BAB 8

182 6 0
                                    

"Hah, rezeki aku," Amrullah mempercepat langkahnya menuju ke arah satu-satunya meja yang kosong di tengah-tengah café yang sesak itu. Pinggan dan cawan diletakkan di atas meja lalu dia duduk.

Doa dibaca sebelum dia mula menjamah makanan. Memenuhi tuntutan perut yang lapar tahap tera. Kalau sudah tahap giga, gastriklah jawabnya. Baru sahaja suapan kedua, seseorang mengambil tempat duduk di hadapannya. Dia mengangkat wajah.

"Rif'at," Amrullah menelan makanan. "Seorang je? Mana kau campak Imran?"

Rif'at tersengih. "Mana ada campak mana-mana. Itu, berdiri macam patung di tengah-tengah café tu,".

Amrullah tidak berpaling. Malas dan tidak mahu.

"Dia yang ajak makan di sini," ujar Rif'at.

Kunyahan terhenti. "Eh?" Takkanlah..

Rif'at melambai ke arah Imran. "Imran, marilah duduk. Amrullah ajak kau makan dengan dia ni,".

Hei...bila masa pula aku jemput dia... Amrullah menjeling tajam ke arah Rif'at.

Rif'at hanya tersenyum kenakalan. "Tanya tandanya jemput,".

Imran, dalam keadaan 'paksarela', mengorak langkah mendekati mereka. Kaki terasa berat.

"Hei, aku duduk sini sebab café penuh, okay," Imran mendengus, mengambil tempat di sebelah Rif'at.

Amrullah menghunus garfu. "Aku pun tak jemput kau makan di sini lah,".

Imran menjeling. "Nak lawan?" Kedua-dua sudu dan garfu diangkat.

Rif'at menggeleng. "Dah. Jangan bergaduh depan rezekilah,". Gayanya sudah seperti emak yang memujuk dua anaknya yang bertelingkah. Memang, pada pandangannya, Imran dan Amrullah seperti budak-budak yang bergaduh. Langsung tak ada gaya macam pelajar universiti.

Imran mendengus sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Amrullah pula menyambung misinya memenuhi tuntutan perut itu. Rif'at mengusap lembut belakang Imran, membuatnya berhenti mengunyah serta-merta.

"Kau dah baca doa belum, Imran Fatih?"

Allah...terlupa. Dia menampar dahi tanda terlupa sambil tersengih ke arah Rif'at. Walaupun malu, dirinya lebih bersyukur kerana mempunyai sahabat yang sentiasa mengingatkannya di kala terlupa seperti itu.

"Ish...ish...ish," Amrullah menggeleng sambil menghirup air.

"Sibuklah," Imran menghayunkan strawnya ke arah Amrullah, membuatkan percikan air mengenainya. Namun Amrullah buat tidak endah.

"Sudah," Rif'at menarik tangan Imran. "Baca doalah,".

Rif'at, bagusnya kau ada di sini. Hatinya menggumam saat Rif'at membacakan doa. Matanya menatap wajah Rif'at yang sedang khusyu' berdoa. Pandangannya beralih pula ke arah wajah Amrullah.

"Kalau tak, dah lama kau makan garfu aku," tanpa sedar, perlahan dia menggumam.

"Apa?" Rif'at memandangnya.

Imran menggeleng, baru tersedar dirinya terlepas berkata-kata. Mujur hanya perlahan.
"Tak ada apa-apa," Dia memandang Rif'at. Rif'at mengangguk.

Rif'at menyuap makanan ke mulut. Imran masih lagi memerhatikan dirinya. Sehinggalah Rif'at menyedari keadaan tersebut dan dia mengangkat muka menghadap Imran.

Dengan senyuman paling manis yang pertama diukir sejak menjejakkan kaki di bumi Birmingham ini, dia berkata. "Terima kasih, Rif,".

"Untuk?" Kening sebelah terangkat.

Vehaen : Satu CeritaWhere stories live. Discover now