Jangan Ambil Gigi Aku!!!

195 8 2
                                    

      Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat setia FS.Hari ni SenyumanPerantau akan turun ke Penang untuk bertemu dengan 5sahabatku.Sambil menanti penerbangan tiba di Penang,aku teringat akan kisah seram yang berlaku ketika zaman aku masih menuntut di sebuah institusi pengajian pada tahun 2009-2010.
      Sedikit pengenalan kepada fakulti SenyumanPerantau dan sahabat baik aku (Amran,Mads,Mahadi,Mujahid), fakulti kami merupakan fakulti yang menghimpunkan seni dan sains dalam sesuatu masa.Tempoh pembelajaran adalah 5tahun untuk fakulti ini. Dua tahun pertama kami merupakan sesi pembelajaran ilmu teori pengetahuan am dan sains,manakala 3 tahun terakhir menumpukan kepada sesi "hands-on" dan kepada yang "lebih seni".
      Berbalik kepada kisah seram ini,ianya berlaku pada tahun 2009-2010.Ianya berlaku ketika kami berada pada pengakhiran tahun kedua dan seawal tahun ketiga.Untuk memulakan sesi "hands-on",kami dikehendaki mengumpul sejenis bahagian badan yang mempunyai selaput luaran paling keras dalam badan manusia bertujuan untuk sesi ini iaitu gigi. Maka,selalunya pensyarah akan mengarahkan kami untuk mengumpulkan anggota tersebut seawal tahun pertama lagi.

Kejadian Pertama(Pengalaman Aku)
   Hari itu merupakan minggu pertama setelah sem baru dibuka.Aku kebiasaannya akan tiba daripada kampung halaman pada lewat petang ahad kerana keesokannya kelas akan bermula.Seingat aku,seusai aku membuka pintu "hostel" kami pada senja ahad tu,aku memberi salam "Assalamualaikum Malaysia,Selamat Pagi"..jerit aku yang memang perangai agak gila persis orang kurang siuman.
"Waalaikumussalam gilo,mu kumpul doh ko hok lecturer suruh tu,"tanya Mahadi beserta tiga lagi suara gelak tawa yang muncul daripada arah sinki dapur.
Aku pun terus menjenguk ke arah kawasan sinki dapur.Kelihatan Mahadi ,Mads,Mujahid dan Amran sedang mencuci gigi tersebut.
"Natey sungguh la,doh tinggal akar jah pun mu masuk lagi dalam bekah ni,kenak sengoti la,"Mahadi mula mengeluarkan kata-kata "hikmat" sambil mencuci anggota tersebut di bawah air mengalir daripada darah dan "lendir". Mahadi ni berasal daripada kelantan,mempunyai rambut yang berpintal seperti berus besi pinggan dan hobinya membuang angin tanpa rasa bersalah.
"Bereh Madi,maley ni cuci kow aku pulop deh,"sambil berlari menaiki tangga ke tingkat atas.
"Wak sediri la gilow,busuk banga nih,"tempik Madi.
Untuk pengetahuan semua,setelah mengumpul gigi tersebut,kami dikehendaki mencuci anggota tersebut sebelum ianya digunakan dalam sesi kelas "hands-on" kami.
   Malam tu,aku tidur sedikit lewat setelah selesai mencuci anggota tersebut.Sesudah aku mencuci semua gigi tersebut,aku pun menonton tv yang terletak di ruang tamu sambil berbaring di sofa.Sahabat-sahabat ku yang lain seingat aku semuanya sudah lena diulit mimpi,yang tinggal hanyalah aku dan Amran yang selalunya akan "bergayut" di telefon bersama teman wanitanya di beranda tingkat atas.
    Sedang aku asyik menonton tv,tiba-tiba terdengar satu ketukan kuat daripada salur sinki dapur tadi. "Kook..kook..kraak..".hati aku mula tak sedap..aku bingkas bangun daripada sofa yang empuk.Mata aku kini tertumpu ke suis lampu,dengar je bunyi tu lagi,aku mesti pergi buka suis lampu,bentak hatiku. "Kook..kook..krakk..sekali lagi berbunyi daripada saluran sinki dapur tersebut.aku terus bangun dan memetik suis lampu..Dengan sedikit gusar,aku pun mengintai daripada hujung mata kearah sinki dapur tersebut,kelihatan sinki dapur seakan-akan tersumbat,darah-darah seperti membuak-buak,diselangi dengan nanah terembes kembali ke atas daripada saluran sinki tersebut.Aku menggosok mata aku beberapa kali,sah,ni bukan mimpi. Aku cabut lari dan tidur di bilik aku tingkat atas...

