009

216 58 12
                                    


Dope Cafe;

Hoseok POV

     Aku meneruskan rutin harian aku. Bancuh kopi. Lagu 'Love Is Not Over' yang berkumandang di dalam kafe itu membuatkan tangan aku menggeletar.

     'Argh Jung Hoseok! Fokus!'

     Getaran di dalam poket seluar aku membuatkan kerja membancuh kopi itu terhenti. Nama pemanggil yang tertera di telefon membuatkan aku mengeluh.

Calling..
Kim Jihee💕✨

     Jangan jadi bodoh,Hoseok. Dah terang-terang yang kau dah tak berguna dalam hidup dia. Tapi. Aku rindukan dia.

     Argh Jung Hoseok bodoh.

     Angkat.

     " Saya nak jumpa awak dekat Dosan Park. Pukul 9:30 malam and jangan lewat. " Melalui suara sahaja,aku sudah tahu apa yang ingin disampaikan oleh Jihee malam nanti.

     " Kalau saya taknak? Bukannya penting pun. Saya busy sekarang. Cafe ramai customer.. " sengaja aku membalas sebegitu supaya dia rasa kesakitan yang aku rasa sekarang. 

     " Awak fikir awak sorang je yang busy huh? Kerja dekat office tu berlambak tau tak! Ni pun terpaksa tinggalkan sebab nak jumpa awak! "  aku menjauhkan telefonnya apabila Jihee menjerit di dalam talian.

     Lah bukan kau dah berhenti kerja ke? Oh lupa pulak yang dia sibuk dengan boyfriend baru dia sekarang.

Whatever. Saya tunggu dekat Dosan Park sekarang. Taknak la biarkan awak tangguh kerja yang berlambak dekat office tu kan? Ok see you. "

     Klik!

     End call.

     Rambut perang aku raup kasar. Okay Hoseok. Jom tamatkan semua ni.

❨𝗖❩ 𝗵𝗲𝗿 - 𝗷𝗵𝘀Where stories live. Discover now