0 1 » aiskrim kadbod

4K 571 89
                                    

Gavisus. Dah dua tahun cafe ini menjadi pilihan aku untuk tenangkan minda selepas 7 jam seksa otak di penjara atau kebanyakkan orang panggilnya; sekolah.

Gavisus ni bukanlah kedai hipster mahupun raver apa semua. Nama je kemain tapi hakikatnya, Gavisus cuma cafe biasa.

Aku pelanggan tetap sini daripada cafe ini mula buka, sampailah cafe ni dah ada tingkat atas dan mempunyai akaun instagram dengan 2K followers *lap air mata terharu*. Semua staff kat sini kenal aku, nama penuh aku, nama penuh ayah aku, sebut je Aina Melissa, semua diorang tahulah!

Dua tahun aku membesar kat sini (ceh macam tak ada rumah). Dua tahun aku minum kopi ais terlebih manis diorang. Tapi selama dua tahun, inilah kali pertama Gavisus dibanjiri dengan homo sapiens.

"Ajip!! Aku nak duduk!! Tak pernah-pernah aku datang sini tak dapat duduk!" Aku menghempaskan fail aku di kaunter. Tudung putih aku kibas-kibaskan. Barista bernama Razif itu tersenyum sinis.

"Kau tak tau ke?"

"Tau apa?"

"Encik manager ada buat giveaway tiket Titanium. Cuma pesan cookies n cream ice-cream dan anda berpeluang memenangi tiket makan malam bersama Titanium pada 22 March!" Kata Razif dengan suaranya yang dibuat-buat supaya kedengaran seperti gadis trivago.

"Titanium? Besi keras tu ke?"

"Nolah. Bukan besi. Titanium tu band budak. Baya-baya kau jugaklah diorang. Aku yang dah 22 tahun pun boleh tahu apa masalah kau ni?"

"Titanium? Band? Jap-jap macam pernah dengar kat. Kat mana eh? Ah lantaklah!"

"Kau adalah katak paling bawah sebawah-bawahnya di bawah tempurung yang paling bawah aku pernah jumpa, wahai Aina Melissa."

"Dan kau adalah... Cis first time aku tak boleh buat comeback." Aku gigit bibir bawah. "Apa-apa jelah. Kasi aku Kumis n Jim pebenda tah ice-cream yang kau cakap tadi. Macam sedap lak."

"Cookies n cream katak."

"Ha ye ye cepat sikit."

Maka, Razif pun melaungkan pesanan ke bahagian dapur di belakang. Kemudian, dia mula melayan pelanggan lain yang duduk di kaunter. Gavisus ni ada counter ala-ala bar counter. Cuma beza dia Gavisus tak ada minuman keras. So pelanggan boleh nak duduk atas counter ni. Setakat nak minum-minum makan aiskrim bolehlah. Kalau kau melantak chicken chop 24 rasa atas ni memang dapat makan tapak kasutlah.

"Ada orang ke?" Seorang lelaki tiba-tiba menegur aku. Aku mengangkat kepala untuk memandang wajah lelaki tersebut. Orangnya berkulit cerah, tinggi dan kurus. Rambut pula lebat dan hitam. Gaya macam atlet. Bibir dia merah mengalahkan aku. Terasa malu pula bila aku adalah tuan kepada bibir kering kontang bak padang pasir ini.

"Assalamualaikum, ada orang tak?" Pertanyaannya buat kali kedua menyedarkan aku. Tangannya menunjuk ke arah stool di sebelah aku.

"Waalaikumsalam. Duduk jelah. Ini bukan kantin sekolah nak cop cop tempat hahahahahah," Aku menyesal buat lawak. Tak sangka boleh jadi hambar tahap gini. Nasib baik mamat ni paksa gelak.

Aku perhati mamat sebelah aku pandang sekeliling gelisah. Terus hoodie maroonnya ditarik menutupi kepala. Dah kenapa dia ni? Hensem pun nak sorok.

"Lari dari along ke?" Soalku penuh tidak malu.

"Aku tak sangka pulak Titans Heart boleh ada sampai sini."

