Bab 10

4.3K 76 1
                                    

"HELLO everyone... Sorry I'm late," sapa Eleya sebaik tiba di meja makan. Pipi Hajah Fauziah dikucupnya manja. Mereka yang lain sudahpun mengambil tempat di meja makan, cuma tinggal Eleya yang baru sahaja tiba.

"Honey, sit here," panggil Megat Rayqal sebaik terpandangkan Eleya. Kerusi di sisi ditariknya.

"El tak busy ke malam ni?" soal Mak Ngah Rozita, mama kepada Megat Rayqal.

Eleya hanya tersenyum tipis. Nak perli aku la tu. Tahu la aku jarang attend gathering ni pun, desis Eleya dalam hati. Beginilah keadaannya apabila semua ahli keluarga Eleya berkumpul. Ada nenek, pak ngah, mak ngah, pak lang dan mak lang. Tu belum lagi kira sepupu sepapat yang ada. Ni pun dah kira besar dah keluarga ni.

Kebiasaannya setiap sebulan atau dua bulan sekali pasti mereka akan berkumpul ramai-ramai begini. Waktu inilah macam-macam cerita akan terbit. Kali ini giliran rumah mak lang Eleya yang menjadi tempat mereka berkumpul. Bulan depan beralih ke rumah Eleya pula.

Eleya mula memeluk tubuh. Suasana sekeliling diperhatikannya. Mak Lang Katrina sibuk bergosip dengan Mak Ngah Zita. Daddynya, Pak Ngah Khai dan Pak Lang Azman sibuk berbicara tentang hal business dan kerjaya mereka. Megat Rayqal di sisi sibuk dengan iPhone di tangan. Begitu juga dengan beberapa orang sepupunya. Masing-masing sibuk dengan iPhone dan iPad di tangan.

Nenek pula hanya duduk memerhati anak-anak dan cucu-cucunya yang begitu rancak berbual. Inikah yang dinamakan family gathering? Hal inilah yang sebenarnya buat aku malas nak datang. Nama aje berkumpul, tapi semua sibuk dengan hal masing-masing. Kalau ikutkan hati, memang dia tidak akan datang pun ke gathering ini tetapi disebabkan daddynya bersungguh-sungguh memaksa, Eleya mengalah juga.

Satu per satu makanan mula dihidangkan di atas meja makan yang panjang lebar itu.

"Sedapnya nampak makanan ni. Mak lang ke yang masak semua ni?" ujar Eleya sekadar berbahasa. Lagi satu, sengaja dia hendak mengalih perhatian mereka semua yang sibuk sangat bergosip dan berbincang tentang business.

"Siapa lagi nak masak kalau bukan mak lang? Ingatkan El nak datang awal tolong mak lang," ujar Mak Lang Katrina berbaur merajuk.

"Bertuah la lang kalau nak tengok Si El ni masuk dapur. Pegang pisau pun long rasa dia tak tahu," tambah Tan Sri Megat Khalid. Terdengar ketawa kecil dari anak-anak Mak Lang Katrina.

"Daddy... Syhhh!" sampuk Eleya. Perlu ke daddynya beritahu semua orang macam tu? Megat Rayqal sudah mula ketawa kuat mendengar kata-kata pak longnya itu.

"Honey, you tak tahu masak ke? Sama la dengan mama Qal," ujar Megat Rayqal.

Datin Rozita menepuk lembut lengan anaknya. Wajahnya juga sudah berubah warna. Eleya pula sudah terkekeh ketawa dalam hati. Bukan apa, Mak Ngah Zita selalunya suka sangat mencari salah dan kelemahan Eleya, padahal dia sendiri pun banyak kelemahan.

"Mama bukan tak tahu masak, cuma mama malas aje," jawab Datin Rozita cuba menegakkan benang yang basah.

"Ya la tu, mama. Qal tengok jarang sangat mama masuk dapur. Kan, papa?" ujar Megat Rayqal lagi.

Datuk Khairudin hanya mampu tersenyum simpul melihat gelagat anaknya yang sengaja hendak mengenakan isterinya.

"Dah-dah. Tak elok bertengkar depan rezeki. Mari kita makan," kata Hajah Fauziah tiba-tiba. Asyik sangat dia melihat mereka berbalah sejak dari tadi. Bila Hajah Fauziah mula bersuara, semua yang lain terus membisu. Nenek Eleya ni lebih kurang daddynya juga. Nampak cool tapi sebenarnya tegas.

Suasana di meja makan menjadi sepi apabila tiba waktu makan. Yang kedengaran hanyalah bunyi sudu dan garpu yang bergeseran sesama mereka. Masing-masing begitu berselera menjamu makanan di hadapan mereka.

CALON MENANTU DADDYWhere stories live. Discover now