1: Back to korea

68 7 6
                                    

Nara's

Barang barang yang sudah di simpan di dalam kotak berwarna coklat aku pandang. Tak sangka hampir 3 tahun aku bawa diri ke England bersama anak aku.

Peluh di dahi aku lap sekali menggunakan belakang tangan.

"Nancy, jangan main gunting ni! Bahaya sayang. Dah pergi mandi." Aku memimpin tangan anakku ke tandas berdekatan dapur.

Kami duduk apartment so tak risau sebab rumah ni tak ada tangga. Kalau tidak bahaya nancy nak masuk bilik.

"Mama~ nancy nak pakai baju batman lepas mandi." Kata anakku sebelum aku menanggalkan pakaiannya di depan pintu tandas.

"Baik sayang. Nanti mama sediakan. Lepas tu kita keluar dinner. Mama tak masak sebab malas nak kemas balik. Esok pagi kita nak balik jumpa grandma dengan grandpa." Aku membuka shower dan memicit sedikit sabun yang ada gambar gajah unggu dekat botol.

"Okay mama! Tak sabarnye~." Nancy tersengih sengih kepadaku. Tangan aku licah menyabun badanya.

Selesai memandikan nancy, kini giliran aku pula untuk membersihkan tubuh. Bagi segar sikit selepas seharian mengemas.

Sayur sayur dan makanan basah sudah aku berikan kepada jiran aku. Atau di kenali sebagai Selena a.k.a kawan aku selama aku berada di England.

Bukan Selena Gomez ya. Kalau Selena Gomez mungkin aku dah famous sedikit. Hahaha!

"Nancy sayang, jom keluar dinner. Simpan mainan tu dulu." Arah ku lalu bergerak menutup suis tv, kipas dan penghawa dingin.

Aku sarungkan kasut kekaki anak ku dan mengunci pintu. Kaki ku langkah ke arah lif. Nak turun cepat sebab kawan sekerja aku dah tunggu.

Kereta aku sudah dijual sebulan yang lepas sebab omma cakap susah untuk dibawa pulang.

"Daling here!" Aku menoleh kearah suara yang aku kenali.

"Ouhh Steve, sorry I'm late." Aku meloloskan diri kedalam kereta sebelah pemandu. Manakala Nancy duduk di riba ku.

"Gwenchana. Nara." Balasnya dalam bahasa korea walaupun sedikit pelik bunyinya.

Steve pandai berbahasa korea. Itulah antara sebab aku boleh rapat dengan dia. Dia baik, kacak, semua ada. Bak kata orang cukup pakej. Tapi malangnya belum jumpa jodoh.

"Kita nak makan dekat mana?" Dia memandang ku sebelum mencubit pipi nancy.

"Mama nancy nak makan BBQ." Nancy memegang kedua belah pipi ku dengan tangan kecilnya.

"Okay uncle bawa pergi restaurant yang ada BBQ special untuk Nancy." Terus kereta yang dipandu Steve meluncur laju di atas bumi England.

+++

Setelah Steve menghantar kami pulang, pada jam 9.25 p.m. Aku terus menidurkan Nancy. Kesian dia penat. Esok sudah nak bertolak ke korea. Hari ni berjalan sakan ke funfair bersama uncle kacak dia.

Tak sabarnya nak jumpa omma dan appa. Rindu mereka sangat! Dan niat aku nak cari si crush tenuk tu kembali. Dah kawin ke dia? Sihat ke? Berapa orang anak ? Dan masih hidup ke? Haha gurau je!

Dia dah berubah ke? Atau masih nerd, sombong, belagak. Apa beza sombong dan belagak? Haha.

Setelah mematikan suis, aku mula tidur sambil memeluk pinggang kecil Nancy.

Selamat malam England!

+++
"Penerbangan sudah tiba di destinasi..."

Aku turun dan tunggu di kerusi menunggu. Telefon aku ambil dari handbag dan mendail nombor omma.

Kenapa omma belum sampai lagi. Tadi cakap dah ada kat sini. Sekarang batang hidung pun tak nampak.

