eighteen

1.6K 225 34
                                    

[ Min Yoongi ]

Aku menjenguk ke dalam bilik menunggu pengantin perempuan. Aku nampak Nayeon  dan dia kelihatan cantik dengan busana pengantin yang dipakainya.

Sangat cantik dan menawan.

Untung la siapa yang dapat dia ni.

"Oh, Yoongi oppa!" Panggil Nayeon dengan ceria. Mana tak cerianya, harini merupakan hari perkahwinannya. Ofc ah happy.

"Oppa! Masuk laa! Apani duk terjenguk macam beruk usha pisang je."

Ewah mulut budak sorang ni. Gewram pulak titew dibuatnya. Nasib baik dah nak kahwin kalau tak dah lama aku luku kepala dia.

Aku membetulkan kot aku sebelum memasuki ke dalam bilik menunggu kemudian aku menghampiri Nayeon yang sedang duduk di kerusi sambil membetulkan baju pengantinnya tersebut.

"Yeppeo.."

Nayeon pandang aku kemudian dia mengulum senyuman suka.

"Jinjja? Tapi nampak macam over sangat je make up Nayeon, hmm..." Keluhnya lalu dia mengetap bibir.

"Aniya, dah okay la. Tak over pun. Trust me. Lagipun apa salahnya nak over kan? Hari ni kan awak kahwin jadi takyah la kisah apa orang nak cakap apa." Kata aku untuk menyedapkan hatinya.

Orang nak kahwin mesti ah nervous siapa je tak nervous kot.

"Wah, Yoongi oppa jjang!" Sorak Nayeon seraya ketawa suka.

Aku membalas dengan senyuman kecil.

"Nayeon! Ni ada dua bunga la.. Bunga tang mana yang kau nak--" Taemi tidak jadi menghabiskan kata-katanya sebaik sahaja terpandang aku.

"Ish, namja mana boleh masuk sini la! Pergi keluar! Sekarang!" Tengkingnya terhadap aku.

Amboi budak ni...

"Ya, gwaenchana... Aku yang suruh dia masuk.." Nayeon bersuara bagi pihak aku.

Aku perasan Taemi mencebirkan bibirnya.

Aku kiss jugak kang baru tahu!

Taemi menjeling aku kemudian dia berjalan ke arah Nayeon lalu dia menunjukkan dua jambak bunga kepada Nayeon.

"Kau nak yang mana satu?"

Nayeon memandang satu per satu jambangan bunga tersebut.

"Hmmm, aku nak red rose ni.. Sebab baju aku kan warna putih hah biar nampak penegasan sikit.." Kata Nayeon sambil mengambil jambangan bunga rose berwarna merah tersebut dari pegangan Taemi.

"Oh, okay.. Hah kalau camtu yang ni kasi aku jelah eh? Hehehe." Pinta Taemi sambil membuat wajah comel lalu mengundang hilaian tawa dari Nayeon.

"Amik la budak. Aku tahu kau suka bunga rose putih ni." Ujar Nayeon.

"Sibuk jugak nak bunga. Halah." Sindir aku perlahan.

"Apa kau cakap?!"

Aku pandang Taemi dengan pandangan 'I-dont-give-a-shit'.

"Manade aku cakap pape."

Taemi menjeling aku lagi. Eh geram pulak gua dibuatnya.

"Nayeon?"

Pantas aku, Nayeon dan Taemi pandang ke arah pintu. Rupanya appa Nayeon. Ah ni mesti majlis dah mula.

"Nae, appa?"

"Majlis dah mula.."

"Eo, arasseo." Pantas Nayeon bangun dan berjalan ke arah appa nya.

"Kajja.." Nayeon mengangguk lalu berjalan disamping appa nya sebelum tiba-tiba dia berhenti dan menoleh ke belakang; memandang aku dan Taemi.

Nayeon mengukirkan senyuman kecil lalu dia membisikkan sesuatu kepada appa nya dan membuatkan dahi aku berkerut.

Appa Nayeon tersenyum kecil lalu dia mengangguk.

"Arasseo. Kalau macam tu, appa tunggu kat sana.. Taemi, jom ikut ahjusshi.." Ujar appa Nayeon.

