Kerana Istikharah

172 6 2
                                    


3 Mei 2008
Taman Tasik Perdana

" Awak, minggu depan kita jumpa dengan keluarga saya, boleh?" Soal Kamal kepada Zalina, si buah hati pengarang jantung hidupnya. Zalina terdiam sejenak. Satu anggukan kecil diberikan kepada Kamal tanda dia bersetuju.

" Kalau awak rasa itu yang terbaik untuk hubungan kita, saya ikutkan sahaja." Balas Zalina dengan seukir senyuman manis. Kamal pula tersenyum lebar melihatkan kekasih hatinya yang semakin hari semakin bertambah seri dan cantik.

Nurul Zalina Ishak, gadis yang pada matanya sungguh menawan dan lengkap serba serbi. Gadis yang berjaya membuka semula pintu hatinya setelah dikecewakan oleh teman wanitanya tiga tahun yang lalu. Senyumannya membawa seribu kebahagiaan dan ketenangan kepadanya.


" Assalamualaikumwarahmatuallah..." Salam terakhir diberi lalu Kamal meraup mukanya sebanyak dua kali tanda kesyukuran terhadap Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan dalam Bumi yang indah ini.

Tangan ditadah doa dipohon agar Tuhan memudahkan segala urusannya di dunia mahupun di akhirat kelak. Dia baharu sahaja selesai menunaikan solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk dan pertolongan Allah agar membantu dia membuat keputusan yang terbaik dalam memilih pasangan hidupnya.

Selesai berdoa, Kamal melipat sejadah dan bersiap sedia untuk masuk tidur. Tugasnya sebagai seorang guru memerlukan dia berehat secukupnya untuk kelihatan segar dan bertenaga bagi mengajar anak-anak muridnya pada keesokan hari.


Suasana tempat itu terang dan bercahaya. Ombak yang tenang menghempas pesisiran pantai menambahkan lagi kedamaian yang sedia ada. Kamal tersenyum senang. Beberapa saat kemudian, anak matanya menangkap kelibat seorang manusia di sebalik sinaran mentari yang memlimpahi alam.

Sedikit demi sedikit, wajah insah itu mulai kelihatan. Sungguh ayu dan jelita bagaikan bidadari turun dari kayangan. Matanya bulat berwarna hazel. Kulitnya putih mukus bak sajli. Disebalik sepasang purdah yang menutupi sebahagian daripada wajahnya, Kamal cukup yakin bahawa wanita itu sedang mengukir satu senyuman manis.

Wanita itu datang menghampirinya secara perlahan-lahan.

" Carilah diriku, Saidatul Asfar." Kata wanita itu berulang kali. Kamal pula masih keliru.

" Carilah diriku, Saidatul Asfar." Kata wanita itu untuk kali terakhir sebelum dia perlahan-lahan meninggalkan Kamal bersendirian di dalam kedamaian dan kedinginan deru angin yang menyapa tubuh.



Kringg!! Kringgg! Kringg!

Kamal terjaga daripada tidur. Tubuhnya berpeluh dan nafasnya tidak sekata. Mimpi yang dialaminya sebentar tadi benar-benar mengganggu fikirannya. Siapakah wanita itu? Dari manakah dia datang? Mengapa dia suruh aku mencari dia? Pelbagai soalan kini bersarang di dalam hati Kamal.

Kamla menoleh ke arah jam loceng yang berada di sisinya. Kamal meraup muka apabila menyedari jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Dia perlu bersiap untuk ke sekolah dan juga menempuhi satu lagi hari baharu dalam hidupnya.



Seminggu kemudian.
9 Mei 2008

" Man, kau kena tolong aku. Sudah seminggu berturut-turut aku mimpi dia. Aku mimpi perempuan yang sama." Luah Kamal kepada rakan baiknya, Lukman. Lukman memandang wajah Kamal lama.

" Kau kata kau buat solat istikharah sebelum kau mimpi perempuan itu, kan?" Soal Lukman kembali. Kamal hanya mengangguk. " Aku rasa, itulah jawapan istikharah kau. Cuma kenapa aku tak mampu nak jawab sebab itu bukan kuasa aku." Sambung Lukman lagi.

" Aku...Aku tak tahu nak buat apa. Dalam hati aku cuma ada Lina. Siapa Saidatul Asfar? Aku tak pernah kenal dia." Kata Kamal.

" Macam inilah, Kamal. Apa kata kau balik, lepas itu kau buat semula solat istikharah dan kinta pertolongan daripada Allah. Insyaallah kau akan dapat jawapannya." Nasihat
Lukman. Itu sahaja yang mampu dia lakukan untuk membantu rakannya.



Kerana IstikharahWhere stories live. Discover now