MISANTHROPOLOGY

120 11 0
                                    

Aku,
Benci melihat manusia,
Benci kerenah manusia,
Benci kekejaman manusia,
Benci ketamakan manusia.

Aku,
Tak ingin dilihat manusia,
Tak ingin dibantu manusia,
Tak ingin dikelilingi manusia,
Tak ingin dihasut manusia.

Mereka,
Ingin dilihat manusia,
Ingin dipuji manusia,
Ingin disembah manusia,
Ingin di atas manusia.

Mereka,
Membantu kerana habuan,
Berusaha kerana materi,
Mengkhianat kerana ketamakan,
Berpuak kerana koloni.

Mereka,
Berbicara tak seindah perbuatan,
Menghasut orang bagaikan syaitan,
Berilmu tetapi telah disalahgunakan,
Mencipta dunia dengan kerakusan.

Manusia,
Bangga dengan sifat taraffu,
Penuh dengan kepalsuan diri,
Berpaut pada hawa nafsu,
Punca terpesongnya konsep kendiri.

Aku,
Susah untuk mempercayai manusia,
Khuatir dengan jenis bermuka-muka,
Sangsi dikelilingi keramaian mereka,
Kusut melihat kerakusan manusia.

Adakah kita semua sama?
Apa yang membezakan kita?
Amalan? Perbuatan? Tingkah laku?
Apa yang kita lihat saat berdiri di hadapan cermin?

Sisi GelapWhere stories live. Discover now