bab 2

9 0 0
                                    

Di sebalik senyuman yang indah terhias pasti terlakar sedikit kedukaan.

Hati yang sering sarat dengan rindu kini mulai berganti dengan rasa keterlukaan, kebecian dan kekecewaan.

Setiap detik rasa itu menyenakkan dada Anis.

Ingatannya pada Arfan semakin lama mulai hilang dari ingatan namun rasa keterlukaan itu sungguh tidak dapat dilupakan.

Segala memori bersama Arfan sungguh sering menghantuinya. Rasa sarat dengan derita waktu ini.

Tanpa dia sedari air matanya jatuh buat kesekian kalinya.

Air mata yang merembas laju itu dibiarkan tanpa dikesat.

Biarlah air mata itu turun membawa segala kedukaan.

Kedengaran lagu berjudul  lelaki teragung nyanyian Dayang faizah itu bergemar di telefonnya.

Tidak tunggu lama telefon berjenama Samsung galaxy itu dicapainya. Air mata yang mengalir itu dikesatnya perlahan.

Nama pemanggil dilihatnya sebelum talian disambungkan.

"Hello, assalamualaikum."

"Hah?" Terkejut Anis mendengar berita yang didengarinya itu.

Tanpa berlengah lagi Anis bangun menuju ke arah almari bajunya mencapai tudung jenis farida itu.

Langkahnya diatur menuju ke kereta myvi. nya.

Kereta Anis menderum laju meninggalkan kawasan taman perumahannya.

Destinasinya, hospital!

Anis berlari sepantas mungkin menuju ke wad yang menempatkan satu satunya kakak yang dia punya.

Sungguh khabar itu bagai meragut kepercayaannya pada lelaki tidak bertanggungjawab itu. Peluang yang diberi dibayar dengan sia sia.

Lelaki itu!

Anis mengepal penumbuknya perlahan.

Larian Anis semakin perlahan apabila dia semakin hampir dengan wad yang menempatkan kakaknya itu.

Tangan yang terasa bergetar itu perlahan lahan diangkat menyentuh permukaan pintu.

Bukan abang iparnya yang terbayang sekarang namun keadaan kakaknya yang meraung dan dikelilingi beberapa orang jururawat itu yang melemahkannya.

Ya Allah, sungguh ujian itu sungguh berat buat kakakku Ya Allah. Mengapa dia juga perlu menanggung derita seperti ku?

Anis meraup wajahnya perlahan. Dia seharusnya tidak berfikiran begitu. Seharusnya waktu ini dia berada di sisi kakaknya menyokongnya kala dia kehilangan satu satunya bayinya yang mulai membesar di janinnya  namun tidak sempat dia melihat bumi ini.

Tidak jadi masuk Anis hanya menunggu di luar. Tidak sampai hati dia melihat keadaan kakaknya itu.

Barusan khabar gembira itu mengembirakan mereka, namun sekelip mata ianya ditukar menjadi berita hiba yang hanya membawa rasa kecewa.

Tiba tiba Anis dipagut rasa bersalah. Sungguh sebelum ini dia merasakan bahawa kehilangan Arfan adalah sesuatu berita yang paling mengecewakan namun sekarang dia sedar bahawa ianya hanya ujian buat seorang hamba yang terpilih. Masih ada lagi orang yang menerima dugaan lebih berat padanya. Buktinya kakaknya telah kehilangan seorang anak yang dikandungnya selama lima bulan, sekian lama menunggu kehadiran bayinya itu dan sekarang ianya pergi tanpa belum sempat melihat dunia ini.

Anis menahan tangis mengenangkan perkara itu.

Hatinya terasa bergitu ngilu sekali.

Dalam melayani perasaan sedihnya kedengaran derapan tapak kasut yang semakin hampir dengannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

sebuah penantianWhere stories live. Discover now