BAB 13

2.9K 181 12
                                    

"Bonda! Bonda! Bonda!" panggil Fatin terus berlari terkocoh-kocoh mendapatkan bondanya. Berita menarik nak disampaikan untuk bonda!

"Ya, kenapa dengan kamu ni? sayur ada beli tak?" soal bonda sambil mengulikan doh untuk membuat roti. Tersentak dia tiba-tiba sahaja Fatin pulang ke rumah terus memanggilnya. Kebiasaannya, terus masuk ke bilik dan dah tak keluar-keluar.

"Bonda, nenek dah sihat! Tadi orang nampak dia dekat pasar dengan lelaki mana entah tapi nampak dari raut mukanya macam sebaya dengan orang" jawab Fatin sambil membahasakan dirinya sebagai 'orang'.

Mereka berpandangan. Mungkin tiba masanya untuk melawat nenek mereka yang sudah lama dibiarkan. Berdosa mereka terhadap nenek itu, sepatutnya mereka yang menjaganya tapi disebabkan permintaan orang kampung. Neneknya terpaksa duduk berjauhan. Siapalah agaknya yang menjaga makan minum neneknya ya?

"Petang ni kita pergi melawat nenek. Kalau nak bawa kawan kamu sekali pun boleh. Bonda dengar Lisa dah sihat ya?"

"Ya bonda. Orang tengok dia terkejut tau... sebab badan dia tak macam time dia sakit dulu. Alhamduillah... Allah panjangkan umurnya" Fatin meraut wajahnya tanda bersyukur.

1 Message Received

'Dari siapa pula ni? Oh Fatin!'

Terus Lena membuka mesej itu. Kenapa tiba-tiba je ni? Ada hal mustahak ke?

From: Ftinaqlh

"Petang ni datang rumah aku, sebab bonda ajak melawat nenek. Dia dah sihat! aku nampak dia dekat pasar tadi wei!"

"Yeka?! Alhamdulillah"

"Bawa sekali Dang, Qilah and Lisa eh? Boleh gi jalang-jalang"

"Hahahaha, wakattano!"

Send.

Oh, yes! ada juga aktiviti petang ni. Hiks! Tanpa membuang masa, Lena menghantar mesej kepada teman-temannya yang lain tanda pengkhabaran yang baik. Tidak sabar dia untuk melawat nenek itu. Sebenarnya, dia tak sabar nak keluar dari rumah. Bosan menerap di rumah sahaja! huh!

4.45 PM

Mereka berkumpul di rumah Fatin lebih awal daripada dijanjikan. Bonda memandu kereta. Dengan kereta kepunyaan Fatin yang lebih besar dapat memuatkan mereka berempat.

"Kereta ni macam mesin basuh baju" seloroh Lena separuh berbisik. Kalau kata kuat-kuat nanti dengar. Sudahlah menumpang orang pastu mengata pulak. Tak senonoh punya perangai!

Dang mencubit lengan kawannya. Apalah minah ni! kata dalam hati sudah lah. Kalau Fatin dengar, berkecil hati pula dia. Kalau dah berkawan rapat, tak apa ah nak mengata depan-depan. Sekarang ni pun, rapat biasa-biasa je tapi tak rapat sebetulnya yang boleh dilabelkan bff. Waktu sekolah rendah bersama pun jarang bertegur sapa.

Setelah mengunci pintu rumah. Mereka bertolak ke rumah yang dituju. Lebih kurang 30 minit, mereka tiba di rumah itu. Sekarang bonda setuju akan berita yang disampaikan oleh Fatin. Emak angkatnya sudah kembali pulih. Rindu akan wajah emaknya itu, yang membawa sinar dimatanya. Bonda ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya di depan rumah Nek Salmah, disebabkan itulah dia telah menjadi anak angkat kepada orang tua itu. Disebabkan dia, bonda dapat meneruskan kehidupan dengan baik tanpa belas kasihan orang ramai. Kalau tidak, sudah lama dia sudah menjadi pengemis di tepi jalan. Alhamdulillah, dia sangat bersyukur!