Kejadian Kedua(Pengalaman Amran)
  Sehari selepas itu,kecoh satu rumah dengan kejadian yang menimpa aku.Yang menjadi misterinya, keesokkan paginya,aku memeriksa sinki tersebut samada berlaku saluran tersumbat,ianya langsung tiada kesan darah atau nanah.4 sahabat aku juga menafikan bahawa mereka tidak mencuci dengan baik,jelas mereka setelah semuanya dicuci,mereka bilas sinki tersebut dengan sabun dan air panas.Tapi biasa la,Mujahid memang tak percaya cerita kami,baginya "bagi aku bukti video ka gambaq ka,baru aku pecayaaa naaa,haha" jawab Mujahid.
  Malam tu giliran Amran diganggu.Menurutnya setelah selesai dia bergayut bersama teman wanitanya di beranda,dia terdengar sesuatu yang kuat berbunyi daripada bawah katil Mahadi.
"Keceh keceeeh keceehh" sekali berbunyi.. "Keceeh keceeh keceeeh" bunyi kali kedua..Amran ni jenis berani sikit,dia ni jenis individu yang terserempak dengan benda mistik,dia pasti akan mencari dan melihat ke arah bekas yang berisi gigi-gigi tersebut. Setelah bunyi kali kedua,Amran pun masuk ke bilik Mahadi.Mahadi sedang lena diulit mimpi di atas katilnya,katil Mike pula kosong,maklumlah Mike ni kan jenis misteri juga.Amran mula menuju ke arah katil Mahadi, dan kali ketiga bunyi itu muncul "Keceh keceehh keceehhh" bunyi seakan-seakan benda bergoncang di dalam bekas plastik.
Amran tunduk kepalanya dan mengintai dibawah katil Mahadi,terlihat Amran sebuah bekas plastik yang  terdiri daripada gigi-gigi tersebut bergoyang-goyang tanpa disentuh sesiapa.Amran berpeluh menahan rasa takutnya. Tiba-tiba,"serushhhh" balang yang berisi gigi tersebut jatuh terbuka,berselerakan semua gigi keluar.Mahadi masih tidur lena diulit mimpi,Mads tidak dapat bertahan lagi,terus balik bilik,tidur.
Keesokkannya,kecoh,Mahadi bising yang bekas giginya berselerakan di bawah katil.Kami terdiam membisu..

Kejadian ketiga(Pengalaman Mahadi)
  Hari ketiga,Mahadi sedang mengulangkaji pelajaran di meja studynya.Sedang asyik menelaah pembelajaran,jam berdetik pukul 1pagi.Tiba-tiba,terdengar suara di luar tingkap biliknya tingkap jenis "sliding".Mahadi bangun daripada kerusi plastik dan menuju ke langsir yang menutupi tingkap itu.Mahadi mula menyingkap tirai lalu ternampak satu susuk seorang tua terapung di udara,kepalanya botak, matanya merah,wajahnya pucat,bajunya lusuh.Orang tua itu menjerit kepada Mahadi "Pulangkaan balik gigi akuuu,aku nak GIGI aku balik...CEPATTTT...Mahadi terjelopok di atas lantai..Orang tua itu terbang ke arahnya..Mahadi menutup mukanya menggunakan lengan kirinya,orang tua itu menggigit lengannya.
"Arggghhh...sakittt,"teriak Mahadi..
Aku yang sedang menonton tv di tingkat bawah terdengar jeritan Mahadi,terus bergegas ke tingkat atas.
"Bakpo mung Madi..keno sapuk hantu kow??," terpa aku ke arah Mahadi.
Mahadi kelihatan terpinga-pinga,dia menjelaskan kepada aku dia mungkin bermimpi,tetapi di lengan kirinyanya,jelas berbekas gigitan..kami berdua saling berpandangan,
menjeling ke arah bekas plastik di bawah katil,sekali lagi bekas itu bertaburan.
Kejadian Mahadi ni berulang-kali menimpanya sehinggalah kami mula menyedari bahawa semua kejadian ini ada kaitan dengan gigi-gigi yang kami kumpul itu.

Berdasarkan ketiga-ketiga gangguan ini,Mahadi membuang dan membakar semua gigi di dalam bekas plastik tersebut.Gangguan itu pun terhenti setakat itu.Mungkin empunya badan tersebut tidak mengizinkan giginya diambil ataupun mainan syaitan belaka?Wallahua'lam..

आप प्रकाशित भागों के अंत तक पहुँच चुके हैं।

⏰ पिछला अद्यतन: Apr 20, 2017 ⏰

नए भागों की सूचना पाने के लिए इस कहानी को अपनी लाइब्रेरी में जोड़ें!

JANGAN AMBIL GIGI AKU!!!जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें