chapter II

71 6 1
                                    

Dia lalu duduk di hadapanku . Aku memerhatikan dia yang fokus memandang skrin telefonnya itu . Macam manalah aku nak tarik perhatian dia ni . Hmm . Think think think .

Sambil berfikir , aku merenung dia . Tak adalah hensem mana mamat ni . Entah manalah boleh jadi playboy . Tiba-tiba , dia matikan telefon dia dan masukkannya ke dalam poket dia . Lalu , dia mendongak dan noticed aku .

Aku terkejut apabila mata kitaorang tiba-tiba bercontact . Entah mengapa hatiku berdegup kencang . Nani ? Dia memandangku lalu tersenyum . Mataku mula meliar ke sekeliling di saat mukaku mula naik merah . Eh , jap . Apa masalah aku ni ! Ahhh ~

Tiba di stesen aku , aku mula berdiri dan memegang besi di tengah tengah tren tu sambil menunggu pintu tren dibuka . Tiba-tiba , tren tu buat emergency stop dan menyebabkan aku hilang keseimbangan . Tanganku pada besi terlepas dan aku naik cuak bila aku nak jatuh .

Aku menutup mataku tidak mampu untuk menghadapi situasi yang memalukan ni .

Eh , kenapa tak rasa sakit ? Dah jatuh ke belum ni ?

Aku membuka mataku perlahan-lahan lalu sedar Sehun di hadapanku . Memegang badanku daripada jatuh ke lantai . Kami kembali menatap mata masing-masing. Jantungku sekali lagi bermain drum . Entah mengapa , aku bagaikan terdengar ada lagu ost drama pada masa itu. Dia tersenyum lagi .

Perlahan-lahan dia bantuku bangun semula . Alamak  pintu dah nak tutup ! Aku terus berlari ke pintu dan tiba-tiba , Sehun memegang tanganku . Menghalangku daripada pergi . Eish , mamat nih ! Dia tak tahu ke tiket tren ni mahal ?! Aku melepaskan tanganku daripada genggaman dia lalu berlari keluar .

Kenapa aku rasa bersalah ? Aku tak buat apa-apa pun kat dia , bukan ?

Aku pusing semula untuk melihat dia . Dia berdiri di pintu tren yang sudah tertutup . Dia memandangku lalu perlahan-lahan tersenyum . Dia meletakkan tangannya di pintu sambil cakap sesuatu . Malangnya , aku tak dapat mendengar kata-katanya itu .

Tanpaku perasan , aku juga mengangkat tanganku . Aku tersenyum apabila perasan akan perbuatan aku itu .

Apakah yang aku baru sahaja alami ni ? Ahhh ! Setan ! Dia buat aku jadi bukan macam aku ! Aku menampar pipi aku apabila sedar yang aku baru sahaja lakukan semua itu .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 01, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seducing The Playboy Where stories live. Discover now