화양연화 (2)

302 14 0
                                    

Aku tengok sejak dua menjak ni Namjoon hyung macam serabut je . Yoongi hyung ? Entahlah asyik berkurung ja , makan tak keluar bilik pun tak . Jin hyung langsung hilang . aku tanya tak ada siapa jawab . Kenapa dorang macam tak nak bagitahu aku sesuatu ?

Jungkook berjalan ke koridor , apartment mereka yang memang menghadap Sungai Han itu sekali sekala dapat menenangkan Jungkook dari masalahnya tambahan pula angin petang itu hanya bertiup sepoi-sepoi bahasa . Cahaya matahari pula tidak terlalu terik . Tenang betul .

Gelas pecah

Apa ? Bunyi apa tu ?

Dia tahu bunyi itu datang dari bilik Yoongi , mana taknya dah mereka berdua je yang ada dalam rumah ketika itu , yang lain sudah keluar . nak ambil angin katanya . Jungkook mengetuk pintu bilik Yoongi "Hyung ? gwaenchana ?" Tiada sahutan

Jungkook mengeluh lembut , baru berapa tapak dia berjalan menjauhi pintu bilik Yoongi . Bunyi pintu bilik dibuka . Yoongi hyung ?!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^

"Tu la orang suruh makan tak nak , dah kurus kering macam ni nak berjalan pun tak ada tenaga" Entah apa yang dibebelkan oleh arnab itu di dapur sambil menyediakan sup rumpai laut untuk Yoongi . Bunyi gelas yang pecah tadi langsung lupa nak tanya . "Aku tak suruh kau masak pun .." Jawab Yoongi perlahan namun ianya tidak didengari oleh Jungkook . Selesai memasak , dia membawa dulang yang berisi gelas dengan jus oren , sup rumpai laut yang masih panas dan nasi yang baru dimasak . Kalau Jin hyung tahu aku masak ni , mesti hari-hari dia suruh aku masak .

"Oi arnab , kau gelak sesorang tu kenapa ?" Jungkook memuncungkan mulut apabila dipanggil arnab oleh Yoongi , dia meletakkan dulang itu di meja berdekatan . Mangkuk berisi sup rumpai laut di beri pada Yoongi . Jungkook senyum , dia gembira bila dapat tengok Yoongi makan dengan berselera .

Dan ketika itu sakit kepalanya datang lagi . Begitulah keadaan dia sejak kes langgar-lari beberapa minggu lepas . Kepalanya asyik berdenyut tapi kali ni takkan dia nak susahkan Yoongi pula lepas dah bagi dia makan . Badan dia pun macam cacing tak cukup vitamin . dah kecik , kecik lagi . "Kau okey ke Arnab ?" Namun mestilah sakitnya tu dapat dihidu oleh Yoongi . Dorangkan rapat . Jungkook menggeleng lemah walaupun ketika itu hanya tuhan saja tahu betapa sakitnya kepala dia .

"Hyung .. Kook masuk bilik dulu tahu , dah makan letak je mangkuk dekat dalam sinki nanti Kook basuh tak pun Kook nanti suruh V atau Jimin hyung basuh ." Amboi banyak cekodok basi dia , apapun selepas Jungkook pergi Yoongi tahu ada sesuatu yang tak kena dengan budak kecil tu . Selesai makan , dia ingin terus ke bilik Jungkook .

Namun niatnya terbantut apabila dia terdengar bunyi pintu dibuka , Jin dengan beg bajunya memandang tajam ke arahnya . Yoongi malas nak bergaduh sekarang lagipun dia malas nak layan orang yang memang susah nak dipuaskan . "Yang lain mana ?" Yoongi hanya menggeleng , pinggan kotor diletak di dalam sinki dan dibasuh bersih tidak seperti arahan Jungkook yang hanya menyuruhnya untuk meletakkan pinggan kotor di dalam sinki . Sebaik dia tiba di ruang tamu , Jin sedang duduk di sofa sambil melayan telefon pintarnya . Mungkin memberitahu yang dia sudah pulang .

"Kook , dia tak-" Ayat Yoongi tergantung apabila Jin langsung tak mengendahkannya . Yoongi mendengus Fine ! aku tak minta perhatian kau pun !

화양연화 | The Most Beautiful Moment In Life (completed)Where stories live. Discover now