Bab 2

2.7K 84 0
                                    

MEGAT Talhah mendengus nafasnya untuk kesekian kali. Wajah Melissa di hadapannya itu direnung tajam. Model hijabista yang berbulu mata lentik dan bermata galak itu masih tersenyum memandangnya.

"You tahu kan, I sayangkan you," ucap gadis itu, cuba memegang tangan Megat Talhah namun laju sahaja lelaki itu menariknya.

"Sayang you tu tak cukup, Melissa."

Megat Talhah membuang pandang ke arah candelier di dalam restoran mewah itu, serabut memikirkan masalah yang tidak selesai.

"Apa lagi yang you nak I buat untuk buktikan I memang sayangkan you?" Melissa menyoal dengan dahinya yang sudah berkerut.

"Kahwin dengan I! Berapa kali I nak cakap?" Megat Talhah membentak.

Melissa tergamam mendengar kata-kata Megat Talhah. Perlahan dia menunduk merenung makanannya yang masih tidak luak sedari tadi. Spageti Aglio Olio itu dikuis-kuis dengan garpu, cuba mencari ayat yang sesuai untuk memujuk kekasih hatinya itu.

"Tal, you kan tahu I tak boleh. Bukan I tak nak, tapi... Keadaan tak mengizinkan."

"I dah tiga puluh tujuh tahun, Mel. Sampai bila lagi I kena bersabar? Kalau you memang tak boleh kahwin dengan I, jangan buang masa kita berdua. Tinggalkan saja I ni, jangan bagi harapan dah."

"Tal... I memang nak kahwin dengan you, tapi you know kan, my family tak restu hubungan kita. Berapa kali I nak terangkan?"

"Famili you tak restu atau you sendiri yang tak sanggup hidup dengan I disebabkan Qisya?"

Melissa mengetap bibir. Lama dia diam sebelum dia mendengus kasar.

"Ikut suka hati youlah nak fikir apa. I malas nak bertekak lagi. I balik ofis dulu." Melissa bingkas bangun meninggalkan Megat Talhah yang masih serabut, memikirkan rawan hatinya.

MEGAT Talhah meraup wajahnya beberapa kali sebelum melepaskan keluhan yang berat mencengkam jiwanya saat itu. Kejadian tadi kembali menerjah kepalanya, tak pasal-pasal seharian dia bad mood hari ini sampaikan budak yang nak mohon jadi vendor tadi pun dah kena sedas dengan dia. Istighfar Tal, jangan ikutkan perasaan sangat.

Megat Talhah bingkas keluar dari bilik pejabatnya sebelum membelek pelbagai jenis pakaian yang bergantungan di rak-rak yang tersusun kemas dan elok teratur di dalam butik eksklusif itu. Dia yang memang teliti dalam kerjanya, mahu memastikan tidak ada sebarang cacat cela terhadap produk yang dipamerkan di butiknya itu. Stok pakaian dari jenama terkenal atas talian yang baru tiba dan sedang disusun oleh pekerjanya saat itu, diperhatikan dengan cermat sebelum dia beralih pula kepada sudut lain di dalam butiknya itu.

"Encik Megat!" Suara seseorang memanggil membuatkan Megat Talhah memanjangkan lehernya, mencari arah suara itu. Ati yang sedang berada di kaunter, melambai-lambai ke arah Megat Talhah.

Megat Talhah melangkah dengan teratur menghampiri kaunter sebelum memandang ibu muda beranak dua itu dengan rasa ingin tahu. Beria-ia benar Ati memanggilnya tadi.

"Ada apa, Ati?"

Ketua pembantu butik merangkap pembantu peribadinya itu tersengih. Tangannya menggapai sesuatu dari bawah kaunter sebelum menghulurkannya kepada Megat Talhah.

"Ini Encik Megat, Encik Megat tak nak rasa ke? Sedap gila!"

Megat Talhah memandang kotak pavlova yang dihulurkan sebelum matanya beralih ke arah Ati semula.

"Ati, awak tahu kan saya tak suka benda manis?"

"Ya tahu sangat dah, Encik Megat. Tapi yang ini lain, just nice. Cubalah rasa dulu." Ati begitu bersemangat menghulurkan pavlova itu kepada Megat Talhah membuatkan lelaki itu mengambil kotak itu lambat-lambat walau wajahnya jelas skeptikal.

PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVAWhere stories live. Discover now