Bab 29

15.7K 436 14
                                    

Adam memberhentikan keretanya didepan pagar. Kelihatan ramai jiran-jirannya yang berkumoul dihadapan rumah. Adam keluar dari kereta.

" kenapa ni? " soal Adam terkejut. Ada diantara mereka yang turut membawa kayu.

" eh.. Kamu baru balik Adam? Mak cik dengar Sya jerit minta tolong tadi. Itu yang kami berkumpul ni. " cerita wanita tua itu.

" ha.. " wajah Adam serta merta berubah.

" tolong!! " suara Syazira semakin kedengaran.

Adam tersentak dengan suara isterinya itu. Jelas suara Syazira dalam ketakutan.

Adam membuka pagar rumahnya perlahan-lahan.

" bodoh!! " kali ini kedengaran pula suara lelaki.

" bang! Tolong call polis. " pinta Adam kepada lelaki yang berdiri bersebelahan wanita tua itu tadi. Adam mengambil kayu baseball yang sengaja diletakkan ditepi pagar rumahnya itu.

" sakitlah!! " hati Adam semakin tidak keruan.

Dia melangkah kedalam rumah secara perlahan-lahan dengan beberapa orang lelaki yang terdiri daripada jiran-jirannya turut serta.

" diamlah!! " saat itu Adam mendengar seperti bunyi dipukul. Tidak lama kemudian kedengaran pula suara rintihan dan jeritan Syazira.

Adam melangkah masuk bersama lelaki-lelaki tadi.

" woi!! " jerit Adam. Dia berlari kearah mereka. Bahu lelaki tadi dipukul kuat.

Adam terus melepaskan kayu yang dipegangnya tadi. Tubuh Syazira yang dilepaskan lelaki tadi kembali ingin menyembah lantai. Sebelum tubuh itu menyembah lantai , Adam segera mendapatkan isterinya. Syazira sudah terbaring diatas pehanya. Adam memangku badan Syazira. Bahu isterinya itu dipeluk kuat. Peluh yang merinih didahi isterinya itu dilap menggunakan tangannya.

Jiran-jiran yang mengikuti Adam tadi terus berkerumun memukul perompak tadi.

" Sya.. " panggil Adam lembut sambil menggosok pipi isterinya yang sudah pucat itu. Mata Syazira juga sudah semakin layu.

" sayang.. Bangun sayang.. Abang minta maaf. " ucap Adam lagi. Airmatanya sudah bergenang. Sungguh dia risaukan Syazira sekarang ini.

" se..selamatkan.. anak.. kita.. " ucap Syazira sambil menahan sakit.

Adam terkelu. Dipandang tangan isterinya yang memegang perut. Matanya semakin meleret kebawah , saat itu barulah dia perasan akan darah yang mengalir dicelah peha isterinya itu.

" sa.. sayang mengandung? " gagap Adam.

Syazira mengangguk perlahan sambil memejamkan matanya.

Tanpa banyak bicara , Adam mencempung tubuh isterinya itu keluar dari rumah. Dia terus pergi kearah keretanya yang masih bernyala itu.

" kenapa ni Adam? " soal salah seorang jiran mereka sambil membukakan pintu untuk Adam disebelah pemandu.

" Sya kena pukul. " ucap Adam segera.

" saya pergi hospital dulu ae. Terima kasih makcik. " sambung Adam setelah meletakkan Syazira.

" ye..ye.. Pergi selamatkan isteri dan anak kamu tu cepat. Yang kat dalam tu biar polis settlekan karang. " Adam mengangguk setelah itu sebelum masuk kedalam kereta.

" Yian dengan Icha mana? "

" diorang ada dekat rumah ummi. " balas Adam sebelum memulakan pemanduannya.

Adam memandang kearah isterinya itu. Syazira memegang perutnya sambil menangis.

" sa..kit abang. " tangisnya.

Adam menguak rambut Syazira kebelakang. Tangan isterinya yang lagi sebelah digenggam erat.

" tahan sayang. Jangan macam ni. Kuat untuk anak kita. " ucap Adam memberi semangat. Airmatanya turut mengalir. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu dia kehilangan anak ini seperti mana dia kehilangan anak sulungny dahulu. Dia tidak mahu anaknya ini pergi sebelum merasakan kasih sayangnya.

Genggaman ditangan Adam semakin longgar dan akhirnya jatuh setelah beberapa minit.

" anak baba kuat sayang. Kuat untuk ibu. Anak baba mesti hebatkan? " ucap Adam sambil mengusap perut isterinya itu.

Fuh!!! Satu bab lagi.  Next bab mesti lebih panjang. Hahaha. Tak pasti kot.. Kalau terlebih panjang saya tambah bab lagi. Hhahaha takpe ke?

Jangan lupa Takdir Yang Tertulis.

Aku Bukan Isteri Simpanan 2 Where stories live. Discover now