lagi menunggu saya... saya akan menyuruh dia balik ke rumah...", kata natasha. "okay...", balas tengku ryan perlahan lahan. natasha segera mengorak langkah menuju ke arah pak man driver papanya. setelah memberi tahu driver papanya itu dia pun pergi ke kampung setiu dengan di temani oleh tengku ryan. mereka menaiki kereta alfa romeo milik pemuda tersebut.

beberapa jam kemudian mereka pun sampai di kampung setiu yang terletak di kawasan pedalaman itu. ketika itu hari sudah pun malam. "di mana kita nak cari rumah farina tu ar?", soal tengku ryan sebaik saja mereka sampai di kawasan perkampungan tersebut. "entahlah...", balas natasha. ketika mereka sedang melewati satu selekoh tiba tiba saja natasha ternampak seorang gadis yang berbaju kurung berwarna hitam sedang berdiri di tepi jalanraya tidak jauh dari situ. rambutnya pendek separas bahu. namun wajahnya tidak kelihatan sangat sebab rambut depannya menutupi bahagian depan wajahnya. gadis itu menunjuk ke arah sebuah rumah kayu yang terletak tidak jauh dari situ. pada saat itu tengku ryan sedang memandu keretanya sambil memegang dadanya. jantungnya berdegup lebih pantas dari yang biasa. dia rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. sementara itu natasha masih terpaku memerhatikan gadis tersebut. "natasha...", panggil tengku ryan. dia menggamit bahu gadis itu. "awak nampak gadis tu tak?", soal natasha sambil memandang wajah tengku ryan di sebelahnya. "tak... tapi jantung saya berdegup pantas...", kata tengku ryan tak keruan. "awak berhentikan dulu kereta ni... saya rasa awak patut berehat sekejap... tentu awak penat...", kata natasha. tanpa banyak soal pemuda tersebut memberhentikan keretanya di tepi jalan. natasha menurunkan penyandar tempat tengku ryan sedang duduk. perlahan lahan pemuda itu berbaring di atas tempat duduknya. natasha membuka pintu lalu bangun. "natasha.... awak nak pergi ke mana tu?", soal tengku ryan ingin tahu. "saya nak tengok gadis tadi tu...", cepat cepat natasha bangun lalu melangkah keluar dari dalam kereta itu. dia berjalan menuju ke arah selekoh di mana dia nampak gadis berbaju kurung warna hitam tersebut tapi gadis itu sudah tidak ada di situ lagi.

natasha merasa hairan. Baru sebentar tadi dia nampak gadis tu berdiri kat situ tadi tapi ianya sudah tidak ada lagi di situ. "pelik betul...", gerutu natasha sendirian. dia berjalan menuju ke arah kereta milik tengku ryan. perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. "awak dah jumpa gadis yang awak cakap awak nampak tadi tu ke?", soal tengku ryan sebaik saja natasha duduk di sebelahnya. "tak... dia dah hilang dah...", balas natasha. "eh.... cepatnya dia menghilang... awak nampak dia kat mana tadi?", soal tengku ryan dengan dahi yang berkerut. "kat selekoh tajam tu.... dia sedang berdiri sambil menunjuk ke arah sebuah rumah kayu yang terletak kat sana tu...", kata natasha dengan wajah yang serius. "betul ke awak nampak gadis tu?.... saya tak nampak gadis tu pun...", kata tengku ryan macam tidak percaya pula. "ya.... saya nampak gadis tu tadi.... saya cakap betul ni....", balas natasha cuba menyakinkan pemuda tersebut. "whatever.....", balas tengku ryan sepatah. "awak dah rasa okay ke?", soal natasha. "yeah....", balas tengku ryan seraya bangun dari atas penyandar kerusinya. "kalau macam tu mari kita teruskan perjalanan kita... kita pergi tanya penghuni rumah kayu sana tu....", kata natasha sambil menunjuk ke arah sebuah rumah kayu yang terletak tidak jauh dari situ. tengku ryan mula memandu keretanya menuju ke rumah kayu tersebut. natasha memerhatikan rumah kayu itu. kalau tidak salah itulah rumah kayu yang di tunjukkan oleh gadis yang di lihatnya berdiri di selekoh tajam sebentar tadi....

AUTHOR NOTE: PLEASE CHECK OUT THIS BOOK:-

http://my.w.tt/UiNb/ayORnnmuwz

title: historical of the house (HOTH)
author: lost_rayne01
genre: mystery / thriller

MATA (P13)Where stories live. Discover now