*11

3.2K 204 9
                                    


"Ish...!" Mira mengeluh bosan entah kali yang keberapa.

Masuk hari ini cukup 2 bulan Mira tinggal di Puan Ros. Sejak Ayu balik UUM dua minggu lepas Mira jadi bosan. Selalunya Ayu yang temankan Mira berbual. Tak pun berjalan satu kampung. Sekarang Mira jadi bosan tak ada kawan. Azim? Pagi-pagi buta dah keluar. Jarang Mira dapat berjumpa dia.Kalau jumpa, masing-masing hanya diam.

Butang off tv di tekan. Kaki melangkah ke dapur. Mencari Puan Ros.

"Assalammualaikum Mak Cik, masak apa?" muncul Mira di dapur.

"Waalaikumussalam Mira.Mak Cik buat Ayam masak kurma.Kenapa Mira?"

"Tak ada apa.Mak Cik nak Mira tolong tak?" tanya Mira mahu menolong.

"Tak perlu rasanya. Lagipun dah nak siap masak. Ni mesti bosankan? " Teka Puan Ros.

"Hmm. Mira bosan la Mak Cik. Kalu ada Ayu lagi best." Beritahu Mira dengan suara dibuat sayu.

"Alamak Mira! Gula habis. Mak Cik terlupa suruh Azim beli" Kata Puan Ros sambil menepuk dahinya.

"Mirakan ada.Mira boleh pergi kedai beli gula."

"Tak apa lah Mira. Susahkan kamu je. Mak Cik boleh telifon Azim belikan." Puan Ros menolak pertolongan Mira.

"Alah. Boleh la Mak Cik. Lagipun Mira tengah bosan tak tahu nak buat apa. Boleh laa..please!" merayu Mira. Muka di buat comel.

Puan Ros menarik nafas dan akhirnya berkata.

"Okey lah. Tapi ingat jangan merayau mana-mana tau. Cepat balik." cair juga Puan Ros dengan pujuk rayu Mira. Duit dia atas peti ais di berikan kepada Mira.

"Yeah... Ni Mira sayang Mak Cik lebih.Mira pergi beli sekarang." kata Mira dengan ceria. Laju kaki Mira melangkah keluar daling dari pandagan Puan Ros.

Sebuah senyuman terukir oleh Puan Ros. Gadis yang menceriakan harinya dan bakal merubah segalanya.

'Akhirnya aku ada dapat juga hilangkan bosan yang keranda.' kata Mira dalam hati sebelum kakinya berhenti melangkah di bawah pokok rambutan. Lalu, dadanya di sentuh degupan jantung dirasa.

'Tapi kenapa aku ni rasa lain macam? Macam ada sesuatu. Perasaan aku saja. Aku di kampung ni 2 bulan tak apa pun yang belaku. Munkin mereka dah tidak cari aku tak pun masuk lokap.' kata hati Mira lagi untuk menenangkan hatinya.

Kali Mira kembali melangkah menuruskan perjalanannya ke Kedai Pak Ramli
......................................................................

10 minit kemudian.

"Akhirnya aku sampai juga di kedai ni. Nasib tak ada apa-apa yang berlaku. Takut juga aku keluar seorang."

'Tahu pulak kau takut. Tadi bukan main kau pujuk Mak Cik Ros' kata hati Mira pada diri sendiri.

"Ya adik nak apa?" tanya Pak Ramli menyedarkan Mira ke alamnyata.

"Gula 2 kilo." laju Mira berkata menutup rasa malu.

"Nah adik.6 ringgit."

"Ini duitnya Pak Cik." kata Mira sambil memberi duit rm10 ringgit.

"Adik ni anak sapa? Tak pernah nampak pun sebelum ni?" tanya Pak Ramli pada Mira.

"Saya bukan orang sini Pak Cik. Saya cuma datang bercuti di sini"

"Patut tak pernah nampak. Adik tinggal di rumah siapa?"

"Saya tinggal di rumah Mak Cik Ros." dengan ceria Mira menjawab.

Berubah air muka Pak Ramli apabila Mira berkata tinggal di rumah Puan Ros.

"Kenapa Pak Cik?" soal Mira pelik dengan perubahan air muka Pak Ramli bertukar sedikit takut.

"Ta...tak a..da apa. Cuma Pak Cik nak ingatkan adik supaya berhati-hati di kampung ni" pesan Pak Ramli sambil memberi duit baki kepada Mira.

"Terima Kasih Pak Cik. Saya bilik dulu ye. Assalammualaikum." sedikt pelik Mira dengan nasihat Pak Ramli menyuruhnya berhati-hati.

Dalam perjalan pulang ke rumah Puan Ros. Perasaan itu datang kembali.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati lagi ni? Rasa seperti ada benda yang akan belaku.Munkin perasaan aku apabila keluar seorang diri selalunya berdua."  kata Mira untuk menenangkan hatinya lagi.

Setelah perjalanan Mira hampir ke jalan yang agak sunyi dan dikelilingi pokok getah. Hatinya semakin tidak tenteram. Mira mula terasa seperti di ikuti. Ketakutan mula menguasai dirinya.

'Ya Allah, jika ada orang mengikuti aku dari belakang adalah orang jahat, selamatkan lah diri ku ini.' berdoa Mira dalam hati.

Dengan takut Mira pusing kebelakang melihat orang yang mengikutinya tapi tiada orang.Mira kembali berjalan sedikit laju. Tampa Mira sengaja kakinya tersepak batu lalu terjatuh.

Belum sempat Mira bangun berdiri. Ada tangan yang menutup mulutnya lalu di heret ke dalam semak pokok getah.

"Hi, we meet again. You miss me?"



Bersambung...
Tq baca and voted.
Sorry ada typo sikit.





Suamiku budak gengster kampungWhere stories live. Discover now