Sedang Nek Salmah dan lelaki itu sibuk menanam pokok bunga. Mereka terkejut melihat kedatangan enam orang gadis dan itu! itu anaknya! Sudah lama dia ingin melihat anaknya... dia terus menuju ke arah anaknya dan memeluknya rapat. Ya Allah, alhamdulillah... alhamdulillah...

Mereka berpelukan. Kali ini, dia nampak tangisan gembira anaknya daripada tangisan yang sedih sewaktu dia dipaksa berpindah ke sini.

"Ibu sihat?" soal bonda. Dia meraih orang tangan itu, mengusapnya lembut. Jelas berkedut tangan orang tua itu, tetapi masih segar di matanya. Aku rindu akan tangan ini yang selalu mendodoiku waktu kecil, menyuap makan kepadaku dan menjaga aku sepenuh jiwa raganya..

"Ya, ibu sihat. Siapa mereka ni? Anak kamu?" soal Nek Salmah. Ramai bebenor cucu perempuannya!

"Eh, bukan ibu. Ini cucu ibu, yang lain temannya Fatin"

Mereka bersalaman dengan Nek Salmah. Mereka gembira melihat bonda kerana dapat kembali bersama penjaganya. Fatin menangis teresak-esak di bahu neneknya. Dia rindu dengan kasih sayang seorang nenek.

Mereka dijemput masuk ke rumah. Nek Salmah mengatakan yang lelaki itu ialah orang asing dengannya. Namanya Danial, dia ditinggalkan di depan kedai runcit sewaktu dia masih kecil dan sekarang dia tinggal bersama orang tua itu. Danial sebaya dengan mereka, cuma dia tidak dihantarkan ke sekolah kerana tidak mempunyai wang. Dia hanya berkerja sebagai penoreh getah untuk meraih rezeki.

Danial senyum dan menunduk kerana merasakan rendah diri terhadap mereka yang mempunyai ilmu kerana dapat belajar di sekolah. Dia ingin belajar bersama, cuma dia sedar akan dirinya. Tapi, dia juga bersyukur kerana mempunyai tubuh badan yang sihat walaupun tidak ke sekolah.

Selepas itu, Danial meminta diri untuk ke taman. Sempat dia memberikan senyuman manis terhadap lima orang gadis itu. Mereka terpampan dengan kekacakan lelaki itu tapi tidak dengan Lena. Dari tadi dia sibuk mengunyah keropok keping bercicahkan air lada. Keropok adalah segalanya bagi dia!

"Kau pun kalu makan janganlah orang senyum pun tak layan" marah Lisa. Dia tahu perangainya Lena yang pentingkan makan dari segalanya. Walaupun kuat makan, tapi badannya tetap maintain. Untunglah baka zombie! makan-makan tetap kurus! cit!

"Hello guys! this keropok is awesome okay!" katanya sambil tangan dipenuhi beberapa keping keropok.

Mereka serentak ketawa melihat karenah Lena, termasuklah Nek Salmah dan bonda. Untuk pengetahuan korang, Nek Salmah dapat sihat kembali kerana dia sering berzikir. Itulah ajaibnya kuasa Allah. Walaupun terkena sihir berbulan-bulan, tetapi hati masih teringat akan Allah. Insya-Allah ianya akan baik-baik sahaja. Walaupun dia tidak sedar akan dia lakukan, tetapi berkat kerana dia mengingati Allah selalu, akhirnya sihir itu hilang darinya.

"Nek, mana tandas eh?" pinta Lena. Perutnya sudah kenyang, tiba masanya pula membuang air besar. Lalu, dia ke dapur dan menuruni anak tangga. Alamak lupa pula! rumah nenek ni unik sangat! aduhlah...

"Em, awak nak gi mana?" soal Danial. Dari mana entah munculnya mamat ni. Dia pelik melihat Lena meround dapur itu tanpa arah tujuan. Sekali tengok persis ingin mencuri.

"Tandas kat ne?" soal Lena kembali. Lawo mamat ni!

Danial tunjuk arah ke tandas. Lena mengucapkan terima kasih dan memberikan senyuman yang manis. Kalau kot-kot tersangkut ke, aku rembat dulu guys!

Dia membalas senyuman itu. Em, comel...

"Awak nama apa?" soal Danial. Kenapa mulut gatal sangat wei!

"Lena."

Misteri Tuala WanitaWhere stories live. Discover now