KETUK

1.3K 82 11
                                    

Kejadian ni macam berlaku pada hujung tahun lepas. Agaknya?

Bilik aku bersebelahan dengan bilik kakak aku. Bilik kami jauh nun dekat dapur.

Kakak aku cerita, ada benda ketuk tingkap dia waktu tengah malam. Kebetulan ayah aku tengah tengok tv. Dia terus belari ke ruang tamu bagitahu ayah aku.

Ayah aku pun keluar check takut-takut mungkin ada pencuri. Tapi, takde apa pun. Ayah aku ingat kakak aku salah dengar dan suruh kakak aku masuk tidur.

Kakak aku kata mungkin hantu yang ketuk tingkap dia tapi aku tak percaya. Aku siap ejek dia sebab dia ketakutan tingkap kena ketuk.

Aku cakap, burung yang ketuk tapi buat apa burung mengetuk malam-malam? Burung belatuk bukan tidur ke masa malam?

So, hari pun berlalu seperti biasa. Sampailah aku terbangun tengah malam kerana kehausan. Aku pun pergi ke dapur waktu tengah malam walaupun aku dah gigil ketakutan sebab tiba-tiba aku teringat cerita tingkap kakak aku diketuk.

Masa tu aku dah rasa seram semacam. Kat luar pun gelap. Aku nak pandang tingkap pun takut. Lagipun tingkap kat dapur waktu tu takde langsir. Tapi, nasib baiklah tingkap tu jenis blur.

Masa aku nak cuci gelas, aku rasa ada 'something' kat tingkap tu. Tepat di depan aku tapi aku tak tengok sebab takut. Even kabur tetap nampak kan?

Aku punyalah takut sampai tak tercuci gelas. Aku tinggalkan je atas sinki.

Aku terus masuk bilik, kunci. Lari melompat atas katil, tarik selimut sampai paras leher. Tiba-tiba aku rasa seram sejuk.

Tengah aku terkebil-kebil merenung siling, aku terdengar tingkap aku di ketuk.

Aku buat derk. Mesti burung ketuk. Aku masih merenung siling. Bunyi ketukan masih kedengaran. Aku mengiring ke kanan. Mata aku tutup rapat-rapat.

Bila aku dengar betul-betul, aku dengar seperti..

Kuku panjang..

Hujungnya yang tajam...

Yang mengetuk tingkap aku....

The End.




KISAH BENAR : SERAMWhere stories live. Discover now