Part 5

180 6 0
                                    


" Abah. Adik bukan tak nak terima tiket penerbangan ni tapi " kata-kata Tasya terhenti bila suaminya memotong percakapannya dengan Tuan Hisyam.

" Tak pa abah. Razin ambil. Thanks " Tengku Razin mencapai tiket yang di sua oleh Tuan Hisyam.

" Tiket tu boleh guna bila-bila masa. Bila Razin ada masa lapang bawa la Tasya pergi honeymoon k " Tuan Hisyam bangun dari duduknya dan keluar dari perkarangan rumah untuk ke tempat kerjanya.

Puan Sofiah dan Sarah menghantar Tuan Hisyam hingga ke depan pintu.

" Awak ni dah gila ke ?? Bak sini " Tasya menadah tangannya di hadapan Tengku Razin

" tadi kau yang tak nak kan.. So sekarang tiket ni milik aku. Boleh la aku bawa Adisa pergi travel " Tengku Razin menyimpan tiket penerbangan tersebut ke dalam poket seluarnya.

" abah yang bagi dekat saya tau tak. Kenapa awak nak bawak teman wanita awak pergi travel dengan tiket yang abah bagi. Kalau nak bawa pun si Adisa tu pergi travel beli la tiket lain. Tak malu betul. Bagi sebelum saya jerit " Tasya tidak mengalah untuk meminta haknya semula.

" Siapa tak malu ?? Ala setakat tiket nak pergi Korea ni aku boleh beli berjuta-juta la.. nah ambil balik " Tengku Razin memberi tiket itu kepada Tasya.

" Aku nak pergi keluar dengan Adisa. Kalau mama tanya aku pergi mana kata aku pergi ambil baju " Tengku Razin naik ke atas untuk menukar bajunya.

" kisah pula aku. " Tasya membelek2 tiket yang diberi oleh Tuan Hisyam tadi. " lama aku tak pergi Korea boleh la aku pergi travel dengan nedy "

Skip

" Mama.. Tasya keluar dulu. Nedy dah sampai "

" adik minta izin dari Razin lagi ?? Dia tahu adik nak keluar dengan Nadia ?? " Puan Sofiah menyoal Tasya sebelum Tasya keluar dari rumah.

" kena minta ke ?? " Tasya mengaru kepalanya yang tak gatal.

" kena la adik oii.. Kamu sekarang ni isteri orang bukan anak dara macam dulu lagi "

" nanti adik bagitahu Raz. Adik pergi dulu. Nedy dah lama tunggu tu " Tasya menyalami tangan Puan Sofiah sebelum keluar dari rumah. Itu memang tabiat adik beradik Tasya untuk menyalam tangan kedua ibubapa mereka sebelum keluar dari rumah.

Di Shopping Mall

Tasya menemani Nedy memilih baju untuk persiapan Nedy ke US minggu depan.

" Suami kau tak marah ke aku ajak kau teman aku pergi shopping " Mata Nedy masih tertumpu pada pakaian yang tergantung tersebut.

" kalau aku bagi tahu dia pun, ada dia kisah. Dia pun keluar shopping dengan girlfriend dia.. " Tasya memandang sekeliling kedai tersebut.

" tak baik tau cakap dekat suami macam tu, entah-entah dia balik rumah dia or pergi jumpa daddy dengan mummy dia ke "

" dia yang cakap dengan aku sendiri yang dia keluar dengan girlfriend dia " Tasya tertarik dengan sehelai baju yang digantung di sebelahnya. Dia membelek-belek. Tiba-tiba sepasang tangan menarik baju tersebut.

" kau tak cemburu ?? " Nedy menyoal kepada Tasya namun tak dijawab oleh Tasya malah dia terdengar orang menjerkah.

" Aku yang pilih dulu "

Nedy yang dari tadi memilih baju memandang kearah Tasya dengan seorang wanita seksi setelah mendengar jerkahan dari wanita tersebut. Nedy menghampiri Tasya.

I Hate You TengkuWhere stories live. Discover now