CHAPTER 1

29 4 0
                                    

Burung berkicauan menandakan hari yang indah dan cerah telah menerangi bandar Kuala Lumpur. Dan ini juga adalah hari pertama aku ke sekolah baru. Tetapi.....

Ibu" Ariana!!! BANGUN!! Sudah pukul berapa ni? Bangun Ariana!!!". Aduh, mama ni kacaulah. Orang nak tidur. Desis Ariana dalam hati. " 5 minit ma. Kejap lagi Ari bangun lah". Ck ck ck.. "Suka hati kamulah Ari. Jangan kata mama tak kejutkan kamu bangun pagi". Katanya dalam hati.

Kring! Kring! Kring!

Ariana bangun dengan malasnya dan dalam keadaan mamai untuk menutup bunyi yang mengganggu tidurnya. Iaitu bunyi jam loceng yang membingitkan telinga. Dia melihat jam itu dan "AAAAHHHHH!!". "Ni mesti Ari baru bangun tido,"Kata mamanya."Alamak dah pukul 6:50 pagi. Aduuhhh. Mati aku. Dah lah hari ni hari pertama sekolah. Aku kena mandi sekarang". Dengan tergopoh-gopoh dan kelam kabut Ariana mencapai tualanya dan masuk ke kamar mandi. Dia hanya basahkan badannya dan setelah itu dia menyarungkan baju sekolahnya dengan segera. Dia hanya mengikat rambut dan terus berlari turun ke bawah untuk bersarapan.

Setibanya dia di ruang makan. " Selamat pagi ma, pa." Sapanya kepada mama dan papa. " Ari, duduk.dulu. Makan elok-elok. Nanti tercekik," tegur papanya. " Sorry pa. Ari dan lambat sangat ni. Dah pukul 7:05 pagi. Ari kena ada kat sekolah sebelum pukul 7:20. Ari ada 15 minit lagi ni. Takut tak sempat karang," katanya sambil makan 2 keping roti yang disalut dengan coklat. "Tulah mama dah kejutkan Ari tadi. Tapi Ari yang tak nak bangun. So jangan salahkan mama ye kalau kamu lewat ke sekolah. Dah lah hari ni hari pertama sekolah. Sudah cepat makan, Pak Mat sudah tunggu kamu di luar," kata mamanya lagi. Ariana dengan muka yang sedikit kesal menyalam dan mencium tangan mama dan papanya. Tetapi sebelum itu dia mengahabiskan dulu roti dan susunya. Kemudian dia pergi ke sekolah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu ayahnya.

Sekolah Yang Menyeramkanजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें