Bab 27

2.9K 109 4
                                    

Pembedahan akan dijalankan sebentar sahaja lagi . Daniel telah bersiap sedia di dalam wad yang dikhaskan untuknya . Daniel takut namun dia tahu dia perlu kuat untuk hadapi semua ini kerana masih ada insan yang memerlukan dia ketika ini .

Daniel resah . Dia memandang wajah isterinya yang tersenyum memandangnya . Ya , dia dah beritahu Zuhayr . Walaupun Zuhayr amat terkejut pada mulanya namun Zuhayr cuba menerima . Dia amat berharap dia tidak meninggalkan Zuhayr dalam keadaan dia yang sarat itu . 

"Sayang ,"Daniel memanggil Zuhayr lembut . Zuhayr memeluk lengan Daniel erat . Bagai tak mahu lepaskan dirinya pergii . Daniel memandang wajah isterinya yang basah dengan air mata . Jari Daniel lembut mengusap pipi Zuhayr . Mengelap air mata yang jatuh di pipi sang isteri tercinta . 

"Abang sayang Zuhayr sangat - sangat . So , please don't cry ,"pujuk Daniel lembut . Zuhayr memandang Daniel . Matanya tepat menikam mata milk Daniel . Mata Daniel diperhatikan . Jelas kelihatan cinta yang membara dalam jiwanya pada sepasang mata miliknya .

"Abang , dulu abang janji nak sehidup semati dengan Zuhayr ,"kata Zuhayr perlahan . Dia takut . Amat takut . Dia takut jika pembedahan itu tidak berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan . Macam mana kalau pembedahan itu tidak berjaya dan Daniel pergi meninggalkan dia ? Zuhayr tak sanggup hidup tanpa Daniel namun dia tahu yang ajal maut itu ditangan Tuhan . 

'Ya Allah , Engkau selamatkanlah suamiku Ya Allah ! Sesungguhnya aku takut kehilangan dia ! Panjangkanlah umurnya Ya Allah ! Amin ,' doa Zuhayr dalam hati . 

Akhirnya sampai masa untuk Daniel dibedah . Daniel ditolak masuk ke bilik pembedahan . Zuhayr hanya menunggu dari luar . Hatinya berdebar . Tangannya berpeluh lebat . Dari tadi dia tidak henti - henti berdoa agar Daniel selamat dibedah . 

Selepas lima jam , akhirnya pembedahan selesai . Zuhayr yang baru sahaja pulang dari surau melihat beberapa orang doktor keluar dari bilik pembedahan . Hatina berdebar - debar . Bagai ingin luruh hatinya memikirkan sang suami tersayang . 

"Doktor , macam mana dengan suami saya ? ,"soal Zuhayr kepada Doktor Zain yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan .

"Alhamdulillah , kami berjaya menyelamatkannya ,"balas Doktor Zain dengan senyuman . 

Air mata Zuhayr jatuh . Syukur Ya Allah ! Alhamdulillah ! Zuhayr tak henti - henti mengucap kata syukur di dalam hati . 

Terima kasih Ya Allah !

Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)Where stories live. Discover now