Bab 13

2.4K 199 5
                                    

Hana sudah selamat sampai di Malaysia. Dia menaik teksi untuk ke rumah Puan sarah dan Encik azhar. Dia betul-betul terkilan dengan apa yang Jin katakan dalam sidang media itu tapi dia faham karier Jin itu.

Telefon di dalam beg di ambil dan membuka facebook. Satu mesej daripada Syirah.

Syirah- Hana, kau dah sampai ke?

                              Hana- baru je, kau takde kelas ke?

Syirah- aku ponteng sebab kau! Sanggup tinggalkan aku sendirian dekat sini😔

                                 Hana- woi Syirah! Kau dah gila ke ponteng kelas hah?! Ala~ aku dekat Malaysia ni dua minggu je nanti aku baliklah.

Syirah- manalah tahu kan😞

                                Hana- yang kau letak emoji tu pahal?! Pergilah kelas Syirah, jangan sebab aku kau ponteng bongok!

Syirah- kau bongokkan aku? Woi! Aku dah habis kelas lah!! Itulah kau, asyik dengan Jin kau je mana nak ambil tahu pasal jadual aku.

                                Hana- bukan jadual aku dengan kau sama ke?

Syirah- memanglah sama!! Ish! Kau ni memang betul lembab lah!

                                    Hana- kau kata aku lembab? Sampai hati😢, aku taknak balik korea dah! Aku nak sambung belajar dekat Malaysia. Biar kau mati kutu dekat sana!

Syirah- so what? Aku tak kisah pun😜

                              Hana- kau chat aku ni nak apa sebenarnya?

Syirah- aku nak cakap dengan kau pasal Jin!

                              Hana- dia nak apa lagi?

Syirah- dia nak kau faham? Dia nak KAU! Dia nak KAU! Dia nak KAU! Dia nak KAU!😬

                              Hana- perkataan kau tu tak payahlah tulis huruf besar!

Syirah- aku nak kau sedar diri!! Dia cintakan kau, sayangkan kau, apa lagi yang kau nak daripada dia? Duit?

                                     Hana- kalau duit dia yang aku nak, bukan dia yang aku akan ambik ok?

Syirah- aku bagi no tel kau dekat Jin. Malam ni dia akan call kau SO jangan tak angkat pula! Aku sepak kau dari jauh nanti!😠

                                  Hana- what?!😲 Asal kau bagi?

Syirah- dia minta aku bagilah. Dahlah, aku nak tidur ni. Assalamualaikum, bye wife Jin bts😜😁

                                  Hana- waalaikumussalam😬

END CHAT

####################
Jin di sebelah Syirah mengeluh selepas melihat dia chat bersama dengan Hana. J-hope meletakkan dulang yang diatasnya adalah tiga cawan kopi.

J-hope: macam mana?

Syirah: macam tulah

J-hope: saya tanya elok-elokkan?!

Jin: Hana macam marah je? Ada apa-apa rancangan tak nak dapatkan Hana?

Syirah: saya ada cadangan tapi tak tahu lah awak boleh terima atau tak. Hana akan ada dekat Malaysia selama dua minggu dan saya sangat yakin yang seminggu, dia akan duduk rumah omma dengan appa dia. Lagi seminggu, dia akan pergi Terengganu. Kalau awak tak keberatan, boleh pergi Terengganu untuk pikat hati dia ok?

J-hope: ya Syirah! Awak dah gila ke? Ingat Jin ni takde kerja lain ke selain daripada nak pergi Malaysia semata-mata untuk benda ni? Cuba bagi rancangan lain

Syirah: saya cuma cadangkan je yang awak nak marah-marah kenapa? Saya dah kata dari AWAL yang saya tak tahu samada Jin boleh terima atau tak!

J-hope: memanglah, tapi cadangan tu telah menambahkan lagi kekusutan dalam kepala otak dia!

Jin: shh!! Korang boleh diam tak? Aku nak fikir pun tak boleh!

Syirah menjegilkan matanya. J-hope mengetuk meja perlahan.

Jin: Syirah, awak terus je chat dengan Hana, tanya dia pergi mana ok? Lepastu, terus inform saya ye? Saya akan ambil cuti seminggu untuk benda ni

J-hope: hyung nak pergi Malaysia ke? Nak ikut~

Syirah: tadi kata rancangan ni telah menambahkan kekusutan dalam kepala otak Jin. Sekarang nak ikut pula! Tak malu!

J-hope: biarlah!

Jin bingkas bangun, mengambil dompetnya dan naik ke bilik tarian. Mereka sebenarnya bincang benda ini di kafe Big Hit Entertainment supaya tidak ada gosip di antara mereka.

J-hope: ini semua awak punya pasal!

Syirah menjelirkan lidahnya.

SKIP
Puan Sarah dan Encik Azhar menyambut kedatangan anak perempuan mereka di pintu masuk. Senyuman terukir dibibir mereka. Hana keluar daripada teksi dan terus bersalaman dengan umi dan babahnya.

Pemandu teksi tadi telah mengangkat begnya daripada bonet dan memandu pulang ke tempat kerja selepas Hana membayar tambang teksi tadi.

Puan Sarah: berapa lama kamu duduk sini ni?

Hana: seminggu je umi

Encik Azhar: kata dapat cuti dua minggu?

Hana: seminggu duduk sini lagi seminggu Hana nak pergi bercuti dekat kawasan pantai. Mungkin Terengganu kot

Puan Sarah: yelah, janji kamu dapat tenangkan fikiran kan?

Encik Azhar: Jeha kata ada artis kpop suka kamu, betul ke?

Hana: babah, Hana baru je nak lupakan pasal tu tapi babah dah bangkitkan *muka masam*

Encik Azhar: babah cuma tanya je betul ke?

Hana: hmm memang betul pun. Lagipun, Hana balik sebab dekat korea tu dah tersebar gosip pasal Hana dengan artis tu!

Puan Sarah: artis kpop yang suka kamu tu Jin dari bts kan? Umi dah tengok dah gambar dia

Terkejut Hana dibuatnya.

Hana: mana umi dapat gambar dia?

Encik Azhar: belajar tinggi-tinggi tapi nyanyuk! Dalam bilik kamu tu kan penuh dengan gambar Jin bts tu! Memang umi kamu ni tahulah!

Puan Sarah: segak juga lah umi tengok dia tapi umi tak berkenan kalau kamu dengan dia memang betul bercinta

Hana: kenapa pula?

Puan Sarah: umi taknaklah nanti apa kata orang kampung

Encik Azhar: ok apa Hana dengan budak tu. Kalau Allah dah tetapkan jodoh dengan dia, kita tak boleh langgar

Hana garu telinganya, penat asyik bercakap soal Jin sahaja. Dahlah hatinya masih sakit ditambahnya lagi bertambah perasaan tu.

Hana: umi, babah, Hana masuk dulu ye? Penatlah

Mereka berdua mengangguk dan meneruskan perbincangan soal tadi.

Puan Sarah: saya bukannya apa, dia tu artis kpop, nanti bila kita nak jumpa anak kita tu?

Encik Azhar: kamu ni lah, Hana tu takkan pernah lupakan kita.

Puan Sarah: budak Jin tu memang elok

Encik Azhar: dahlah, kita tak payah cakap pasal benda ni. Marah Hana nanti

Puan Sarah sambung semula kerjanya begitu juga dengan Encik Azhar.

Suamiku encik idolWhere stories live. Discover now