Aku pandang Taemi yang terkebil-kebil kat tepi meja solek tersebut.

"Eo, wae..?"

"Kamu jadi penyerah cincin untuk Taemi."

Aku perasan Taemi punya muka bersinar-sinar. Ewah, suka la tu..

"Yoongi."

Aku tersentak lantas aku pandang appa Nayeon.

"Nae, ahjusshi?"

"Kamu gantikan ahjusshi escort Nayeon sampai ke paderi ya? Kajja, Taemi."

Aku ternganga.

Belum sempat aku nak membantah, appa Nayeon dan Taemi sudah pun menghilang dari pandangan aku.

What the hell?!

"Oppa, cepat la.." Rengek Nayeon lalu dia menyuakan lengannya ke arah aku.

Aku menampar pipi aku dengan lembut kemudian aku ke arah Nayeon dan mengapit lengannya.

"Serius Nayeon nak oppa yang apit Nayeon sampai kat paderi?" Soalku kepada Nayeon.

Nayeon tersenyum kecil. "Betul, oppa."

"Betul ni? Tak menyesal?"

Nayeon ketawa kecil. "Ofc tak, oppa.. Bila lagi nak manja dengan oppa kan? Ni last time tau!" Katanya lalu dia mencebirkan bibirnya.

"Alolo, yelah.. Jom, anakku kita berjumpa dengan bakal suamimu." Selorohku lalu aku membuka pintu untuk Nayeon yang sudah ketawa suka tersebut.

[ Min Taemi ]

Aku tersenyum kecil melihat dua bentuk cincin tersergam cantik di dalam bekas cincin yang telah dibuka ini.

Cantik sangat.

Cincin perak bertatahkan berlian di atasnya.

Cantik dan sempurna.

Kedengaran orang ramai menepuk tangan dengan gembira. Pantas aku memandang dua figura sedang berjalan dengan penuh tertib ke arah tempat aku berada. Aku tersenyum bahagia melihat Nayeon yang tidak ubah seperti bidadari tersebut manakala Yoongi pula kelihatan seperti penjaga Nayeon.

Aku memandang mereka sehinggalah Yoongi berhenti lalu mengundurkan dirinya supaya bakal suami Nayeon pula mengapit Nayeon sehingga ke atas pentas kecil dan bertemu dengan paderi yang bakal menyatukan mereka.

Mereka berdua kelihatan bagai pinang dibelah dua. Sangat serasi.

Aku menghampiri dua mempelai tersebut kerana masa menyarungkan cincin sudah tiba. Aku berdiri di samping paderi tersebut kemudian aku menyuakan dulang beralaskan bantal yang di atasnya ada kotak cincin kepada suami Nayeon lalu dia mengambil cincin tersebut dan menyarungkan di jari manis milik Nayeon. Nayeon juga turut berbuat sedemikian; sarung cincin di jari manis suaminya.

"And now you both may kiss."

Aku tersenyum kecil kerana perasan wajah Nayeon merona merah. Eleh malu la tu.

Aku terus jadi teruja apabila suami Nayeon menghampiri Nayeon lalu menyatukan bibir mereka.

Oh mayn, aku takleh cover siot. Aku terus buat gaya 'awwwwwww' habis macam Jackson buat time dia nampak ada sorang laki ni lamar gf dia tu.

"Sweet nya.."

"Masa kamu akan tiba juga, young lady."

Pantas aku pandang paderi disebelahku yang sedang tersenyum kecil kepadaku. Aku membalas senyumannya lalu mengangguk kecil.

"One day.." Ucapku lalu aku memandang ke arah tetamu yang hadir dan mata aku bertembung dengan sepasang mata dan pemiliknya ialah Min Yoongi.

"One day.. Dengan orang yang saya betul-betul suka..." Omelku perlahan.

••

Omg!!! Nayeon dah kahwin guysssss!!! Huaaaaa haku pulak yang sedih hahahahahaha

Papepun, ff ni dah nak habis dan sekarang saya sedang usahakan ff baru. Ff apa? Hahhhhh adalah nanti korang tahu jugak lek lek kekekekeke.

Dokkaebi-

[ ✔ ]  ❝ Annoying Namja ❞ myg.Where stories live. Discover now