14

1.2K 53 0
                                    

JANUARI 2018, Shahir sudah lama tidak nampak kerana dia sudah setahun berada di penjara.

Setahunlah tu kan?

Hee..

Terasalah sedikit aman dan damai di hati Nik. Tak adalah orang nak kacau dia kan?

Nik sedang terbaring di atas katil Safir. Maklumlah, sudah 1 tahun berlalu dan mereka berdua masih kekal.

Safir buka pintu bilik lalu terus tidur di sebelah Nik sambil peluk pasangannya seperti bantal peluk.

"Janganlah tidur. Temankanlah.." Bisik Safir tepat pada telinga Nik dengan cara manja.

Nik buka matanya dengan perlahan lalu gerakkan badannya untuk bertentangan dengan Safir. Wajah mereka sangat dekat.

"Hi.." Kata Safir.

Nik senyum.

"Hi.." Balasnya.

"Hari ni nak buat apa?" Soal Safir dahulu.

"Hmm.." Nik mengangkat kedua bahunya.

"Jom kita keluar nak?"

"Pergi mana?"

"Saya dah order untuk pergi ke konsert."

"Konsert?"

Safir anggukkan kepalanya.

"Siapa punya konsert?"

"Fifth Harmony, sayang.. 8 hari bulan 4 ni. Saya dah belikan khas untuk kita berdua."

Nik memasamkan wajahnya.

"Kenapa monyokkan muka tu?" Soalnya sambil memegang pipi Nik.

"Bukan apa.. Awak tak rasa ke benda tu useless?"

"Useless bendanya?"

"Saya bukannya tak nak accept dengan awak punya event tu, tapi, awak tak rasa ke saya dah kikis duit awak and family awak?"

"Ish! Awak suka sangat cakap macam tu.. Dah berapa kali dah saya cakap. Jangan cakap benda-benda macam tu lagi."

Nik diam sambil memandang muka Safir dengan penuh kasih sayang.

"Next time jangan cakap macam tu lagi, okay?"

Nik anggukkan kepalanya. Tapi, cara anggukannya sangat perlahan.

"Saya dah order. Nak buat macam mana."

"Ya.." Jawab Nik acuh tak acuh.

"Saya nak mandi. Nak mandi sekali tak?"

Nik menggelengkan kepalanya. Mana taknya, perasaan bersalah itu ada dalam hatinya.

"Dah merajuk dah.."

Safir bangun dari katil itu lalu mendokong Nik secara tiba-tiba.

Hati Nik semakin membuak-buak dengan apa yang Safir lakukan tadi.

Aww..

---

NIK menelefon Ikha kerana sudah lama dia tidak berbual sejak Ikha sudah pindah kerjanya di KLIA.

"Hello.."

"Hello, Nik.."

"Ikha!" Sakit telinga Ikha dibuatnya apabila Nik menjerit seperti kena rogol.

"Nik! Sakitlah telinga aku, gila!"

Nik tersengih.

"Baru ingat aku ke? Dah dengan Safir, tinggalkan aku pulak." Kata Ikha.

"Ala.. Itu pun nak feeling. Aku call kau ni sebab aku nak ajak kau main bowling dengan aku."

"Oh, ajak aku time-time nak gaji.. Pijak jugak lagi muka kau kang baru tahu."

"Suka hati I lah.." Nik berkeadaan seperti perempuan gedik.

"Eee! Gediknya kau! Hahaha.."

"So, kau nak tak?"

"Of course lah nak! Bila?"

"Nanti aku roger kau. Okaylah, aku nak siapkan makan untuk laki aku."

"Bapak lah.. Patutlah kau berhenti kerja McD. Rupanya dah jadi Suri Hati Mr. Pilot." Ikha gelak besar dibuatnya.

"Yelah, kau. Okay lah. Bye, bitch!"

"Bye.." Talian pun dimatikan.

Nik letak telefonnya di atas meja lalu siapkan masakan untuk Safir.

Lupa nak bagitahu, Safir sudah berhenti kerjanya juga. Sekarang, dia belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Maklumlah, dia pandai dan kaya. Juga, ayahnya akan alihkan RM1,000 setiap bulan pada bank akaun Safir.

Safir juga menyuruh Nik berhenti kerja juga dan menjadi suri rumah di rumah kepunyaan Safir kerana takut dengan kejadian setahun lepas itu.

Nik pun akurkan saja...

M.N.N : NIK (#4)Where stories live. Discover now