SPECIAL EDITION ( 3 ) After Married :
Pekerja baru, Ekin dan Perubahan Hormon Humairah?PART I
FAREEZ terkocoh-kocoh berlari ke arah lif apabila terpandang jam tangan. 8.30 pagi! Matilah! Angah confirm mengamuk. Adoi…! Berulang kali butang lif ditekan. Rasa nak terajang pun iya. Lambat bebenor nak buka pintunya. Sambil itu tali leher dikemaskan. Kolar baju dibetul sedikit. Hailah masa! Masalah…
Ting! Akhirnya… Fareez berjaya juga masuk dalam lif. Hampir-hampir sahaja pintu lif dikatup rapat, kedengaran suara orang menjerit bersama kaki yang menahan lif, minta di buka.
Terkejut Fareez! Hantukah?
“Maaf, encik. Maaf.” Seorang perempuan berkurung biru masuk ke dalam lif bersama-sama dengan kata maaf.
Fareez tak berkata apa-apa kecuali peranan mata. Ya! Fareez perhatikan gadis itu atas dan bawah berulang kali sebelum anak matanya tertancap pada kaki wanita tersebut dan juga ‘barangan’ pada tangan kiri wanita itu.
Tahan pintu lif guna kaki tanpa kasut?!? Tak sempat sarung kasut?! Gila power! Terlongo Fareez dibuatnya sebelum terhinjut-hinjut badan menahan gelak. Muka dikalih arah lain. Serius lawak.
Gadis itu menunduk membetulkan baju kurungnya dan menyarung kasut tumit dua inci di tangan. Tudung di muka dah kelebet akibat berlari semata-mata nak kejarkan lif. Habis hangit badan bau peluh. Pulak itu, ada lelaki dalam lif senyum-senyum pandang dirinya. Buat malu aje! Hiiii…
Ehem! Fareez berdeham untuk memulakan bicara. “Tingkat berapa?” tanya Fareez buat muka selamba. Kesian pula tengok perempuan ni. Mesti dia segan lepas aku gelakkan dia tadi. Huhu. Apalah kau ni Reez. Gentlemen la sikit.
“Err… 7, encik.” Jawab gadis itu malu-malu.
“Lambat datang kerja hari ni?” Fareez mengorek rahsia. Tampak pipi gadis itu memerah. Haaa tepat sekali jangkaan aku! Kesian… sampai tak nyempat nak pakai kasut dua inci dia tu. Berkaki ayam kejar lif. Haha! Senak perut Fareez nak tahan ketawa dari dihambur demi menjaga air muka gadis itu.
Wanita itu tidak membalas malah semakin menunduk.
Ting!
Setiba sampai di tingkat 7, gadis itu pantas berlalu keluar meninggalkan jejaka tersebut. Hatinya mendengus geram apabila pusing ke belakang, terpandang lelaki yang bersama dengannya tadi masih mentertawakan dirinya. Ekin menjeling tajam. Haish, buat malu aku aje! Dah la hari ini first day kerja! Ya Allah, segannyaaaa! Serasa nak buka bunga-bunga silat aje tadi. Tak tertanggung wei! Nasib baik lelaki tu tingkat lain. Jikalau tak, gamatlah aras kerjanya nanti. Hmm, balasan Ekin. Tulah, duk layan movie Korea lagi. La ni padan muka hang! Bangkit lewat. Mujur sempat mandi.
Dengan berpeluh yang terasa di setiap inci badan, Ekin berjalan menuju ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan arah tempat kerja baharunya.
****
“CIK Asyeekin sila tunggu sebentar sebab Encik Kamal ada pertemuan dengan penolong pengurus syarikat. Cik Asyeekin akan dipertemukan dengan Encik Kamal terlebih dahulu sebelum dikendalikan di bawah pengurusan Puan Dalilah untuk kemasukan kerja hari pertama di Bahagian Kewangan.” Kata perempuan cantik manis bertag nama Ain.
Ekin angguk kepala. Ouh, sempat tak kalau dia ke toilet? Huhu. Kerling jam di tangan, masih awal lagi ni. “Err…lambat lagi kan Encik Kamal nak turun sini? Err boleh tak kalau saya nak ke tandas kejap?” tanya Ekin malu-malu.
“Boleh. Cik jalan terus lepas tu belok kanan. Itu tandas wanita. Tapi cepat sikit ya.”
Ekin lantas mengucapkan ribuan terima kasih sebelum berlari-lari anak pergi ke tempat yang ditunjuk Ain. Bedak compact dikeluarkan ditepek pada seluruh wajahnya agar hilang peluh-peluh yang merenik. Dengar kata Ain tadi, Encik Kamal tu tegas orangnya. Payah nak senyum. Sekali tengok muka buruk aku bagai baru lepas marathon 5km non-stop ni memang hancur harapan. First day masuk kerja, first day dalam sejarah kena buang kerja sebab pekerja selekeh! Huuuu tamau! Penat nak menghantar resume ke syarikat ni. Ini kira syukur Alhamdulillah Kak Tini yang perkenalkan. Kalau tak, melangut la aku takde kerja! Nama je duduk KL tapi tak kerja buat hapa! Desis Ekin di hati.
YOU ARE READING
Soulmate Forever
RomanceSambungan KPVST ! Btw, korang digalakkan baca KETUA PENGAWAS VS TUNANG dahulu sebelum membaca novel ini ! Bagi hadam dan fahami jalan cerita dulu yeee . Yeyyy happy reading gaiss ❤🍭 Ranks #48Romance [4Jan'17] #35Romance[14Jan'17] #31Romance[16Jan...