"Titans Heart? Wuu sounds dark. Ini organisasi hitam ke kongsi gelap? Eh ke dua-dua tu sama? Jap. MIND BLOWN."

Lelaki hensem itu tergelak kecil melihat aku. Dia kemudiannya memanggil Razif yang sedang membawa aiskrim aku.

"Caramel macchiato satu." pesannya.

"Ais or panas?" Soal Razif sambil tangannya meletakkan aiskrim di hadapan aku.

"Macam biasalah bro."

"Gotcha."

Lalu, si Razif nerd pun melaungkan pesanan ke bahagian belakang. Lelaki di sebelah aku bangun dari tempat duduk menuju ke tandas. Aku pun apa lagi. Ambik kesempatan.

"Jip. Jip. Rajip."

"Razif Iskandar. Susah sangat ke nak sebut?" Razif menggulingkan bebola matanya.

"Asal dia cakap macam biasalah bro? Dia selalu datang sini ke?" Tanyaku persis seorang detektif.

"Jangan ingat kau sorang je anak angkat Gavisus. Dia tu dah macam anak angkat kedua ha gituu."

"Hah? Kira kitorang adik beradik ah ni?"

"Kepala otak kau."

"Tapi tak pernah nampak pun?"

"Memanglah tak kalau setiap kali kau datang sini nak wifi percuma je streaming drama."

"Aip aku bayar okay? Makanan sini dahlah mahal!"

"Dan kau masih datang?"

"Shush. Aku nak makan. Jangan kacau." Aku menghalau Razif pergi seperti mana aku menghalau kucing jiran daripada melepas di hadapan rumah aku.

Apabila sudah hampir separuh ais-krim aku habiskan, ekor mataku terpandang kembali lelaki hensem tadi. Dia nampaknya sudah kembali dari tandas. Airnya juga sudah siap.

Entah kenapa, tak taulah perasaan aku ke apa, tapi aku rasa lelaki sebelah ni tengah perhati aku.

Perlahan-lahan, aku memusingkan kepala aku 20°, 30°, 60° dan pandangan mata kami bertaut. Aku terpana seketika. Matanya tampak bersih dan bersinar. Seperti dicuci dengan air zam-zam. Subhanallah cantik sungguh makhluk ciptaan-Mu ini ya Allah.

"Aiskrim kat pipi." makhluk yang cantik itu menegur.

Demmit. Terasa realiti yang berat bagaikan batu obesiti jatuh tepat ke muka. Aduh sakit. Aku ingatkan dia terpesona tengok wajah aku ke apa.

Cepat-cepat aku kesat pipi guna tangan. Fuh kemain banyak. Lepas lap dekat tisu, aku terus sambung makan tanpa sepatah kata. Dengan perasaan malu yang membuak-buak, aku berjayakan habis baki aiskrim aku dalam masa 30 saat.

Lelaki hensem tadi sudah pun keluar dari kedai. Take away rupanya. Patut tak pernah nampak walaupun Ajip kata dia pelanggan tetap.

Baru nak bangun, aku ternampak potongan cardboard berbentuk bulat di dasar cawan aiskrim aku.

"AJIP! Apani apani apani. Ada kadbod dalam aiskrim aku! Patutlah kemain pelik tadi bahagian bawah!" Aku mengesat-ngesat lidahku dengan tisu. Boleh keracunan woi makan kadbod.

"Cardboard?!" Soal Ajip terkejut. Sampai tangan dah naik pegang dada punya tahap terkejut.

"Iyeee kadbod. Cardboaaard." Aku mula bengang.

"Terbalikkan cardboard tu." Pelanggan sebelah aku tiba-tiba menyampuk. Aku tak fikir banyak, terus menurut.

Dan apa yang tertulis di bawah cardboard tersebut membuatkan aku ternganga luas.

"Congratulations! You have won a dinner at Hilton, Kuala Lumpur with Titanium!"

"Mel! Untung ah dinner dengan Titanium!" Razif masih terkejut.

"Congratulations girl." Seorang perempuan yang baru keluar dari tandas menyampuk.

"Yassss makan mahal free!!!"

TitaniumWhere stories live. Discover now