"Mama nancy nak beli air dekat sana boleh." Nancy menunding jari kearah mesin kopi segera.

"Boleh,mari kita pergi sana." Aku memimpin tangan nancy dan menolak troli yang mengandungi bagasi kami berdua.

Barang barang lain akan tiba mungkin minggu hadapan. Yelah bukan dorang nak hantar barang aku sorang je.

"Latte mama." Nancy terlompat lompat didepan mesin. Teruja dapat air kesukaan dia.

"Nah. Minum slow slow, panas ni." Aku menghulurkan hot latte yang berada di dalam cup kertas coklat kepada nancy.

"Gomawo mama." Kami berjalan untuk menghampiri kerusi menunggu.

Tetapi di tegur oleh seorang lelaki yang boleh di katakan good looking la. Ewahh!

"Awak park nara ke?" Dia menyoal aku tanpa membuang cermin mata hitamnya. Dah la pakai seluar hitam, baju hitam, kasut hitam lepas tu snowcap warna pink. Ingat comel ke?

"Yae saya park nara. Awak siapa? Kita kenal ke?" Aku memandang lelaki yang berada di sebelahnya. Macam drive dia cara pemakaian lelaki ni. Tetapi sangat muda dan kacak!

"Kita mungkin bakal kenal dengan lebih dekat. By the way, puan park suruh saya ambil awak dan erm.." Dia pandang nancy.

"Anak saya, Nancy park." Kata ku apabila dia melihat Nancy. Tiba tiba dia mencangkung dan mencubit pipi nancy.

"Comelnye kamu. Nama kamu Nancy ya. Comelnyaa!" Dia mengangkat nancy dan berdiri.

"Jom kita gerak sekarang." Kata dia kepada aku.

"Ouhh awak Kim Taehyung ke? Omma ada cakap yang dia suruh saya balik dengan awak." Aku senyum kepada dia dan lelaki di sebelahnya.

"Ya saya kim taehyung. Jinyoung bawak barang barang tu ke kereta. " taehyung memulakan langkahnya.

Aku hanya membontotinya sambil melihat sekeliling. Rindu seoul! Tempat di mana aku dilahirkan dan dibesarkan.

"Mama, paliwa!" Laung Nancy apabila menyedari aku berada jauh darinya. Aku senyum dan berjalan di sebelah taehyung. Dah macam family pulak jalan macam ni.

"Dekat sikit dengan saya, nanti kat luar sana orang ramai. Takut kita terpisah pulak. Susah." Dia memandang aku kemudian mencium kepala nancy.
Aku mendekatinya.

Dia terus memegang bahu aku lebih kurang macam 'peluk bahu' . Ambik kesempatan ke apa ni!?

"Orang ramai." Katanya setelah melihat aku yang secara tiba tiba berhenti. Aku cuma mengangguk.

"Cuwit nyee mama dengan uncle." Nanti menepuk nepuk tangan kecilnya.
"Nancy jealous ke? Nancy... Nancy jangan panggil uncle sebab rasa macam tua pulak." Kata taehyung sambil tersengih pada Nancy yang berada dalam dukungan dia.

"Habis tu nak panggil apa?" Nancy memandang aku kemudian pandang taehyung kembali.

"Panggil papa." Terus aku membulatkan mata. Biar betik si taehyung ni. Jantungku berdebar dengan dia cakap macam tu

"Kena..." belum sempat aku menghabiskan ayat Nancy memotong dengan perkataan yang mengejutkan aku. Taehyung sudah tersenyum suka.

"Papa!" Nancy memeluk leher taehyung. Kesian dia tak pernah rasa kasih sayang seorang yang bergelar 'papa'. Hati ku sebak.

"Maaf kalau buat awak tak selesa. Saya suruh anak awak panggil saya papa."

"It's okay taehyung. Nancy like it and i will okay." Aku tersenyum manis. Mohon cair!

"Thanks."

Tbc

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Son ●Taehyung FF●Where stories live. Discover now