Bahagian 3

6 0 0
                                    

Perjalanan dirasakan begitu lama untuk sampai ke rumah sewanya sedangkan tempat itu tidaklah begitu jauh.Qaseh cuba memberanikan diri untuk menoleh lelaki di sebelahnya sekali-sekala.Lelaki itu tampak begitu tenang sekali ketika memandu.

Berada berdua-duaan dengan lelaki itu seperti ini membuatkan hatinya begitu gelisah.Dia juga merasakan jantungnya berdegup dengan begitu kencang.Bimbang juga hatinya jika lelaki untuk sudah berpunya.Jika benar lelaki itu sudah berpunya,sudah tentu tidak pasal-pasal dia akan diserang.Tidak sanggup rasanya akan dituduh sebagai perosak hubungan orang.Dengan pantas dia berpaling ke arah tingkap apabila menyedari lelaki itu perasan dia merenung lelaki itu sungguh lama.

"Ada apa-apa ke dekat muka abang?"soal Amirul dengan sebelah tangannya meraba-raba wajahnya.

Qaseh terkaku.Mukanya terus berona kemerahan saat itu.Keadaan didalam kereta yang gelap itu menyelamatnya dari terus-terusan dilanda perasaan malu.

"Tak...tak ada apa-apa" jawab Qaseh dengan tergagap-gagap.

Amirul tersenyum melihat gelagat gadis itu.Dia segera memikirkan soalan-soalan yang akan diajukan kepada gadis itu kerana sejak dari memasuki kereta itu dia hanya mendiamkan diri.Risau juga dirinya jika Qaseh tidak selesa bersamanya di dalam kereta itu.

"Dah lama ke kenal adik abang?"Tanya Amirul spontan.

"Tak yah la berabang-abang ye, Qas rasa tak selesa la."Luah Qaseh dengan nada lembut.Takut juga jika lelaki itu berkecil hati dengannya.

Amirul memandangnya dengan senyuman lalu menoleh semula ke arah jalan.

"Waktu Qas mula daftar dulu.Kebetulan masa nak cari rumah sewa,Suha ajak tinggal serumah.Boleh jimat sikit perbelanjaan."Jelas Qaseh.

Wajah yang manis milik gadis itu benar-benar mengingatkannya kepada arwah isterinya. Tetapi,dia tidak mudah jatuh cinta semula.Hatinya hanya milik satu-satunya suri di hatinya,Wahida.


Zamirul tahu Qaseh tidak selesa berada di dalam kereta berdua dengannya.Kegelisahan gadis itu jelas terpancar daripada tindakannya yang tidak senang duduk itu.Kasihan juga dia dengan Qaseh kerana Qaseh juga mangsa sama sepertinya.

Amirul hanya mengangguk.Selepas itu mereka hanya mendiamkan diri sehingga kereta milik Amirul berhenti di sebuah kawasan perumahan.Setelah mengucapkan terima kasih, Qaseh segera menutup pintu kereta.Zamirul segera menghalangnya dari dalam.

"Ye,kenapa?" kata Qaseh dengan nada kebingungan.

"Bila kita boleh jumpa lagi? "Zamirul menjuihkan bibirnya seperti kanak-kanak yang manja.

Tercengang Qaseh apabila mendengar permintaan dari lelaki itu.

"Kenapa?"soal Qaseh kembali. Dia hairan sebenarnya.

"Saja. Nak berkenalan lebih dekat lagi,"jelas Zamirul.

Qaseh malu. Silapnya sendiri yang bertanya begitu.

"Boleh tak?" soal Zamirul menagih jawapan dari gadis itu.

"Nanti Qas fikirkan.Saya masuk dulu.Assalamualaikum.Selamat malam."Tanpa menoleh dia terus beredar dari situ.Gaya Zamirul yang begitu sahaja membuatkan dirinya dihimpit perasaan malu.

"Kalau boleh bagitau Nasuha ye...Abang tunggu."sakat Zamirul.Dia ketawa kecil apabila melihat gelagat Qaseh yang kelam-kabut meninggalkan dirinya.

Sebaik sahaja kelibat gadis itu hilang dari pandangannya, dia terus memandu untuk pulang ke rumah. Tanpa dia sedari, bibirnya mengukirkan senyuman yang tidak lagi kelihatan.Senyuman yang dia ukirkan apabila bersama wanita yang begitu dia cintainya, Wahida. Hatina terasa kembali berbunga sejak berbual dengan gadis yang baru dikenalinya.


Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.


"Macam mana cik abang oi..Terpikat tak dekat dia. Abang berkenan tak?"Nasuha ketawa kecil.


"Cantik tapi dingin macam ais." jelas Zamirul dengan nada serius. Ingatannya melayang mengingatkan sikap Qaseh yang memang dingin dengannya.


"Nampaknya abang adik ni dah terpaut dengan kawan adik tu," serkap Nasuha dengan selamba.


"Mana ada," sangkal Zamirul.Dia tersenyum.


Selama ini Zamirul tidak pernah teruja dengan mana-mana gadis yang dikenalkan kepadanya dan setiap kali diajukan begitu pasti dia akan melenting marah, tetapi kini lain pula halnya.


"Abang suka dengan Qaseh?" soal Nasuha.


"Siapa cakap,mana ada. Jangan nak mengarut la," bantah Zamirul.

"Betullah tu," usik Nasuha sebelum mematikan talian panggilan.

Malam itu dirasakan hatinya begitu bahagia. Perasaan yang telah lama mati tiba-tiba kembali berputik.

"Aku jatuh cinta ke? Takkan aku sukakan dia, aku baru je kenal dia." hati Qaseh berbisik.Dia berhasrat untuk hanya memendamkan perasaan itu.Tidak mungkin hatinya yang terluka itu sudah sembuh sedangkan dia masih merasakan rasa sakit itu hingga kini, hingga saat itu. Dia juga takut perasaannya itu tidak dibalas lelaki itu.Mungkinkah lelaki yang kacak itu menerimanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kekasih TeragungWhere stories live. Discover now