epilog

6 0 0
                                    

Masa mula-mula aku start masuk kelas cekal masa umur aku lingkungan 12 tahun sebab bila kita masuk ke sekolah menengah masa Tingkatan 1, sekolah akan buat macam orientasi masa cuti sekolah bulan disember untuk pembayaran duit yuran dan perkenalan dengan bakal kawan sekelas.

Tapi masa orientasi ni tak ramai yang datang, so yang datang dalam kelas dalam 10-15 orang tapi mostly dari kawan sekelas aku, aku dah kenal dari sekolah rendah aku. So, aku tak berapa kisah pasal kawan sekelas aku cuma ada certain kawan sekelas aku new students tapi masa orientasi pemalas taknak datang.

Jap! Before aku go ahead dengan cerita aku, aku nak cerita serba sedikit pasal sekolah menengah aku. Sekolah aku ada dua sesi termasuk pagi dan petang. Sesi pagi bagi tingkatan 3, 4 dan 5. Manakala, sesi petang bagi tingkatan 1 dan 2. Sekolah aku setiap batch ada 24 kelas. Nak kira kelas aku senang sahaja. Cuba kira dari A-X sebab ni la nama singkatan kelas-kelas dekat sekolah menengah aku untuk tingkatan 1,2 dan 3. Untuk tingkatan 4 dan 5 ada 22 kelas. Kelas mula dari Sn 1, 2, 3, 4, 5 dan E sampai U. Pelajar sekolah aku ada dalam around 4500 and above. So kira banyakla kan

Stop introducing!

Berbalik masa orientasi semula, masa dalam kelas jangan fikir kitorang jenis yang introvert acah sombong semua. Seiously tak langsung! Kitorang masa orientasi kitorang dah mula bising sampai kena tegur dengan guru kelas sebab ganggu urusan kelas. HAHA. Aku tak ingat kitorang borak pasal apa hahaha. Tahu tahu dah gelak memasing. Entah siapa tah buat lawak bodoh masa ni. Yang sedih nya, lepas urusan pembayaran yuran sorang-sorang balik.

Aku bukan taknak letak dialog and so on, aku cuma tak ingat langsung apa yang kitorang borakkan sebab benda jadi 4 tahun lepas. So maaflah otak aku tak sesegar orang lain yang masa baby pun boleh ingat siapa doctor yang keluarkan dia dari rahim seorang insan yang bergelar ibu. Yikes bahasa baku aku guna.

Imbasan Where stories live. Discover now