#Chapter 17#

248 18 0
                                    

AUTHOR's POV

Wajah kakaknya yang teresak-esak menangis dipandang dengan pelbagai perasaan yang menjadi satu; keliru.

Dia tak faham. Dia rasa marah dengan tindakan bodoh kakak dia; dia rasa kesian melihat kakak dia tak terurus; dia rasa sedih dengan kematian abang ipar dia; dia risau dengan anak saudara dia.

Kakaknya masih teresak-esak menangis diatas sofa bilik kakaknya.

Akhirnya dia mengeluh dan duduk disebelah kakaknya. "Dahlah nuna" bahu kakaknya dipeluk.

"Ak-aku rasa berdosa! Ak-aku d-dah bun-uh suami ak-aku sendiri! Aku bodoh! Ak-u bodo-h!" Dadanya sendiri ditumbuk-tumbuk. Sungguh dia rasa berdosa.

Dia dengan Hyemi sama-sama menekup mulut dan hidung suaminya tadi. Dia bukanlah kenal sangat dengan Hyemi tapo entah macam mana dari sehari ke sehari mereka makin serasi. Walaupun dia bukanlah berniat untuk membunuh suaminya, dia perlu berhati-hati dengan Hyemi. Hubungan Hyemi dengan abangnya masih belum diketahui. Kemungkinan besar Hyemi ialah mata-mata abangnya.

Selama ni, abang Puan Kimlah yang mendesak supaya Puan Kim membunuh keluarganya sendiri untuk membolot harta peninggalan Encik Kim. Pelbagai jenis ugutan diberi untuk membuat Puan Kim setuju.

Dia tahu harta Encik Kim memang tujuh keturunan pon tak habis, jadi dia gunakan adik dia untuk bolot semua tu. Rasa sayang dan fikiran warasnya sudah hilang. Yang dia nampak hanyalah harta bergunung milik Encik Kim.

Puan Kim sendiri pada mulanya termakan hasutan abangnya, turut sama gilakan harta tapi pada pertengahan rancangan mereka, Jungyoon menyedarkan kakaknya. Sejak dari itulah kehidupan Puan Kim menjadi haru-biru. Semua yang dia buat rasa tak kena. Buat baik, takut abangnya marah, buat jahat, takut adiknya marah. Dia akui sejak kecil dja lebih akrab dengan abangnya berbanding adiknya.

Tadi pon, semasa menekup muka suaminya, yang terlintas difikirannya hanyalah ayat-ayat abangnya tentang harta yang bakal dia peroleh. Dia rasa bersalah.

Why am I so stupid?

Jungyoon mengeluh lagi. "Nuna dahlah"

"I-I can't! Im so stupid. I hate myself. " makin kuat Puan Kim meracau. Dia menolak lengan adiknya dan menggeladah meja kerjanya,mencari benda tajam.

Jungyoon membuntangkan matanya. "Nuna!" Terus dia berlari dan memeluk kakaknya dari belakang.

Dia menarik Puan Kim ke sofa kembali dan baringkan Puam Kim diatas sofa. Walaupun agak susah sebab Puan Kim sedang menggelupur tapi akhirnya Puan Kim terdiam. Letih mungkin.

Jungyoon mengeluh lagi. Dia sudah putus asa dengan kakaknya. Dari kecil lagi Puan Kim memilih abang mereka dari dirinya. Mereka hanya tiga beradik jadi dari kecil dia terpinggir.

Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia meninggalkan kakaknya seorang diri tapi sayang punya pasal, dia tetap setia disisi Puan Kim


🔪🔪🔪

"

Dia bayar kau suruh jaga anak dia kan?" Suara garaunya berbunyi kasar, langsung tiada nada mesra walaupun bercakap dengan orang yang baru dia jumpa untuk pertama kali.

"Siapa ya?" Walaupun dia tahu maksud lelaki bengis itu, rahsia tetap perlu disimpan.

"Alah yang suami dia mati harini tu" dia menjulingkan matanya. Geram pula melihat polis dihadapannya buat-buat bodoh.

"Apa maksud encik ya? Saya tak faham" si polis juga makin berdalih. Takkan dia nak mengaku dia terima rasuah?

"Bodoh. Aku tahu kau faham apa aku cakap. Kalau aku nampak anak dia dengan kau, aku akan report kau terima rasuah. Semua pangkat kau akan hilang, ssemua orang bawahan kau akan pandang hina. Kau nak?"

"Saya pon boleh tangkap encik sebab mengugut, encik nak? " walaupun bersuara tenang, dia rasa nak mati je sekarang ni. Kalau dia kena buang kerja, habislah hidup dia.

Lelaki bengis itu tersenyum sinis. "Ingat, kalau aku nampak anak dia dengan kau, aku tak teragak-agak nak buat macam apa yang aku cakap tadi, dan mungkin lebih lagi "

Akhirnya dia berlalu dengan biadapnya dari bilik polis itu. Si polis mengetap bibir. Tergugat juga dia mendengar ugutam lelaki tak siuman itu.

Ah serabut!

🔪🔪🔪

MIRAE's POV

"Oppa nak pergi mana?" Aku menahan lengan Jimin dipinggang aku bila rasa dia mula bangun dari pembaringan.

"Tak tidur lagi?" Tangan dia sebelah lagi naik menyeka rambut aku kebelakang telinga.

Aku menggeleng. "Oppa nak pergi mana?" Aku mengulang soalan tadi.

"Oppa laparlah sayang. Nak makan jugak? Mesti Mirae tak boleh tidur kan? Makan jom" dia mengajak lembut. Dia berdiri sebelum menarik aku.

Getah rambut diaats meja dicapai dan rambut aku mula dia ikat. "Please smile sayang i miss your smile already" sambil mengikat rambut mulutnya mengomel.

Aku tanpa sedar tersenyum kecil. Walaupun dah banyak kali dia panggil sayang, aku tetap rasa butterflies dalam perut aku.

"Hah senyum macam tu kan cantik" Jimin turut tersenyum dan mencium bibir aku sekilas. Kemudian badan aku ditarik bangun.

Makanan yang dibeli pagi tadi ada lagi jadi Jimin cuma panaskan balik sambil aku duduk perhatikan dia.

Jimin betul-betul ada ciri-ciri husband material yang buat aku rasa sedih sebab terpaksa lepaskan dia. Semua benda dia buat, bagi impak dekat hati aku, dekat aku.

"Hyemi is so lucky to have you" aku berkata perlahan. Tak terniat pon nak kata, ingat nak cakap dalam hati je tapi dah terluah pulak.

Pergerakan dia terhenti. "Let's...not talk about this ok?"

Aku mengetap bibir dan mengangguk walaupun dia tak nampak pon sebab membelakangi aku. Suara da berubah sedikit, macam marah bila aku sebut nama Hyemi.

Aku mengeluh. Life is hard.

🔪🔪🔪


Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now