+22

114 20 4
                                    

"om..maaaaaaaaaa"

"yoonhae nak keluar kejap. nak pergi kedai. ada apa-apa nak kirim taaaa?"

laung yoonhae di hadapan pintu sambil menyarungkan kasut sneakers hitamnya kemudian diketuk-ketuk ke lantai.

"hmm tak da rasanya. pergi tu hati-hati ye. jangan balik lambat.."

"okayy, bye omma~"

🌸🌸🌸🌸🌸

earphone dipakai sambil mulutnya terkumat-kamit mengikut nada yang didengari.

langkah kaki diatur sepanjang Doksandong-gil Street.

dia seronok melihat segala macam jenis ragam manusia di situ.

dalam sibuk memerhati, terdapat dua orang lelaki yang sudah lama mengekori yoonhae sedari tadi.

apabila sampai di satu lorong yang kurang jumlah orangnya, yoonhae dipeluk oleh salah seorang lelaki tadi.

yoonhae yang baru sedar terkejut kemudian melihat siapakah gerangan yang memeluknya secara tiba-tiba tadi.

"sunbaee~~" kata jimin.

"k-kau.. a-pa kau buat ni?! lepaslah!" balas yoonhae dalam suara yang ditahan. tidak mahu membuat kecoh kerana dia tidak sukakan tumpuan.

namun jimin masih tidak melepaskan yoonhae malah memeluknya dengan lebih erat kesisinya.

"cuba sunbae tengok belakang. orang tu dari tadi ikut sunbae. dah lama saya perhatikan." jelas jimin sementara mukanya tersenyum manis memandang yoonhae seolah-olah mengawal keadaan.

yoonhae terkejut namun dia tetap menoleh ke belakang melihat gerangan yang dikatakan jimin tadi.

yoonhae terkedu lalu menutup mulutnya menggunakan tangan.

"h-habis t-tu.. m-macam m-mana ni? dia n-nak buat apa d-dengan a-ku?" yoonhae secara automatiknya menggigil lalu tergagap.

"hmm.. jom ikut sini. kita tengok sama ada dia ikut kita lagi atau tak." jimin menarik tangan yoonhae masuk ke satu selekoh yang lain.

yoonhae hanya menurut tanpa berkata apa-apa.

[ on hold ] sunbae ; pjmDonde viven las historias. Descúbrelo ahora