MKBW 01

4.3K 520 152
                                    

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"...and then you came into my life..."

✧༺♥༻∞  ∞༺♥༻✧

LANGKAH kakinya diatur keluar dari bilik air menuju ke almari pakaian. Juntaian air perlahan mengalir melalui dada kekarnya hingga ke bahagian perutnya yang keras membentuk ukiran petak-petak.

Taehyung menilik tubuhnya yang hanya berlilit tuala itu. Ukiran petak-petak diperutnya disentuh lalu secarit senyuman sinis terukir. Puas dengan melihat tubuh kekarnya melalui cermin, Taehyung mencapai tuala kecil dirak untuk mengeringkan rambutnya yang masih sedikit basah.

Body mist dicapai lalu disembur beberapa kali pada badan sebelum tshirt berwarna hitam dipilih untuk disarungkan pada tubuhnya. Setelah itu, Taehyung membelek pula wajahnya pada cermin lalu menguak rambut hadapan yang menutupi matanya ke belakang.

"Kalau kau boleh lupakan aku dengan mudah, aku juga boleh buat benda yang sama Rae Jung. Dan aku juga mampu buat lebih daripada apa yang kau fikir." gumamnya perlahan.

Taehyung melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Fail-fail dokumen yang berselerak di atas mejanya di susun dan dimasukkan ke dalam laci.

Dia memejamkan matanya. Niat dihati ingin melepaskan lelah namun, ketukan pintu membatalkan niatnya untuk berehat kecil.

"Erm, masuk."

Kedengaran tombol pintu dipulas dan dibuka. Muncul kelibat seorang lelaki berambut silver apabila pintu terkuak dari luar.

Taehyung yang sudah dapat mengagak hanya membiarkan lelaki itu menghampirinya sementara dia masih kekal memejamkan mata.

"Gray? Ada apa?" soal Taehyung acuh tidak acuh sambil berpeluk tubuh. Kening kanannya diangkat apabila lelaki bernama Gray itu hanya merenungnya tanpa bersuara.

Gray menghela nafas perlahan. Dia menghampiri meja Taehyung lalu meletakkan beberapa fail yang dibawanya.

"Jangan terlalu sibukan diri, tuan muda. Ingat, tuan muda sudah menetapkan tarikh perkahwinan tuan muda dengan Rae Jung dan hari itu semakin dekat." Gray berkata serious sesuai dengan penampilan dirinya yang agak dingin.

Taehyung merengus kasar. Lagi-lagi nama perempuan tu.

"Gray, kau sendiri nampak dengan mata kau yang tunang aku tu curang. Kau faham tak dia curang? Dia dah tak perlukan aku lagi. Gray...apa yang boleh aku buat?" sayu sahaja nada Taehyung berkata. Dia meraup wajahnya berkali-kali sebelum dimaniskan wajahnya memandang Gray.

Taehyung tergelak kecil.

"Aku ni tak cukup sempurna ke Gray? Masih banyakkah kekurangan aku ni?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 06, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Kim: Be My Wife [New Ver.]Where stories live. Discover now