DIALAH DI HATI

11.8K 466 43
                                    

Suasana kelas hingar-bingar. Almaklum sahajalah, hari terakhir persekolahan. Selepas ini, masing-masing akan meneruskan pembelajaran ke peringkat menengah pula. Entahkan berjumpa lagi, entahkan tidak. Pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang lepas, mungkin akan melanjutkan pelajaran ke asrama penuh atau MRSM. Yang lain pula, tidak juga semestinya di sekolah yang sama.

"Cepat lah wei..! Kita amik gambar sekelas. Cepat! Semua masuk!",Nana, selaku ketua kelas, dan pelajar paling becok dalam kelas itu menjerit-jerit memanggil sahabat yang lain. Tidak susah memanggil sahabat-sahabat sekelasnya itu. Sekejap sahaja, semuanya telah berkumpul di hadapan kelas.

Basyirah lantas mengambil tempat berdiri di belakang.

"Tak muat la.. . Rapat-rapat sikit..",Pelajar kelas sebelah yang diminta untuk mengambil gambar itu mengomel.

"Budak laki naik atas kerusi la.. . Cepat-cepat..",

Lantas semuanya bergerak mengubah kedudukan.

"Wei., kau tepi! Aku sini...",Dalam kekecohan itu, salah seorang daripadanya, Khairul Adha, menolak sahabatnya ke tepi sedikit.

"Aku sampai dulu.. . Kau carik tempat lain...",

"Tak paham-paham? Aku je boleh duduk belakang Syirah! Dia kan awek aku!",

Zamri yang dihalau ke tempat lain itu membebel sendirian. Dengan cebik di mulut, dia beralih. Syirah menoleh ke belakang. Adha sengih. Kenyit mata. Syirah jeling.

"Mengada!",Maria di sebelah tersengih-sengih. Apa tidak, satu kelas dah sedia maklum, si Adha, budak nakal hensem tuh, memang gilakan si Syirah. Tak abis-abis menyakat si Syirah. Sesapa kacau Syirah, memang carik pasal dengan Adha dan konco-konconya! Pernah dulu Andrew, budak kelas 6 Aman mengusik Syirah, dapat penumbuk free sebijik dekat mata.

"Ok...ok, ready semua! Satu, dua, tiga!",KLIK!

"ADHA!",Syirah menjengilkan matanya yang tak berapa nak bulat. Adha sengih comelnya. Suka melihat gadis idamannya itu marah kepadanya.

Hehe.., sah-sah dia mengamuk. Mana tak, dalam gambar tadi, sempat aku letak muka aku sebelah dia! Rapat plak tuh!! Baru le nama gambar boypren-girlpren!

"Nana.., nanti kau cuci gambar tadi untuk aku sedozen tau!",Afiq dan Man, kawan baik Adha yang sekepala hantu dengannya gelak kuat. Dan selamba, dia berlalu meninggalkan Syirah terpinga-pinga kegeraman. Terkebil-kebil matanya menahan marah. Ei, tak boleh jadik! Tak puas ati gini!

"Ei Adha! Kenapa kau buat macam tuh!",Dia menarik lengan baju Adha yang dilipat kemas sampai ke siku.

"Jangan la marah cayang! Biasa le tuh... . Kenangan..",

Syirah menjeling tak puas hati.

"Syirah, kau jangan jeling-jeling aku cam tuh la. Terasa lemah lutut nih.. . Manis sangat!!",

"Ei, budak gila!",

Lantas dia berpaling ingin berlalu. Tetapi, entah mengapa, jauh dalam hati kecilnya, dia terasa berbunga.

"Eh Syirah!",Tangan Syirah ditarik cepat.

"Apa nih! Lepas la..",Dia cuba tarik tangan daripada pegangan kejap lelaki itu.

"Syirah..., kalau kita tak jumpa lagi lepas nih, kau rindu kat aku tak?",

"Dalam mimpi kau la!!",Kasar Syirah menjawab. Namun ternyata, di hatinya, lain jawapannya.

Dialah Di Hati (CERPEN)Where stories live. Discover now