7. Nyctophobia

1.5K 50 5
                                    


Nyctophobia. Itulah masalah yang aku alami sejak bertahun yang lalu. Kalau korang tak tau apa dia, korang boleh google. Nyctophobia adalah orang yang takut dengan kegelapan disebabkan otak mereka ligat memikirkan apa yang ada dalam gelap dan apa yang bakal belaku pada mereka ketika berada di dalam kegelapan.

Ya, aku adalah salah seorang yang mengalami masalah ni. Sehinggakan, aku akan sentiasa buka lampu ketika tidur. Semuanya terjadi apabila aku diganggu sesuatu ketika aku di bangku sekolah menengah dulu.

Kisahnya berlaku ketika aku di tingkatan 3. Masa tu abang aku baru masuk ke universiti. Rumah aku ada tiga bilik je. Satu untuk parent, satu untuk aku dan abang sulung, satu lagi untuk adik aku dua orang. Aku biasanya akan tidur satu bilik dengan abang aku. Bila dia dah masuk U, aku tidur sorang la. Pada mulanya aku boleh je adapt, tido dalam gelap macam biasa.

Pada suatu hari, kami pindah rumah. Malam pertama kami sekeluarga di rumah baru, tak ada apa-apa pun. Tapi, masuk malam kedua, aku diganggu sesuatu. Ada benda berlari atas syiling. Aku just nak sedapkan hati, aku anggap tu tikus. Tapi, tak lama lepas tu aku dengar bunyi macam merengus "grrrrrr" macam tu. Aku terus bangun dan tekan suis lampu. Bunyi tu terus hilang. Bunyi tikus berlari tu pun hilang. Lama aku tunggu memang langsung tak muncul-muncul. Bila aku tutup semula lampu, rebahkan badan ke katil (queen size), aku dengar almari baju aku bergoyang-goyang dari dalam. Aku bangun, aku duduk bersandar dekat kepala katil.

Dalam samar-samar gelap tu, aku nampak dengan jelas almari tu bergoyang. Bunyi mengerang grrrrr tu muncul lagi. Aku tak lengah, aku terus bukak lampu. Terus berhenti bergoyang almari tu. Perlahan-lahan aku berjalan ke almari, aku bukak. Aku tengok apa yang ada kat dalam. Tak ada apa-apa. Kain baju aku je la. Aku tutup balik. Mengucap panjang aku apabila ada lembaga kat dalam cermin. Bentuk macam orang tapi semua hitam. Aku menjerit lari ke arah pintu. Pintu terkunci pulak dah!! Aku ketuk-ketuk pintu, aku menjerit panggil mak ayah aku. Aku dengar mak aku panggil nama aku. Aku jerit makin kuat sebab takut sangat. Tak lama lepas tu pintu pun boleh bukak. Elok je aku bukak pintu tu, lembaga hitam dalam cermin tadi ada kat depan pintu. Dia nganga mulut luas-luas nak gigit muka aku.

Aku tersentap, aku terjaga dari tidur. Cis! Mimpi rupanya. Peluh mengalir kat dahi. Aku lega sebab tu hanya mimpi. Dalam mamai tu, aku tengok sekeliling bilik yang gelap tu. Nothing yang menyeramkan. Abang aku pun tidur nyenyak sebelah aku. Aku sambung tidur. Baru beberapa saat aku nak lelap, otak aku terus proses satu info iaitu, abang aku mana ada kat rumah sekarang. Dia dekat U. Jadi, siapa kat sebelah aku ni? Bulu roma aku meremang satu badan masa tu. Menggigil badan aku masa tu. Rasa nak nangis pun ada. Entah macam mana aku ada keberanian nak pukul benda yang ada kat sebelah tu tapi benda pertama yang tangan aku ni tersentuh adalah TARING. Benda tu ada taring! Aku terus melompat turun dari katil meluru ke pintu nak lari sambil menjerit. Alhamdulillah pintu tu tak berkunci macam dalam mimpi aku tadi.

Bila Berjaya keluar dari bilik, kat luar, aku nampak mak aku terperanjat tengok aku tiba-tiba meluru keluar dari bilik sambil menjerit. Mak aku tengah gosok baju sekolah adik-adik aku pagi subuh tu. Mak tanya kenapa? Macam mengigau je. Aku cerita la kat dia aku mimpi ngeri. Lepas tersedar dari mimpi, aku nampak ada benda menyerupai abang aku tidur kat sebelah. Bertaring! Macam biasalah mak bebel cakap aku tidur tak basuh kaki, tak baca ayat kursi ngan tiga kul. Memang betul pun. Hahahah. Cerita aku kena kacau tu tersebar dekat kampung. Sepupu sepapat semua tahu. Pastu suruh ayah aku buat majlis tahlil kat rumah baru tu. Lepas tu dah tak ada dah gangguan apa-apa. Tapi, kejadian tu berbekas kat aku. Sejak dari hari tu, aku mula tidur dalam terang. Bagi aku benda tu tak boleh muncul dalam terang. Kalau muncul pun, aku tahu aku nak buat apa, pukul ke, lari ke. Aku tahu kat mana posisi barang dalam bilik yang aku boleh capai untuk gunakan sebagai senjata. Kalau dalam gelap, aku rasa aku lemah.

KOLEKSI NGERI SI CELUPARWhere stories live. Discover now