0.3

329 30 0
                                    

Di istana

"Tepi!"laung Jungkook. Para pengawal yang sedang berkawad dan juga dayang-dayang istana segera ke tepi untuk memberi laluan kepada Jungkook.

Sebaik sahaja kudanya berhenti, Jungkook terus mencempung badan Jin atas bahu kanannya dan menuju ke bilik doktor.

*******
"Jungkook-ah, eh..tu siapa?"

Jungkook meletakkan Jin dengan perlahan-lahan ke atas katil.

"Rawat dia,"arah Jungkook. Doktor Kim tersebut sudah masak dengan perangai dingin Jungkook. Dia segera melakukan tugasnya.

"Lapor dekat aku secepat yang mungkin,"ujar Jungkook sebelum melangkah keluar.

"Baiklah Sir Jungkook," Doktor Kim dan para jururawatnya melakukan tugas mereka sebaik mungkin. Timbul satu kemusykilan di benak fikirannya.

'Siapakah pemuda ni?'

Sebab setahu dia, hanya orang-orang yang memiliki darjat yang tinggi saja berada di sini tapi melihatkan pakaian Jin yang agak lusuh membuatkan Doktor Kim berasa curiga.

*******
"Kau pergi mana tadi Kookie-ah?"soal J-Hope yang baru saja selesai berlatih tariannya. Peluh-peluh masih meluncur laju pada mukanya.

"Hyung kumpulkan yang lain. Aku ada benda nak cakap ni,"kata Jungkook tanpa menjawab soalan J-Hope.

■SKIP■

"Huwarghh,..asal kau nak buat perjumpaan ni Kook-ah?" Suga menggosok kedua-dua belah matanya. Al maklumlah, dia baru saja bangkit dari 'Sleeping Beauty'nya.

"Aku jumpa Jin hyung," Mata Suga yang tertutup tadi terus terbeliak mendengar pernyataan Jungkook.

"Masa bila?"

"Dekat mana kau jumpa dia?"

"Dia okey tak?"

Setiap daripada mereka menghujani Jungkook dengan pelbagai soalan.

"Aku jumpa dia dalam hutan masa tengah menunggang kuda tadi. Lepas tu, aku tegur dia. And kau tahu tak apa yang jadi?" Mereka semua tekun mendengar cerita Jungkook.

"Dia tanya siapa aku. Lepas tu, dia pengsan. So, sekarang ni Jin hyung ada dekat bilik sakit,"terang Jungkook.

"Jin hyung,..dia buat perjanjian tu ke?"soal Taehyung. Mereka yang lain tersentak dan tertunduk memandang kaki masing-masing.

"Kita lemah,.."kata Jimin dengan nada yang perlahan sekali.

"Buat masa ni kita tunggu je dulu sampai Jin hyung sedar,"kata Taehyung. Mereka yang lain mengangguk sebelum berpecah menuju haluan masing-masing.

Suga kembali ke studionya manakala Taehyung kembali semula ke biliknya. Sementara Rap Mon, Jimin, Jungkook dan juga J-Hope menuju ke bilik sakit.

*******
"Hyung, boleh kitorang masuk tak?"soal Rap Mon.

"Tak boleh. Sekarang ni pesakit tengah berehat. Kalau nak jumpa, datang pukul 9.00 pagi esok,"

"Hrmm,"

Mereka berempat melihat keadaan Jin menerusi tingkap bilik yang lutsinar itu.

'Pelik' getus hati Jungkook.

"Doktor Kim,"

"Ne?"

"Kenapa pesakit ni nampak lain daripada sebelum ni?"soal Jungkook.

"Ouh, sebab pesakit ni dah tersalah makan herba yang menyerap tenaga. Kawan Sir Jungkook ni memang bernasib baik" Doktor Kim melihat Jin sejenak sebelum menyambung kata-katanya.

"Kesan buah tu tak sempat merebak ke seluruh badannya masa saya tengah merawat tadi,"

"Sebab tu ke wajah pesakit ni lain?"

"Tu betul tapi ada satu lagi faktor. Keadaan dia memang dah berul-betul lemah walaupun dia tak makan buah tu. Jadi, saya terpaksa katakan yang pesakit ni sedang koma,"

"Koma?!" Mereka yang lain terkejut!

"Bila dia akan sedar doktor?"

"Bergantung pada keadaan pesakit. Kalau semangatnya kuat, kemungkinan untuk dia sedar dalam masa terdekat ni tinggi dan juga sebaliknya,"ujar Doktor Kim lagi. Dia berlalu pergi setelah selesai memberikan penjelasan.

Mereka semua menatap kulit Jin yang sungguh pucat, badannya pula seperti benar-benar tidak bermaya dan wajahnya juga kelihatan sangat cekung.

"Kenapa Jin hyung jadi macam tu eh?"soal Jimin setelah keadaan menjadi terlalu sunyi.

"Entah la,"balas Jungkook.

"Jin hyung..neomu bogoshipda,"luah Rap Mon. Tanpa dia sedari, air mata mengalir dengan deras sekali di pipinya.

"Uljimara hyung. Esok kita jumpa Jin hyung eoh?"pujuk Jimin. Rap Mon menggelengkan kepala.

"Aniya. Aku sedih bukan sebab tak boleh jumpa dia sekarang tapi aku sedih sebab dia dah banyak dah berkorban untuk kita semua. Dia..dia dah banyak terseksa demi kita,"luah Rap Mon lagi.

Hatinya perit apabila mengingat kembali memori-memori mereka ketika masih berada di dunia. Bukannya dia tak sedar apa yang Jin buat selama ni, cuma.. dia...entah la.

"Aku pun tak sangka Jin hyung sanggup pertaruhkan nyawa dia demi kita. Bila tengok dia macam ni,..aku..aku.." J-Hope kehilangan kata-kata.

Hanya air mata saja yang diperlukan untuk mengungkapkan perasaannya ketika ini. Perasaan serba salah, sedih, dan sebagainya.

Jimin dan Jungkook turut menitiskan air mata sambil mendengar luahan-luahan daripada hyung mereka.

"Kalau boleh,.. aku pun nak putar balik masa dan betulkan keadaan," Kedengaran suara Taehyung di sebalik dinding. Dia turut menyertai yang lain sambil mengimbau kembali saat-saat terindah mereka.

"Jin hyung,.,ppali ireonna," Kini Suga juga turut menyertai mereka berenam. Masing-masing mengharapkan Jin cepat sedar dan pulih seperti biasa.

"Bogoshipda,.."

Keep follow. XOXO.

-Annyeong^-^

[C] Wings S2: BogoshipdaWhere stories live. Discover now