B09

154 16 0
                                    


Ayra masih termangu-mangu di depan pintu bilik airnya. Segar gila lepas mandi. Tapi itu laa rasa macam nak sambung tidur lagi je, hari ni Sabtu.

Kira on je lah tu.

"Ayra, ibu nak pergi pasar ni... teman ibu ye?" Puan Fatimah laungkan dari tingkat bawah. Ibu malas nak naik lah tu hewhew.

Ayra menoleh kearah pintu. Baru dia teringat abahnya terpaksa atas urusan penting. Tinggal abang Iman dan dia sendiri. Jadi mereka lah yang kena teman Puan Fatimah seorang tu pergi pasar. Biasa 'dating' dengan abah je.

"Abang Iman tak pergi ke ibu?"

"Abang Iman pergi jugak... tapi ibu nak kamu ikut sekali" mendengarkan itu dia sudah tahu apa aktivitinya untuk pagi ini. Huhu selamat tinggal tidur ku. ")

Dengan rasa malas melonjak ke level petala langit ke tujuh, Ayra hanya menyarung tudung sarungnya. Kira ok lah tu, pakai tracksuit dengan tshirt lengan panjang. Apa korang expect dia pergi pasar nak pakai baju lawa-lawa ke apa?

Kalendar yang terletak di sisi meja belajar secara tiba-tiba menjelma dalam ruang visual matanya.

5 Julai.

Tanpa disedari air matanya terus bergenang. Pantas diseka. Tak mahu berbekas.

Past is past girl.

Ayra pantas keluar dari bilik. Telefon dan dompet diambil. Pintu rumah dikunci. Abang Iman dan ibu sudah menunggu dalam kereta.

Sunyi dan sepi dalam kereta dipecahkan dengan soalan darinya."Ibu, abah balik bila?"

"Alah, macam biasa je la... balik mesti dah petang," Abang Iman membalas. Matanya masih fokus pada pemanduannya. Walaupun dekat, kena juga hati-hati semasa memandu.

Malang kan tidak berbau.

Telefon Ayra berdering. Dah, siapa pulak call aku pagi-pagi ni? Masa dalam kereta macam ni jugak lah kau nk call. Dengan rasa menyampah dan penuh kemalasan dia melihat nama pemanggil.

'Private number?'

Okay, ini pelik.

"Hello?"

"Hello. Ayra there?"

Suara itu mula berkata. Siapa dia ni?

"Yes, I'm Ayra but- who's there?" Ayra memperlahankan suaranya, risau didengari oleh ibu dan abang Iman.

"Hai sayang. I Nashriq."

Ayra terpempan mendengar nama itu disebut. Nashriq? Bukan ke dia dah pindah pergi Dubai untuk sambung belajar kat sana ikut ayah dia? Macam mana dia dapat nombor aku?

"I miss you... bila nak keluar date lagi dengan I?" Nashriq berkata dengan manja. Sesekali Ayra tergeliat kegelian. Sejak bila tahh aku cakap aku girlfriend dia. Dia yang terhegeh kat aku.

*tak, jujur kat sini pliss*

haish yelahh. dulu aku confess aku suka dia. tu je.

back to the story.

Nafas dihela. Agak panjang. Kemudian Ayra menyambung kata-katanya semula."Where did you get my phone number?" Ayra tekan butang record. Dia hairan, macam  mana nombornya boleh sampai ke tangan Nashriq.

"Well, my dear... anything for my love, I would do anything to reach you baby," Kedengaran bunyi Nashriq mengucup telefonnya.

Eiuw, jijiknya. Kemudian dia mula terfikir macam mana lah dia boleh tersangkut dengan mamat tak senonoh ni dulu. Nasib baik crush tak lama.

ButterflyWhere stories live. Discover now