EPILOG

9.3K 193 5
                                    

"Mummy!" Panggil Putera Adil bila kelibat ibunya nampak dari kejauhan.

Ilyana berlari lalu meluru ke arah Putera Adil. Laju tubuh anak kecil didakapnya penuh kasih.

"Adil dah lama tunggu ke? Sorry mummy lambat ambil Adil!" Kata Ilyana dengan nada bersalah terhadap anaknya itu.

"It's okey, mummy! Adil tak kisah pun..." jawab Putera Adil begitu petah berbicara.

"Okey, jom kita pergi! Daddy dah tunggu kita dekat Esco com. "

Ilyana memegang tangan anaknya itu lalu menuju ke arah keretanya. Dia membuka pintu untuk Putera Adil terlebih lalu sebelum dia masuk ke tempat duduk pemandu. Dia memandu keretanya ke arah yang berlainan. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di Esco com. untuk mengambil photoshot gambar satu family.

"Mummy, why don't just daddy je ambil Adil dekat tadika tadi? Adil tak suka tengok mummy susah..."

"It's just a small matter, sayang...Daddy tengah sibuk ada meeting dengan client syarikat tadi lagipun mummy dah janji dengan Adil nak ambil Adil dekat tadika kan..." ujar Ilyana dengan senyuman senang.

Putera Adil membuang pandang ke luar.  Dia begitu suka memandang pemandangan di luar kereta.

"Mummy, kita nak ke mana?" Tanya Putera Adil bila perjalanan mereka ke arah jalan yang berlainan.

"Kita pergi ambil photoshoot just our family. Adil suka tak?"

"Nanti boleh tak Adil buat selfie cute-cute, mummy?" Soal Putera Adil begitu teruja.

Ilyana tergelak. Putera Adil begitu suka dengan selfie. Kecil-kecil pun dah tahu nak berselfie! Samalah dengan perangai ayahnya. Darah pun nak takut!

"Kita tanya daddy dulu, Adil. Daddy dah cadang nak suruh gambar formal je!"

"Alaaaa....bosanlah asyik buat muka ketat! Adil nak juga selfie cute-cute!" Rungut Putera Adil tidak puas hati.

Ilyana senyum lebar. Pening kepalanya bila perangai Putera Adil lebih kurang sama dengan suaminya itu. Dalam mukanya yang tegas itu tersembunyi sifat manjanya.

"Okey, kita dah sampai!"

Ilyana mencapai beg tangannya sebelum keluar dari kereta. Barulah dia memegang tangan anaknya itu menuju ke arah Esco com. di dalam bangunan E-mall. Kala itu mereka nampak kelibat Putera Adib yang sedang menunggu mereka di luar kedai Esco itu.

"Lama sangat ke abang tunggu tadi?" Tanya Ilyana bila dekat dengan suaminya.

"Tak lama, sayang. Jom kita masuk. Mereka tengah tunggu kita tu!"

Putera Adib menarik lengan Putera Adil dan Ilyana masuk ke dalam. Kedatangan mereka di sambut dengan layanan yang begitu baik. Pian menanti di sudut kedai itu memerhati keluarga itu mengambil gambar bersama. Dia turut berasa bahagia dengan keluarga itu.

"Pian, jom join kita ambil gambar!" Ajak Putera Adib begitu gembira sambil melihat pada Pian.

Pian pada mulanya menolak namun dia mengalah juga akhirnya.

"Dah sedia? Saya kira 1, 2, 3 saya akan ambil gambar tuanku sekeluarga!" Kata jurugambar tersebut begitu mesra.

Putera Adib merangkul pinggang Ilyana penuh sayang. Manakala Putera Adil mengambil posisi di hadapan mereka dengan pose yang cute. Manakala Pian berdiri tegak di sebelah Putera Adil. Namun kesemuanya menunjukkan senyuman bahagia.

"Okey, 1, 2, 3"

Klik!

Aku milikmu (COMPLETED)Onde histórias criam vida. Descubra agora