1

5.1K 956 196
                                    

Suga:
Kami, Bangtan akan semakin tua. Makin lama umur meningkat. Kami akan berkahwin dan mempunyai anak. Sama juga Army. Army akan mengalami fasa dewasa dan akan berkahwin.
Suga:
Masa itu akan tiba iaitu persembahan pentas yang terakhir, Bangtan Bomb yang terakhir, konsert terakhir, teasing fans yang terakhir, dan juga pelukan berkumpulan yang terakhir bagi kami BTS.
Suga:
Big Hit pasti akan mengeluarkan group idol baharu dan mungkin populariti kami akan menurun. Juga, mungkin satu hari nanti tiada lagi group idol bernama Bangtan Sonyeondan.
Suga:
Bayangkan, seorang wanita sedang sibuk dengan urusan rumah tangga. Celoteh anak anaknya yang masih kecil bermain. Wanita itu membuat hal rumah, mengemas, memasak, menjaga anak dan sebagainya. Suaminya pula akan pulang beberapa jam sahaja lagi.
Suga:
Sedang wanita itu sibuk dengan hal rumah tangga, tiba tiba telefon wanita itu berbunyi. Notification menunjukkan yang memori telefon mulai penuh. Satu persatu wanita itu memadam gambar yang baginya tidak diperlukan lagi.
Suga:
Makin lama, gambar yang sudah bertahun bertapa pula disentuh. Satu persatu gambar itu dipadam. Sampailah wanita itu menjumpai satu gambar. Gambar itu menunjukkan tujuh orang remaja sedang tersenyum dengan gembiranya. Ianya ialah group idol bernama BTS.
Suga:
Wanita itu teringat zaman remajanya. Seorang remaja yang masih bersekolah dan seorang yang menyukai kumpulan K-idol. Satu persatu memori terimbas di minda. Secara tidak langsung, air mata wanita itu jatuh.
Suga:
Hanya Army yang setia sahaja akan mengatakan ini,
Terima kasih Bangtan kerana membawa muzik yang bagus dan baik
Terima kasih Bangtan kerana menginspirasikan kami
Terima kasih Bangtan kerana menjadi inspirasi kami
Terima kasih Bangtan kerana berjaya mengubah hidup saya
Terima kasih Bangtan kerana membuat saya tergelak
Terima kasih Bangtan kerana wujud
Terima kasih Bangtan untuk segalanya

- suga.

© Disband | BTSWhere stories live. Discover now